Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar | Kuala Kangsar adalah tempat kelahiran cik en dan ianya satu satu tempat yang tersemat di hati walaupun cik en ini berpindah randah berpuluh puluh kali. Walaupun kecil je daerahnya tapi kami berbangga sebab hidup aman makmur di bandar di Raja ini. Kat Kuala Kangsar ini orang melayu, cina, india, orang asli dan lain lain hidup aman damai. Lagi lagi senior senior ini. mereka sangat ramah antara satu sama lain sampaikan mereka bercakap langsung tak ada pelat bangsa masing masing. Ada satu tempat menarik kalau korang datang ke Kuala Kangsar pada hari Ahad iaitu Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar 


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini ada jual pelbagai jenis barangan dari makanan, barangan basah, barangan kering, pakaian dan lain lain lagi. Ada yang jual ikan ikan segar dari Sungai Perak, ulam ulaman sampai cik en sendiri tak tahu ulam apa. Kalau yang jual baju dan juga baju dalam wanita, mereka sangat ramah sambil belek belek muat ke tidak. Hahahah. Beza kalau beli di pasaraya yang kita sengsorang je dalam memilih kan? Cik en nak kongsi sikit suasana di Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar
Gerai baju sangat banyak. Murah murah pulak tu


Barangan dapur dan plastik juga di jual

Barangan rare macam duit lama pun ada dijual

Terompah yang menjadi kasut pilihan orang dulu dulu

Sayur sayuran segar

Ikan segar dan selalunya di ambil dari Pantai Remis Perak

Pelbagai jenis ikan laut

Ikan Sungai juga

Makanan fovourite cik en CAKOI

Pasar Pagi ini berhampiran dengan medan cendul dan laksa

Belanja gamba owner blog. hihihihi
Disebabkan susah nak dapat parking berdekatan dengan Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini, cik en parking berhampiran Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar dan berjalan menaiki jambatan ke Pasar pagi itu. 

Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar

Ambil masa 3 4 jam juga la kami pagi itu jalan jalan kat pasar pagi ini. Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini betul betul terletak di Pekan Kuala Kangsar berhampiran Lembah Kuala Kangsar dan dibuka Sabtu dan Ahad saja. Sabtu tu tak semeriah hari Ahad la. Ahad yang paling besar.Selain dari sini, korang boleh tengok tempat tempat menarik yang lain di Tempat Menarik Di Perak Utara. Ok la Insyallah untuk next entri cik en kongsi tempat menarik di Kuala Kangsar yang cik en pergi tempoh hari. XoXo
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Biasa berbelanja barangan keperluan seminggu di pasar minggu.
    Kat sini setiap hari jumaat pagi.

    ReplyDelete
  2. Sep sikit..saya pun lahir kat kuala kangsar..membesar di KL tapi tetap bangga nk bitau orang kuala..hihi..pasar pagi ni pernah dulu2 singgah..best gak..dah lama tak ke sini...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kat sini,semua murah- murah..compae kat tempat akak..semua mahal kot...tak dapat harga cenggitu

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi singgah kuala kangsar tapi balik kg lalu la situ.

    ReplyDelete
  5. ala2 pasar pagi dekat kulim pulak.kdg2 lgi best beli brg kat tempat mcm ni, murah n byk pilihan n santai2 jer..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post