Nombor Pin Google AdSense Dari UK | Alhamdulillah, penantian hampir 2 minggu berakhir dengan sampainya surat cinta dari Google Adsense ini. Google Adsense hantar pada 19 Julai 2017 yang lepas dan cik en terima 3 Ogos 2017. Cik en tak suka nak story dulu sebelum sampai depan mata so tak ada la cik en heboh heboh (dah macam jom heboh je) yang pihak Google Adsense dah hantar no pin. Bila dah official sampai kat tangan cik en, barulah cik en berani nak tunjukkan surat Nombor Pin Google AdSense Dari UK ini kat facebook peribadi cik en.
Awal awal cik en ingat, bila dah approved adsense ini dah boleh dapat no pin ini yang ditayang tayangkan oleh kawan kawan cik en itu, rupa- rupanya perlu ada sekurang kurangnya 10USD dalam akaun adsense barulah pihak Google Adsense akan hantar no pin ini.
Apa Itu Nombor Pin Google AdSense Dari UK ini?
Semestinya yang bukan blogger tertanya apa pentingnya no pin ini? bahagia sangat cik en cerita kat facebook itu. Ok la, meh cik en story apa itu Adsense dari awal sampai akhir. Kalau yang dah tahu boleh skip perenggan ini okey? Adsense ini adalah salah satu pengiklanan seperti nuffnang dan innity. Iklan ini akan dipasang di blog atau youtube untuk tujuan pengiklanan. Pihak pengiklan akan berikan satu koding untuk diletakkan di bahagian bahagian tertentu di blog atau youtube. Tapi untuk Adsense ini korang perlu apply macam apply minta kerja itu. Dan pihak Adsense akan skodeng blog dan youtube kita untuk memastikan pemohon mengikuti syarat syarat ditetapkan. Selalunya blog kena bebas dari unsur unsur negatif la. Bila dah lulus temuduga alam maya itu, pihak Adsense akan berikan email Lulus Adsense dan barulah iklan yang terpilih keluar menari menari di blog atau youtube korang. Cik en dibantu oleh Abe Wayne Harraz geng AFBdotmy dalam apply Adsense ini. Tapi bukannya macam yang lain lain,masalah cik en, cik en dah lama apply cuma iklan je tak keluar. Macamana Abe buat, cik en pun tak berapa pasti tapi akhirnya keluar juga iklan tersebut. Mekasih sifu!!
Apa Kegunaan Nombor Pin Google AdSense Dari UK ini?
Kalau tak silap iklan Adsense cik en keluar bermula 30 Jun 2017 dan dalam masa 19 hari cik en capai lebih dari 10USD sebelum diberi No Pin Google Adsense. No Pin ini dibagi untuk kita verify blog kita. Bila dapat je korang perlu masukkan no pin tersebut dengan langkah langkah yang ada dalam surat itu. So lepas ini korang dah boleh untuk add payment method dan tunggulah dah ada 100USD mereka akan bayar pada korang. Tengok currency la, kalau tengah tinggi banyak itu dapat. Insyallah bila dah sampai 100USD cik en story macamana pula. Tak ada pengalaman lagi ini nk dapat payment dari Adsense ini.
Sebelum ini cik en hanya setia pada Iklan dari Nuffnang je, tapi tengok lately ini, iklan dari Nuffnang nampak suram saja. Tapi cik en masih lagi tak removekan iklan Nuffnang dari blog. Selagi mampu setia, cik en setia.. cenggitewww.. hahahaha. Ok la, jumpa untuk next entry ye. Pada yang belum lulus Adsense jangan give up tau! Insyallah, ada rezeki korang itu. Cik en sendiri bertahun tahun tak pernah keluar iklan tapi tak pernah giveup (cuma jadi malas je) ahahahha
Tags:
blogger
Cepatnya 10usd 19 hari je. Saya 2 minggu bru 1usd.
ReplyDeletecam ane nak tengok tampir 10usd dlm beberapa hari tu?
Deletekat akaun adsense kita di blog..
DeleteOk....kite sabar jela tunggu niii...tp xde la secepat cik en..huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah...moga murah rezeki melalui adsense ya Cik En..
ReplyDeletewah sis,semoga berjaya kumpul banyak duit :D
ReplyDeleteTahniah
ReplyDelete10 usd? banyak tu cik en? tahniah dah berjaya dapat no.pin! terus sukses dalam blogging ya cik en!
ReplyDeleterezekiii.. aminn.. mekasih
Delete