Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com | Jumaat lepas, adik cik en, ayang ajak cik en ke Pulau Pinang sebabnya dia nak hantar barang kawan dia kat Seberang Jaya Penang. Cik en asalnya malas nak pergi sebabnya masa ini cik en nak berehat rehat sebabnya jadual cik en sangat pack starting awal tahun ini. Tapi disebabkan adik seorang itu je, cik en pun ikutkan je. Asalkan dia yang keluarkan duit minyak dan tol okey la kan? Hahahha. Cik en gerak dari Kuala Kangsar direct terus ke Penang. Lepas tol juru, cik en singgahlah Petronas sebelum susur keluar ke Jambatan Pulau Pinang sebab nak "memerut". Adik cik en pula nak beli air. Selesai cik en pun nak teruskan perjalanan, cik en hidupkan kereta tapi tak boleh. Argh sudah. Pe kes pulak ini, kat Penang pulak, berdua dengan adik pulak, camana nak buat ini. Mesti pasal bateri kalau tak leh start ini. Terus cik en teringat pasal pernah baca artikel Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com. Apa lagi cik en pun terus cari dealer di Penang ini. So kalau korang ada masalah Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com ini je. Tak yah pening kepala fikirkan mana nak cari mekanik.
Kebetulan cik en pergi masa itu Tahun Baru Cina, confirmlah susah nak cari mekanik masa itu, Cik en pula bukan familiar dengan Penang ini. Mai sini berjimba jimba je tak terfikir nak survey yang lain. Nasibla dok teringat pasal Bateriku.com ini. Cik en masih ingat lagi masa cik en call pukul 11.30 pagi dan Bateriku.com sampai around 11.47 pagi camtu. Tak sampai 15 minit dorang sampai dengan van hijau dorang itu. Cik en pun dok la ngadu dengan kereta cik en ini tak leh start dan dah jadi risau sebab tak ada yang kenal area sini. Staf Bateriku.com atau dipanggil Mobile Technician (MOTEC) yang namanya En Zabidi ini check la keadaan bateri cik en, so far dia kata bateri masih ok lagi. Eh? kalau ok masalah apa pula yerk? Ha, yang ini korang kena baca seterusnya
Selesai check rupanya cik en terletakkan gear cik en kepada D. Hahahha. Patutla takleh start. Aiseyyyy.. camana la boleh jadi camni erk? Nampak kan cik en ini tak ikhlas nak ke Penang kan? Hahaha. Walaupun motec ini mai dan bila check tak ada masalah, dorang tak kenakan cas pun. Dan kalau bateri korang masih ok lagi pun dorang tak ada paksa korang tuk tukar. Kalau macam kaum wanita macam cik en yang tak kenal sesiapa ini kemungkinan di tipu itu sangat tinggi. Kalau dengan Bateriku.com, korang tak perlu risau sangat, sebabnya dorang sangat dipercayai dan berpengalaman. Kawan cik en namanya Ayu ada bagi feedback yang Bateriku.com Penang memang terbaik, katanya bateri dorang berkualiti dan murah berbanding yang lain. Lepas ada masalah pada bateri, terus husband dia call bateriku,com nak tukar bateri dan set di Tol Juru je. Dorang datang memang awal dan tunggu husband Ayu ini. Hahaha. Nampak kan komitmen dorang? Cik en pun tak sampai 15 minit.
Macamana dengan korang kalau tiba tiba tak leh start kereta tu? mesti tertanya tanya adakah masalah bateri ke? Ini cik en nak bagi panduan sikit pada korang (tapi pastikan gear korang dalam P atau N ye, jangan jadi macam cik en dalam D hahahaha)
- Bila start enjin, dah ada bunyi macam "keletak keletak" Itu tanda nak mula ada masalah bateri la tu. Kalau dah tak leh start langsung wajib la ditukar
- Hon berbunyi tapi perlahan dari selalu
- Lampu jadi malap
- Radio dah macam kehabisan bateri je. Hahahha
- Air Bateri berkurangan secara mendadak (kalau pakai sel basah)
- Meter jarak penggunaan minyak akan jadi mereng, kejap 150km kejap 300km
- Dah timbul lampu icon bateri kat dashboard.
Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com
Dah alang alang ada story pasal Bateriku.com ini, cik en nak share sikit info Bateriku.com ini
- Kawasan Bateriku.com meliputi kawasan perumahan, office, jalan biasa dan lebuh raya di seluruh negeri di Semananjung Malaysia
- Setiap negeri ini ada agen agen yang terlatih, berpengalaman dan sangat ramah
- Waktu servis pemeriksaan dorang bermula 7 pagi hingga 1 pagi
- Kalau selepas di periksa bateri korang lemah, dorang akan bekalkan dengan "flaoting battery" dan bateri korang memang kong dan perlu ditukar, jangan rasa ragu ragu sebabnya dorang akan suggest bateri sel kering dan basah yang berkualiti dengan jaminan selalunya 12 bulan seperti :
- Century
- Yuasa
- Amaron (kereta Singapura banyak guna jenama ini)
- FGEP,
- SHOGUN
- ASTRA
- jenama-jenama lain yang berkualiti
- Pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan adalah percuma. Harga bateri saja dorang cas pada korang. Tiada cas tersembunyi
Kalau korang nak menggunakan perkhidmatan Bateriku.com untuk pertukaran bateri terus ke tempat korang, pemeriksaan, pertanyaan mengenai bateri boleh hubungi
TOLL FREE
1 800 22 2324
Whatsapps
Untuk kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Download apps di Google Play Store dan Apple App Store
Mobil App BATERIKU.COM
Mudah, cepat dan korang boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician dorang
KHIDMAT PELANGGAN
Green Initiative Sdn Bhd
31, Jalan Utarid U5/11, Mah Sing Industrial Park
Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-7843 0105
Mungkin korang kena baca Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta
Tags:
Automobil
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete