10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone | Seperti dijanjikan di entry sebelum ini, cik en nak sambung beberapa tips dalam slot Cara Pengambilan Gambar Yang Berkesan dalam Kursus Pengawai Perlesenan yang cik en hadiri minggu lepas. Walaupun asalnya slot ini untuk kakitangan tapi cik en rasa ianya boleh di apply pada blogger yang selalu ambil gambar untuk blog dan simpan sebagai ilmu. Nak belajar ini mahal tau? So dengan perkongsian camni cik en dapat bantu kawan kawan mencari info. Jom kita tengok 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone ini.
10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone
1.PEGANG TELEFON ANDA DENGAN KUKUH ATAUPUN GUNAKAN ALAT SOKONGAN
Pastikan anda sentiasa memegang telefon pintar anda dengan kukuh dan jika boleh cuba elakkan melakukan pergerakan ketika mengambil gambar kerana pergerakan ini akan menghasilkan gambar yang kabur terutama sekali jika kamera anda tidak mempunyai optik pengstabilan imej. Selain itu, anda harus melakukan menekan butang ‘shutter’ dengan perlahan-lahan.
2.ELAKKAN PENGGUNAAN ZOOM DIGITAL
Penggunaan Zoom digital harus dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil. Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat.
3.GUNAKAN TETAPAN RESOLUSI DAN RATIO YANG TERBAIK
Pergi ke tetapan kamera telefon pintar anda dan pastikan anda menggunakan resolusi terbaik yang ditawarkan. Selain itu, elakkan penggunaan ‘aspect ratio 16:9’ untuk pengambilan gambar kecuali anda tahu kamera telefon pintar anda memiliki sensor imej 16:9 Walaubagaimanapun, disyorkan anda menggunakan ‘aspect ratio 4:3’.
4. BERSIHKAN LENSA KAMERA ANDA
Lensa pada sesebuah telefon pintar mudah menjadi kotor dan berhabuk dan disebabkan ini adalah perlu meluangkan sedikit masa untuk membersihkanya dari semasa ke semasa. Bagi tujuan pembersihan lensa ini kami mencadangkan penggunaan kain yang lembut.
5. TETAPKAN FOCUS DAN ‘EXPOSURE’ YANG BETUL DENGAN SATU SENTUHAN
Jika anda merasakan gambar anda tidak mempunyai pendedahan atau fokus yang baik, anda hanya perlu melakukan sentuhan sebelum mengambil gambar, perisian kamera pada kebanyakan telefon pintar ditetapkan untuk memberikan fokus dan pendedahan berdasarkan bahagian yang anda tekan.
6. MENGIKUT PERATURAN ‘RULE OF THIRD’
Kaedah ‘rule of thirds’ ini adalah mudah dan senang digunakan ketika pengambilan gambar. Pastikan gambar sejajar pada satu garisan menegak atau pada titik pertemuan garisan melintang dan menegak. Selepas itu, pastikan bahagian atas gambar adalah terletak sepanjang garisan melintang paling atas.
7. BELAJAR MENGGUNAKAN KESEMUA ‘MODE’ PADA KAMERA ANDA
Kebanyakan telefon pintar pada masa ini hadir dengan banyak aplikasi kamera yang kaya dengan pelagai fungsi menarik seperti model untuk mengambil objek bergerak dan pengambilan gambar pada waktu malam. Cuba kesemua ‘mode’ ini kerana jika anda sudah biasa dengan kesemua fungsi pada kamera ianya akan membantu anda ketika anda memerlukanya.
9. AMBIL BEBERAPA GAMBAR YANG SAMA
Adalah sesuatu yang baik jika anda mengambil beberapa gambar yang sama kerana anda boleh memilih gambar yang terbaik daripada beberapa gambar yang diambil.
10. EDIT GAMBAR ANDA TETAPI JANGAN KETERLALUAN
Anda boleh menukar gambar biasa kepada gambar yang cantik dengan mengedit gambar namun penggunaan yang keterlaluan tidak digalakkan. Kebanyakkan telefon pintar kini hadir dengan perisian kamera yang mempunyai sistem yang boleh membantu anda meningkatkan kecerahan gambar termasuk bingkai.
Antara tips ini cik en pernah share Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik sebelum ini. Dan cik en pun nk bagi kredit entri ini pada Encik Mohd Razif Bin Jamalludin sebagai penceramah slot ini. Jumpa di next entri na... Da...
Antara tips ini cik en pernah share Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik sebelum ini. Dan cik en pun nk bagi kredit entri ini pada Encik Mohd Razif Bin Jamalludin sebagai penceramah slot ini. Jumpa di next entri na... Da...
thanks cik en...banyak nak kena belajar macam mana nak setting camera phone dengan betul
ReplyDeleteThank you for sharing! :)
ReplyDeleteTak tahu bilalah agaknya mrs pip nak pandai ambil gambar..
ReplyDeleteBaiklah, nanti nak try tips2 yang cik en share ni .. ;)
ReplyDeleteBagus tips ni. Boleh Cubalah nanti. Cantiklah gambar ein Tu pandainya ambil gambar
ReplyDeleteGood sharing.. Bole apply
ReplyDeleteThanks for sharing.. Bila pegang phone nak ambik gambar, tangan selalu ketar terus gambar jadi tak cantik 😔
ReplyDelete