Masukkan Microchip Untuk Iguana

Masukkan Microchip Untuk Iguana | Lama cik en tak kongsi haiwan haiwan rare yang datang ke klinik cik en. Yela, cik en pun bertukar bahagian untuk 3 bulan kan, jadi rawatan di klinik diserahkan kepada staf yang lain buat sementara waktu. Walaupun cik en bertukar bahagian tapi ada juga yang nak cik en buat rawatan kucing mereka. Ada permintaan yang cik en turutkan dan ada cik en serahkan pada staf yang lain sebab kekangan masa cik en. Kalau ada rawatan atau perkhidmatan yang lain dari yang lain, cik en selalunya di panggil untuk cover. Dan ada satu kes ini, cik en perlu Masukkan Microchip Untuk Iguana. Namanya Toby, Si Iguana Yang Kacak. 

Masukkan Microchip Untuk Iguana
Masukkan Microchip Untuk Iguana

Sebenarnya cik en tak pernah masukkan microchip pada haiwan reptilia. Selalunya pada anjing, kucing dan lembu saja sepanjang 6 tahun cik en berkhidmat sebagai pembantu veterinar. Itu pun diajar oleh En Amir dan En Rizal senior cik en di daerah cik en ini. Tetiba datanglah pasangan owner pada Toby ini untuk minta kami masukkan microchip yang diberi oleh Jabatan Perhilitan pada Toby. Cik en terkebil kebil juga kat mana nak nak masukkan microchip ini. Sebabnya keadaan reptilia ini lain dari 3 jenis haiwan yang pernah cik en masukkan microchip. 

Masukkan Microchip Untuk Iguana


Kalau kucing dan anjing, microchip di masukkan dibawah kulit dibahagian atas leher. Lembu pula sama juga di bahagian leher, ekor dan beberapa tempat lagi. Dan jarum microchip ini besar tau. Meh cik en nak tunjuk perbezaan jarum biasa dan jarum untuk microchip.

Jarum Microchip (sumber google image)

Perbezaan jarum biasa dan jarum microchip (sumber google image)

Cuba tengok perbezaannya. Besar kan. Kalau microchip ini saiz dia 12G berbanding cik en guna 25G untuk injection ubat biasa. Dalam penentuan saiz jarum ini, semakin besar G semakin kecil kebesaran jarum itu. Kalau untuk manusia selalunya misi dan doktor akan guna dalam 25G. Ini pula rupa microchip di dalam jarum itu.

Rupa microchip (sumber google image)

Ok, back balik cerita si Toby tadi ini, proses nak masukkan sama juga cuma tempatnya agak lain sikit. Di sebelah belakang kaki kiri antara kaki dan pangkal ekor. Senang nak faham tengok gambar kat bawah ini (yang ada tanda bulatan di kaki kiri belakang, gambar ini dihantar oleh kawan cik en, Cik Anis. Cik Anis ini dulu satu tempat kerja tapi dia dah tukar ke Ipoh.


Kalau besar macam buaya ok la nak cucuk jarum besar itu, tapi si Toby ini halus sangat, lepas itu mengelupur saja. So takut terpegang kuat sangat, cik en suruh owner sendiri pegang dan cik en masukkan microchip. Dan akhirnya berjaya juga cik en buat tanpa ada masalah apa apa. Haahha. Satu kejayaan peribadi la buat cik en. Ini namanya pengalaman. Belajar dari pengalaman lebih puas dari semata mata teori saja. 

Disebabkan cik en dapat 100 like untuk gambar cik en dan Toby di facebook, cik en tunaikan janji nak tunjuk kesemua gambar Toby yang cik en tangkap. Ala ala photoshot gitewww.. Dan tengok muka Toby, sangat comel dan fotogenik.






Cik en dah tunaikan janji popularkan Toby dan kalau tuan Toby (cik en pun lupa nak tanya nama) boleh la komen ye, cik en akan berikan kredit pada tuan asalnya. Sedikit info pasal Toby ini yang diceritakan oleh tuan Toby, Toby ini dibeli pada usia 4 bulan dengan harga RM100++ . Berjantina jantan dan katanya bersal dari Afrika (ingat ingat lupa) dan yang penting, air dia Bio Aura dan hanya makan sayuran segar yang ditanam sendiri saja. Hahaha. Demanddddd kau.. ahhaha. Apa apa pun, cik en suka dengan Toby walaupun bercalar tangan cik en pegang dia. Kuku dia kena potong dan trim untuk mengelakkan luka pada kita yang bela. Tuan nya pun bela dala akuarium yang siap dengan suasana habitat asal. Lesen untk iguana di Jabatan Perhilitan adalah RM5.00 setahun. 

Ok la, cik en review free je si Toby ini kat www.nurfuzie.com dan harap akan jumpa dia lagi nanti. Jumpa next entri ye! Xoxo!!

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. best juga ada binatang pelihara...siap letak microchip takut hilang ka cik en...

    terbaik pengalaman yang berharga

    ReplyDelete
  2. Terus rasa nak bela iguana..tgok macam sennag je nak jaga...

    ReplyDelete
  3. cik N..kalau msukkn microchip utk musang pandan brp harga di veterina?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post