Dah Tercapai Ke Azam Tahun Eintan Nurfuzie 2017? | Dah masuk bulan Disember, bulan terakhir setiap tahun. Bila dah akhir tahun ini, akan banyak info terbaik, terhangat, terbanyak, terburuk sepanjang tahun 2017 ini. Sebelum cik en nak keluarkan entri sebegitu (kalau sempat la) cik en nak la menunjuk nunjuk kan (over kan) pencapaian cik en janji azam tahun cik en 2017. So Dah Tercapai Ke Azam Tahun Eintan Nurfuzie 2017? Hahahah. Jom baca dulu
Dah Tercapai Ke Azam Tahun Eintan Nurfuzie 2017?
Korang boleh baca Azam Tahun Eintan Nurfuzie 2017 untuk tahu azam penuh cik en. Tapi untuk ringaksannya cik en berhasrat untuk
- Travel Solo
- Backpacker
- 6 Buah Negeri Dalam Malaysia
Anyway cik en tak memenuhi azam 1 dan 2 tapi capai azam no 3. So jom tengok negeri mana cik en dah pergi.
Negeri Pulau Pinang (May, Ogos dan September 2017)
klik untuk gambar lain |
Cik en selalu ke Penang ini. Bulan May, Ogos dan Oktober. Bulan May cik en ada trip gegurl bersama sama adik cik en, Lyana Ishak dan Nurul Yui. Kami ke Miami Beach, makan ais krim Magnum, makan di Kapitan dan Bukit Bendera jalan jalan. Masa ini kami stay di Qube Beach Resort.
Bulan Ogos pula cik en ada event. Korang boleh baca full event di Menu Sihat dan Sedap dengan US Potatoes. Masa ini cik en jumpa dengan geng Blogger Utara. Tahun 2016 cik en kerap datang ke Penang untuk Muzium Review bersama Blogger Utara. Bagi cik en, team blogger ini memang best dan sempoi. Kami sangat la harmoni dan support each other.
klik untuk gambar lain |
Bulan Oktober pula cik en ke Penang sebab BFF cik en Konvokesyen di USM. Cik en dan Poyok ini berkawan semenjak diploma di Politeknik Ungku Omar lagi. So cik en tak dapat nak join dia buat PJJ so dengan ada bersama dengan dia Konvo salah satu support untuk dia. Yang ini korang boleh baca di Tahniah My Bestie Poyok
Negeri Pahang (April 2017)
klik untuk gambar lain |
Cik en ke Pahang sebab kenduri kahwin sepupu cik en Kak Ta. Cik en gi bulan April 2017. Kak Ta anak kepada abang abah cik en yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang Pahang. Ramai juga sepupu cik en jumpa terutama anak Pak Ngah Mat iaitu abah kak Ta. Istimewanya keluarga Pak Ngah anak dia 1 team bola sepak. 11 ke 12 orang ke anaknya. Cik en cuma kenal beberapa sahaja terutama yang sebaya dan lebih tua dari cik en. So bagusnya la kan, bial kenduri camni cik en boleh kenal semuanya. Tak ada la nanti jumpa selisih bahu pun tak kenal. Perjalanan kami ini melalui Genting Sepah dari Batang Kali. Mencabar juga la perjalanan. Sebelum sampai kami yang memang siap bawa bekal berkelah di Sungai Kedondong Batang Kali.
Nasi itu nampak kuning kan? Nasi itu namanya Nasi Saddam Hussin. hahahahah. Dan juga rendang ayam. Seronok juga la berkelah camni, dah lama tak buat.
Negeri Kedah (Ogos 2017)
Kedah adalah negeri kelahiran abah cik en. Cik en sendiri pernah sekolah di Kedah. Cuma tahun ini cik en tak balik kampung. Tapi cik en ada trip dengan Lyana Ishak jalan jalan di Penang dan Kedah bersama Akma dan adik cik en. Kami ke Pantai Merdeka dan nikmati ais krim Everest dan mee udang Pulau Sayak.
Ais Krim Gunung Jerai Pantai Merdeka |
Mee Udang |
Kuala Lumpur (March dan Disember 2017)
KL ini trip dengan adik cik en. Cik en bawa dia jumpa kawan kawan dia. Tak lama tapi sempat jumpa kawan cik en masa duduk di Ipoh dulu.
klik untuk gambar lain |
2nd cik en pergi untuk Traveloka Escape with The Butterfly Project. Yang ini cik en menetap di The KL Journal. Entri masih dalam draf, Nanti cik en share.
Selangor (Oktober 2017)
klik untuk gambar lain |
Yang ini Sponsared Trip. Masa ini cik en dapat round tempat tempat menarik di sekitar kuala selangor. Memang best la. Yang ini korang boleh baca di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor . Trip ini cik en gi bulan Oktober yang lepas
Cik en dulu rajin ke Kelantan untuk hantar sampel darah di Makmal Veterinar Kota Bharu Kelantan. Tapi tak sempat untuk jalan jalan tempat best kat sana. Kebetulan kawan cik en balik Kelantan, cik en buat keputusan untuk jalan jalan di Kelantan. Cik en ada buat entry tapi pecah pecah. So kalau korang nak baca, boleh rujuk label Travel Ke Kelantan
Perak (Sepanjang Tahun. Hahahhaha)
Kira aci kan masuk travel ke Perak dalam list ini walaupun duduk di Perak. Hahahha. Sebabnya cik en selalu terima kunjungan kawan kawan ke Perak. So dalam masa yang sama cik en pun travel juga la ke Perak ini. Kalau kawan kawan tak datang cik en tak ada nye nak round round area Perak ini. Yang ini layan gambar je la yerk. Gambar lain korang boleh tengok di Travel Ke Perak
Gua Tempurung |
klik untuk baca review hotel ini |
Jambatan Victoria Kuala Kangsar |
Kea Garden Cameron Highlands |
Menara Condong Teluk Intan |
Kiranya cik en berjaya la kan? hahahaha. So dah boleh buka Azam Tahun Baru 2018. Yang itu cik en akan story entri seterusnya okey?
Tags:
lifestyle
Taknak komen pape..cuma nak kata, dari satu gambar ke satu gambar, nampak cin en macam makin kuwus la.. I is jeles.huks2
ReplyDeletePuas juga cik en jln2 negeri dlm Malaysia ni
ReplyDelete