Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak | Yong Tau Foo adalah makanan favourite cik en dari dulu. Dulu cik en tahu, Yong Tau Foo ini dimakan bersama kuah hitam. Tapi bila cik en dapat posting bekerja di Sitiawan, 1st time cik en tengok Yong Tau Foo berbentuk sup. Pelik tapi bila lama lama makan, ianya lagi best dari kuah hitam. Dan bila makan ramai ramai itu, macam best pula. Berkuah dan boleh spend masa sama sama. Port terbaik yang cik en boleh suggest korang datang ke Manjung atau lumut atau sitiawan atau Pulau Pangkor sendiri adalah Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak.
Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak
Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak ini ada 2 cawangan dah.1st di Kedai Makanan di Padang Astaka dan setiap malam memang kedai ini penuh dengan orang. Yang kedua di tepi Padang Astaka hampir sangat dengan rumah cik en. Sejarahnya kedai ini dimiliki oleh En. Zul. Dan bermula dengan kedai yang pertama. Masa itu memang setiap malam penuh dengan orang. Dalam 3 tahun lepas kot, tapak kedua kedai ini baru dibuat dan cik en tengok mereka buka lagi 1 cawangan disitu, Katanya kedai pertama diuruskan oleh isteri En Zul. Dan kedai ke 2 diuruskan oleh En zul . Tiap hari kedua dua tempat memang penuh orang. Sampailah En Zul meninggal, kedai no 2 kejap kejap tutup kejap kejap buka. Tapi kedai pertama masih lagi beroperasi seperti biasa. Cuma cik en suka kedai no 2 sebabnya ianya betul betul di tepi Padang Astaka. Angin menderu deru dan ruang letak kereta yang lebih luas.
Selain Yong Tau Foo, korang boleh juga makan makanan panas yang lain seperti nasi goreng, mee, bihun ketiaw dan beberapa menu panas yang lain. Kedai no 1 ini selalunya ada jual sate dan cik en selalu bawa keluarga cik en ke kedai no 1 tu. Sate dia pun sedap juga. Puas hati la. Harga pun berpatutan.
So kalau datang ke sini boleh la singgah kedai Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak ini. Sambil tu roger la cik en ye! sekejap je cik en akan sampai. Hahahhaha.. ok la, jumpe di next entri www.nurfuzie.com
setakat ni tak pelik lagi jumpa Yong tau foo sup..pernah jumpa juga. tapi masa first time jumpa curiga gak rasanya..tapi sedap tu pasti.hehe
ReplyDelete@reezluv
ReplyDeleteawalnya pelik.. lama2 dah ok.. cume yg mana x biasa makan bersup nampak pelik skit la
yong tau foo!
ReplyDeletefeveret aida dari kekecik ni, cik EN.
dulu kala gi psr mlm seketul 20sen.
mak kasik aida & adik sorang rm2.
so, kami beli yong tau foo 5 ketul.
makan kat situ. kebetulan yg jual yong tau foo tu jiran jer.
then beli air secawan 20 sen.
most of the time kami simpan baki tu.
ada jugak yg kami abiskan baki 80 sen tu, cik EN.
dulu kala la... tahun 80-an.
now. yong tau foo pilih and pilih kekadang semangkuk da lebih rm5 hi hi hi....
but still my feveret.