Safi Rania Gold Beetox Technology Meremajakan Kulit | Menjaga kulit wajah adalah satu benda utama yang akan di buat oleh seluruh wanita terutama mencapai usia 30 an ke atas macam cik en ini. Bak kata orang, usia 30 an adalah kemuncak kecantikan wanita dan masa ini adalah masa yang terbaik untuk menjaga bagi memastikan ianya kekal cantik dan jelita sehingga usia tua. Masa ini kulit mulai matang dan berada tahap klimaks kecantikan. Baru baru ini cik en diberi peluang untuk mencuba produk Safi Rania Gold Beetox Technology dalam menjaga dan meremajakan kulit cik en.
Safi Rania Gold Beetox Technology
Dalam set yang cik gunakan ini mempunyai 4 produk iaitu Pembersih Wajah, Esen Emas Keremajaan, Eliksir Keremajaan dan Krim Pelembab Siang. Semua produk ini menggunakan teknologi Beetox dengan Nano Gold 24K. Rangkaian antipenuaan ini baru diperbaharui menggunakan formula Beetox Tecknology dan Bio Nano Gold 24K untuk menjadikan kulit tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja.
Dengan menggunakan 5 langkah penjagaan kulit yang di sarankan oleh Safi Rania Gold ini, semestinya korang akan dapat memiliki wajah yang kekal remaja. 5 langkah tersebut adalah
Langkah 1 : Membersih
Pembersih Wajah Safi Rania Gold dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Royal Jelly :
- Formulasi terbaru Micro-Form dengan agen anti-oksidan untuk membersih secara mendalam.
- Buih yag mewah berkrim mengandungi agen pelembab
- Membersihkan sisa solekan dengan sempurna
Nano Gold 24k berfungsi mengukuhkan struktur dalaman kulit agar wajah anjal dan awet muda. Royal Jelly pula kaya dengan 20 Asid Amino, vitamin dan mineral untuk merangsang pembaharuan kulit. Penggunaannya letaks edikit pembersih wajah ini dan gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas. Selain dari pembersih wajah ini ada beberapa lagi produk didalam langkah membersih ini
Langkah 2 : Menyegar
Esen Emas Keremajaan ini menggunakan Duo Gold 24K dengan Honey dan Hyaluronic Acid. Ianya mengekakan 24 jam kelembapan. Selain Esen Emas ini ada beberapa lagi produk di bawah langkah menyegar kulit ini
Langkah 3 : Merawat
Selesai mengunakan penyegar, kulit perlulah dirawat untuk membantu membuang kulit kulit kusam. Produk yang cik en guna adalah Eliksir Keremajaan. Eliksir ini menggunakan Nano Gold 24 K dengan beetox dan Propolis. Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C meningkatkan keanjalan 3x, merawat alpisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan. Selain dari Eliksir produk lain adalah
Langkah 4 : Melembab
Ini produk yang cik en gunakan iaitu Krim Pelembab SIang SPF25PA++IR. Krim ini berfungsi melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR). Selain krim pelembap siang ada pelembab malam
Langkah 5 : Penyeri
Kelima lima langkah ini kalau korang amalkan isnyallah kulit korang akan berseri macam Nora Danish atau cik en nanti. Hahhahah. Tapi kalau korang adalah masalah kulit kering atau berminyak, korang boleh gunakan cadangan yang ditetapkan mengikut jenis kulit
Hasil gabungan ini membuktikan kulit menjadi anjal, kehalusan kulit meningkat, pemulihan tona kulit dan pengurangan kedutan. Kedut tu yang sensitif kan? Tapi dengan menggunakan Safi Rania Gold Beetox Technology korang yang dah mula kedut kedut tu boleh tersenyum sebab ada produk yang sudah didapati dan mampu milik boleh membantu korang mengatasi masalah itu. Korang boleh dapatkan produk ini di pasaran dengan harga yang berbaloi. Untuk maklumat lanjut boleh ke
Untuk korang yang masih remaja pula, bolehlah cuba produk Safi Balqis Oxy White yang mana ianya sangat sesuai dengan kulit remaja korang.
Tags:
Beauty
yeahh suka safi rania beetox nie..susuai untuk saya yang dah terlebih remaja hehe
ReplyDeleteLepas ne susah lah nak cam mana nora danish mana cik en. miza berkenan pulak dengan pelembab tu nak cari lepas ne
ReplyDeletemmg pakai produk safi tp safi rania gold belum pernah try
ReplyDeletebestnya!!!suka tgk box tu...hehehhehe
ReplyDelete@PERMATABIRUda cuba guna, muka sy combination skin. Lepas guna 3 hari product ni(sy ikut semua langkah penggunaannya) , kulit bukan makin anjal atau lembap, tapi semakin mengering, kemerah-merahan dan gatal. Sekarang pipi sy jadi kering dan merah serta kasar, sebelum guna safi rania gold ni, kulit sy biasa2 dan lembut. Jadi ini bermakna kulit sy allergic dan produk ni kan?
ReplyDeletesama mcm sy sis..sebulan pakai,muke jadi kering,gtal2 jangan cakap lah..sebelum nie muke sy elok je,xde kering xde minyak..jerawat pun da membiak nie..
Deletekemungkinan tak bersesuaian produk ini dengan kulit muka.. lain orang lain kesanpenggunaanya
Deleteda mcm2 produk pki tp sy rs safi rania gold ni mmg best....kulit makin anjal n glowing
ReplyDelete