Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing

Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing | Entri ini cik en taip selepas baca kisah diceritakan oleh Dr Najihah yang dikeluarkan di artikel blog Siakap Keli. Cik en tak sangka la pula kalau tak cucuk anti tetanus ini boleh bawa kepada kematian. Ingatkan cucuk tu untuk tahan sakit dan elak kena kancing gigi je. Apa pun lepas cik en baca kisah kematian pesakit Dr Najihah itu, cik en memang rasa Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing juga. 

Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing
Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing 

Berbalik pada kisah diceritakan oleh Dr Najihah itu, cik en ringkas kan kalau rasa nak baca penuh, korang boleh baca di Jangan Kata Tetanus. Aduh.'', Kisah Pesakit Tak Mahu Terima Suntikan Vaksin Elak Kancing Gigi Akhirnya Mati. Kisahnya apabila ada seorang pesakit datang berjumpa Dr Najihah dan katanya tak boleh buka mulut dan sakit belakang. Apabila ditanya lagi, rupanya pesakit itu ada kemalangan minggu sebelum itu. Dan disebabka luka yang teruk, kotor dan bernanah, terus Dr tanya, ada tak pergi klinik selepas kemalangan untuk cucuk ubat? Rupanya tak ada. Dr dah mula agak mungkin kes Tetanus. Dari tak sedarkan diri selepas 2 hari sehinggalah pesakit itu meninggal dunia. Semuanya kerana tak buat suntikan anti teteanus atau kancing gigi. 

Kalau sesiapa yang ingat atau baca entri cik en sebelum ini, cik en sendiri ada dapatkan cucuk kancing gigi ini awal tahun ini. Sebab kena gigit dengan kucing sampai berdarah. Nak tau pasal apa kena gigit? Kena baca entri Sepandai pandai mengelak digigit, digigit juga akhirnya . Suntikan ini valid 6 bulan. So sekarang dah bulan Oktober kiranya dah habis dah suntikan itu. Medical Assistant masa itu kata kalau ada kemalangan atau digigit lagi 6 bulan dah tak perlu cucuk kancing gigi ini. 

Disebabkan itu, cik en nasihatkan kepada pembaca cik en terutama owner kucing ini, kalau kucing gigit anggota badan korang, cepat cepatlah dapatkan rawatan di klinik. Paling habis pun, dapatkan cucuk kancing gigi. tak mau nanti, bila jadi kes kematian atau kronik, kucing disalahkan. Kesian kucing itu. Kalau setakat calar calar tak payah la nak suntik. Calar ini dibahagian kulit je tak sampai luka dalam. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. thanks sharing... saya tak tau pula kena ambil suntikan tetanus kalau kucing yang gigit, so far ingatkan kalau anjing jer yang gigit. bila baca entry ni, bertambah lagi pengetahuna saya bab suntikan tetanus ni ... sgt membantu :))

    ReplyDelete
  2. tak boleh diambil mudah kalau kena gigit kucing..kena cepat2 dapatkan rawatankan...

    ReplyDelete
  3. mak ai. dalamnyer tu kena gigit. Kalau cakar biasa2 xyhla cucuk ni kan? huhu

    semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  4. masa kucing datang rumah, waktu bermain memang ada kena gigit berkali-kali...tapi gigit manja jela...

    ReplyDelete
  5. betul2, dulu cik timm excident, doc cucuk tetanus xnk bgi kncing gigi..hoho..

    ReplyDelete
  6. Kalau calar2 biasa tak payah cucuk la kan

    ReplyDelete
  7. Saya baru kena gigit kucing Cik En.. terus dapatkan rawatan dan suntikan..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post