Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline | Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini cik en baru cuba around 2 minggu ini. Awalnya cik en cuba untuk ambik foundation dari jenama lain tapi tertarik dengan Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline kerana struktur foundation itu sendiri. Entah la kenapa suka sedangkan niat awal nak memilih jenis liquid atau cecair. Kebetulan cik en ini tengok banyak sangat code Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini. Selalu cik en tengok 3 code je untuk foundation. Dark, Natural dan light. Tapi Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code dan yang cik en tengok masa beli di Watson de 9 code. Banyak kan? Tapi cik en rasa lebih bagus sebab ianya lebih banyak pilihan untuk tone warna kulit kita.
Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline |
Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline
Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code. 12 Code itu :
- Natural Beige
- Warm Porcelain
- Porcelain Ivory
- Ivory
- Classic Ivory
- Nude
- Creamy Natural
- Sandy Beige
- Pure Beige
- Honey Beige
- Caremal
- Coconut
Masing masing mempunyai tone warna yang berbeza. Warna korang boleh tengok di bawah ini. Cik en carikan untuk korang
Pening kan? Cik en sendiri awalnya blur nak pilih warna mana. Last last cik en memilih code 50 Creamy Natural. Asalnya nak pilih Nude tapi tak ada stock pulak. Walaupun Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline Creamy Natural ini pilihan kedua, cik en puas hati jugalah warna dia. Sesuai dengan kulit muka cik en. Cik en dah cuba beberapa kali apply cuma tak sempat buat video sebab masalah teknikal sikit. Tapi cik en tunjuk melalui perbandingan di bawah ini
Nampak smooth kan? Cik en suka dan tahan lama. Buktinya cik en pakai masa Event Traveloka Escape with The Butterfly Project dari subuh sampai ke petang tapi mantain cantik. Hahahha. Puji diri sendiri kan.. ahahhaha.. Harga dia pula mampu milik la. RM45.00 saja. Boleh la golongan sederhana ini nak beli. Kalau korang nak beli online boleh beli secara online atau dimana mana kedai kecantikan seperti Watson, Guardian dan lain lain.
Korang pernah try Bio Essence Water Gold? Mungkin korang tak tahu, cik en pengguna setia Bio Essence ini. Review penuh di Bio-Essense 24KBio Gold Water Mahal? Berbaloi Ke Beli?
assalamualaikum terima kasih atas perkongsian menarik ini.
ReplyDeletewalaikumsalam.. sama sama
Deletepeloles cik en
ReplyDeletehahahhaha.. pondesyen buat peloles
DeleteTerbaik review product.
ReplyDeleteAll the best. Leh wat live dah ni.
dalam percubaan ini.. insyallah klu rasa dah cukup ilmu didada
Deleterambang mata sekali aku tengok jenis2 berus make up..
ReplyDeletenampak sekata kulit lepas pakai tu. comel!
ReplyDeletewah...ploles la cik ein...nak try la
ReplyDeleteooo patutlah nmpak gebus gebas licin je cik enn hrituu. ini rahsianya. hehehe
ReplyDelete