Bas Sekolah Percuma? Biar Betul? | Last cik en naik bas sekolah masa sekolah rendah. Jarak rumah ke sekolah agak jauh. Disebabkan abah cik en kerja tak menentu masa, abah cik en ambil perkhidmatan bas sekolah. Masa itu bayaran dalam RM 25 sebulan rasanya. Dan sekarang cik en survey yang bayaran bas sekolah sampai beratus ratus ringgit. Mahal juga rupanya sekarang ini kan? Kisah RM 25 itu kisah 20 tahun lepas. Mesti membebankan pada keluarga yang kurang kemampuan. Lagi lagi duduk di bandar besar seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Bila cik en baru baca satu artikel Bas Sekolah Percuma di Sinar Harian online kejap tadi terus perkataan " biar betul? Ada ke benda free sekarang ini? Lagi lagi libatkan perkhidmatan kenderaan" keluar dari mulut cik en. Yang korang pula tau ke ada Bas Sekolah Percuma untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awan (PA) untuk orang Kuala Lumpur? Kalau korang pon tak tahu macam cik en, meh cik en nak cerita pasal Bas Sekolah Percuma ini ?
Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?
Sebenarnya semenjak dari tahun lepas (2017), Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM80 seorang murid yang menggunakan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini. Program Bas Sekolah Percuma ini meliputi 74 kawasan di PPR dan PA di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah besar yang diperuntukan RM15 juta ini di sediakan oleh kerajaan dalam bajet DBKL 2018. Mungkin cik en tak tahu adanya Bas Sekolah Percuma sebabnya bukan tinggal di bandar tapi bila ada program sebegini, cik en nampak penduduk yang kurang kemampuan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan kos bas sekolah untuk anak anak dan boleh gunakan saving itu untuk perbelanjaan yang lebih memerlukan yang lain. Untung la korang yang duduk di Kuala Lumpur tu? Banyak kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun nampak sikit tapi bagi orang yang terhimpit dengan bebanan kewangan ianya sangat bererti.
Kalau ikutkan kos pengangkutan macam sewa van sekolah boleh mencapai RM300 untuk seorang anak. Itu baru seorang kalau ada 3 orang? Tak ke dekat RM1000 juga. Baru sewa van je. Duit belanja sekolah lagi, peralatan sekolah lagi dan lain lain lagi. Bila ada program Bas Sekolah Percuma ini sebenarnya banyak membantu golongan pendapatan rendah ini. Suka cik en tengok kalau adik adik ini boleh belajar tanpa ada bebanan kewangan. Mereka boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran.
Program Bas Sekolah Percuma Ianya merupakan inisiatif dari Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor atau senang disapa dengan nama Ku Nan. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Dengan rasa prihatin terhadap penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ada penduduk kurang berkemampuan, anak anak yang ada semangat untuk belajar tapi tidak mampu untuk membayar pengangkutan ke sekolah dan juga keresahan ibu bapa yang mana semakin hari semakin tinggi kos menguruskan keluarga telah menjadi titik tolak kepada Ku Nan mewujudkan Program Bas Sekolah Percuma ini dibawah peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan bajet yang diperuntukan, beliau menggunakan sebaiknya untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur.
Program Bas Sekolah Percuma Ianya merupakan inisiatif dari Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor atau senang disapa dengan nama Ku Nan. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Dengan rasa prihatin terhadap penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ada penduduk kurang berkemampuan, anak anak yang ada semangat untuk belajar tapi tidak mampu untuk membayar pengangkutan ke sekolah dan juga keresahan ibu bapa yang mana semakin hari semakin tinggi kos menguruskan keluarga telah menjadi titik tolak kepada Ku Nan mewujudkan Program Bas Sekolah Percuma ini dibawah peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan bajet yang diperuntukan, beliau menggunakan sebaiknya untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur.
Bantuan ini disediakan untuk penduduk PPR dan PA sahaja, kita (kerajaan) memahami kekangan hidup (kos sara hidup tinggi) jadi kita akan lihat setiap hari bagaimana mahu meringankan beban mereka- Datuk Seri Tengku Adnan Bin Mansor -
Harapan cik en pula agar Program Bas Sekolah Percuma ini dapat diteruskan dan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa seperti diperluas ke seluruhan kawasan bandar Kuala Lumpur. dan bukan hanya tertumpu kepada kawasan PPR dan PA. Selain dapat mengurangkan beban kewangan, ianya dapat juga mengelakkan masalah jenayah seperti penculikan di kalangan pelajar sekolah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh baca di Bantuan Bas Sekolah Percuma.
p/s: Selain dari Program Bas Sekolah Percuma untuk penduduk PPR dan PA, Ku Nan juga ada mewujudkan beberapa program lain seperti Perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Lembah Pantai dan pembangunan semula Residensi Kerinchi. Semua ini untuk kemudahan penduduk di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.. Atleast dapat juga meringankan beban mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteMembantu program ni utk parents yg kurang kemampuan..tak banyak, dapat juga kurangkan sikit kos perbelanjaan bulanan tmbh2 duduk di bandar besar macam KL ni..
ReplyDeleteMembantu program ni utk parents yg kurang kemampuan..tak banyak, dapat juga kurangkan sikit kos perbelanjaan bulanan tmbh2 duduk di bandar besar macam KL ni..
ReplyDeletebaguslah wujud bas percuma ni. dapatlah mengurangkan beban ibubapa yang berpendapatan rendah. kalau anak 4 ha dah 1.2k untuk bas saja. adoi pening
ReplyDeletePercuma? Jimat.. untung betol budak2 skg
ReplyDeletebaguslah program mcm ni, harap program ni diteruskan , dpt membantu golongan yg sangat2 memerlukan bantuan seperti ini ...
ReplyDeleteBestnya bas sekolah percuma, untung warga wilayah
ReplyDeleteGood inisiatif. Memang patut program ni diteruskan sampai bila2. Adik2 dan mak pak pun senyum lebaq ja.. *phewww, kurangalah sikit bebanan keluarga terutama pada mereka yg kurang berkemampuan...
ReplyDeleteBagusnya program ni kan cik en. Sekurang-kurangnya beban tambang bas yang perlu ditanggung oleh parents dah ringan.
ReplyDeleteBas sekolah satu keperluan untuk anak2. Ada yg percuma, ini sudah bagus :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sudah pasti rakyat rasa beruntung dengan program hasil inisiatif kerajaan ini. Semoga kemudahan sebegini dapat diguna oleh rakyat dengan cara yang bertamadun.
ReplyDeleteMesti suka budak budak ni. Ada bas percuma pegi sekolah. Rajin ke sekolah. Mak ayah pon dpt penjimatan berganda kan. Untungnyaaaa duduk KL.
ReplyDeleterezeki orang KL
ReplyDeleteAlhamdulillah takde r parents nk rasa terbeban sangat dengan bayaran bulanan tambang bas skrg ni
ReplyDeletebaru tahu cik en pasal bas sekolah percuma ni. very good inisiatif from DBKL!
ReplyDeletemula-mula dengar macam tak percaya... rupanya betul ada bas sekolah percuma ni....
ReplyDeleteBaguslah kemudahan percuma ni dibuat..seronoklah ibu bapa dan anak2 yg bersekolah hihi
ReplyDeleteAduyai.. . Beruntung nya ada program bas sekolah percuma ni. Macam kak nina anak 5, ini sangat sangat membantu meringankan bebenan.
ReplyDeleteUntunglah mereka yg layak dgn program bas sekolah percuma ni
ReplyDeleteseronoknya anak2 kat WP KL ni kan...bagus inisiatif DBKL ni..
ReplyDeleteHahaha..cik en rm20 tu mmg 20 tahun lps nya rate kan..sekrang ni dah smpi ratus2 sebulan..parakkkk
ReplyDeleteBagusnya ada khidmat bas percuma ni.. pernah dengar keluhan ibu bapa yg bgtau tambang bas sekolah mahal, nak nak bila time minyak naik..huhu
ReplyDeletegood info cik en :)
ReplyDeleteBagus bas percuma ni bantu sama sama anak anak jihad
ReplyDeletekurang sikit bebanan ibubapa nak bayar yuran pengangkutan anak. Memang patut diteruskan!
ReplyDeletebas sekolah percuma?? wow bestnya,..nak pindah WP lahh hahaha
ReplyDeleteterima kasih kerajaan yang memahami keperluan masyarakat
ReplyDeleteDulu luqman g sekolah jalan kaki jer kot sebab bas xde..seronoklah pelajar2 yg dok kl nih dapat naik bas g sekolah..percuma plak tuh.
ReplyDeleteTarget kwsn PPR dan PA memang sgt sesuai. Tapi harap jugak seluruh KL dpt nikmatinya =)
ReplyDeleteUntungnya ada perkhidmatan bas percuma macam ni.
ReplyDeleteSatu inisiatif yang baik mengurangkan Kos Sara hidup golongan sasaran. Moga diteruskan lagi program seperti ini oleh DBKL
ReplyDeleteBagus kalau program sebegini diperluaskan ke seluruh negeri...
ReplyDeleteBagus program ni. Sangat sangat membantu mereka yang memerlukannya..
ReplyDeleteMoga program bas sekolah percuma ini akan diteruskan dan diperluaskan seantaro Malaysia :)
ReplyDeleteSelama ni tak pernah tahu. Dah lama rupanya ada bas sekolah percuma ni
ReplyDeletebagus betul kalau perkhidmatan macam ni diperluaskan..leh jimat belanja bulanan keluarga tambah kalau yang keluarga ramai anak tu
ReplyDeleteCan help parents to save more.
ReplyDeleteDpt membantu parents ntk jimat belanja. Klu ank sekolah ramai pasti akn rasa terbeban ntk tampung kos pengangkutan,kan. Lom lagi perbelnjaan lain. Syukur diberi bantuan cmni.
ReplyDeleteJimat sgt!!! Ringankan beban.
ReplyDeletetak tau pula ada bas sekolah percuma, kalau ada dulu takde baik berhimpit dengan bangla dan indon bila naik bas awam kena tabah la
ReplyDeletebantuan bas sekolah yang wajar diberikan kepada golongan tersebut. dapat juga meringankan beban mereka
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Best nya. Baru tahu ada bas percuma ni.
ReplyDeleteKalau ada kat semua daerah lagi bagus kan :)
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeletebagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak.
ReplyDeleteBelanja kat sini dah boleh guna untuk dapatkan benda lain dah. Dah jimat dah
ReplyDelete