Pengalaman Pertama Menderma Darah

Pengalaman Pertama Menderma Darah | Lama juga cik en tak update blog kan? Cik en baru balik dari Kelantan. Negeri terakhir melengkapkan 6 negeri cik en travel untuk penuhi Azam Tahun Eintan Nurfuzie 2017. Cik en ikut kawan cik en yang bernama Ehan dan suaminya Ipin untuk jalan jalan di sana. Percutian 3 hari 2 malam itu cik en akan story beperingkat ye. Aktiviti pertama yang cik en buat bila sampai di Kelantan adalah menderma darah. Disebabkan ehan memahami cik en ini blogger, dia volunteer untuk snap gambar masa Pengalaman Pertama Menderma Darah di Aeon Kota Bharu tempoh hari.

Pengalaman Pertama Menderma Darah
Pengalaman Pertama Menderma Darah

Nampak sangat kan cik en sayang orang kelantan. Hahahha. Iyelah, punya la jauh cik en gi derma darah. Ceritanya bergini, dulu zaman cik en belajr di Politeknik Ungku Omar cik en pernah nak derma tapi masa itu berat cik en dalam 45 kg so memang tak memenuhi syarat syarat. So terkubur la.. Lepas cik en dah mencecah dalam 50 kg cik en cuba untuk menderma masa itu ada buat di karnival tapi bila check cik en kekurangan darah. Kiranya di Aeon Kota Bharu percubaan ke 3 dan cik en melepasi syarat syarat di tetapkan. So terjadilah Pengalaman Pertama Menderma Darah cik en disini. 


Pengalaman Pertama Menderma Darah


Masa itu, Ehan dan Ipin bersama anak anak dorang, Rayyan dan Soffea jalan jalan di Aeon memandangkan kedai nasi ulam yang famous di sana tutup. Kebetulan Ipin pun nak bayar bil telefon dan menunggu petang sikit untuk ke Pantai Cahaya Bulan. So kami masuk Aeon dulu. Dalam berjalan jalan kami terjumpa pihak USM buat program derma darah. Ipin yang dah 4 kali derma darah nak derma darah dan bila Ehan tanya cik en, cik en pun nak cuba sekali lagi untuk menderma. Step pertama semestinya isi borang. Udah macam jawab periksa pula. Hahaha. Selesai, cik en buat pemeriksaan kesihatan dengan ambil darah dan tekanan darah. Selesai cik en dapat sebungkus goodies yang ada biskut, air mineral dan air teh bunga. Selasai saja, cik en terus ke kerusi khas untuk menderma. Cuba buat caption sikit muka cik en dibawah ini. hahaha







Tak nampak takut kan? kan? kan? Muka cik en cooooll je kan? hahahah. Cik en boleh sembang sembang lagi, nurse pakai jarum berapa ini nurse? Garum 18G ke nurse? Dia kata tak la, jarum 16G. Oh my gosh. 18G pun cik en dah tau besar mana, inikan 16G. Cik en boleh tahu saiz ini sebab cik en ambik darah lembu guna jarum 18G. Besar tau! Lembu pun melompat lompat. Inikan cik en yang comel ini. hahahha. Tapi sebelum jarum ambik darah itu, cik en tengok, nurse bagi Local Anesthesia. Local Anesthesia ini adalah pelali setempat. Local Anesthesia ini akan dicucuk di bawah kulit untuk bius kawasan bakal dicucuk untuk ambil darah. Cik en gunakan juga local anesthesia ini untuk haiwan bila buat sebarang pembedahan atau jahit. So tak la cik en rasa sakit pun sepanjang proses itu.


Kalau tak silap cik en , dorang ambil 450ml darah cik en yang ambil masa kurang dari 20 minit. Cik en selesai barulah ipin pula menderma.


Selesai je cik en rasa happy bebeno kome. Akhirnya cik en berjaya juga menderma selepas kena reject beberapa kali sebelum ini. 

KRITERIA ASAS MENDERMA DARAH ( Sumber )
  1. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  2. Berat badan melebihi 45 kg.
  3. Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  4. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  5. Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  6. Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia) Berumur tidak melebihi 55 tahun
  7. Berat badan 55 kg dan ke atas.
  8. Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
  9. Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)
Untuk next entri cik en akan story mengenai Pantai Cahaya Bulan (PCB) pula. So harap cik en akan bersemangat menulis untuk next entri. Jumpa lagi di www.nurfuzie.com .. XOXO
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tabik la cik ein datang bercuti tapi buat amal utk rakyat kelantan..:)

    ReplyDelete
  2. hurm..berat 43 kg, so memang tak layak nak derma darah sekarang.tahniah cik ein

    ReplyDelete
  3. sha takut nak derma darah, tp nak merasa juga, nxt time bole try kan..
    #afbsupport blogwalking dr www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
Previous Post Next Post