Betul Ke Mandulkan Kucing Jantan Akan Buat Kucing Berhenti Memancut? | Setiap kali cik en tanya customer klinik cik en kenapa makcik nak mandulkan kucing makcik? Makcik nak bagi dia berhenti memancut sana sini, habis langsir dan perabot makcik berbau air kencing kucing. Tapi kan? Betul Ke Mandulkan Kucing Jantan Akan Buat Kucing Berhenti Memancut? Kalau cik en kata tidak korang percaya tak? Kalau rasa tak percaya bolehlah terus baca entri ini sampai habis ye..
Betul Ke Mandulkan Kucing Jantan Akan Buat Kucing Berhenti Memancut |
Sebenarnya program pemandulan atau neuter bagi kucing jantan tak menjaminkan masalah pancut memancut di rumah korang berakhir. Kerana apa, tak ada rasanya kenyataan atau fakta yang sahih mengenai kenyataan ini. Tapi dengan memandulkan kucing jantan keberangkalian itu ada untuk mengelakkan masalah ini.
Betul Ke Mandulkan Kucing Jantan Akan Buat Kucing Berhenti Memancut?
Sebelum itu, cik en nak beritahu kenapa kucing memancut. Kucing memancut bermaksud mereka menandakan kawasan atau rumah tersebut kawasan mereka kerana sifat dominan mereka sebagai kucing jantan sejati. Hahaha. Lagi lagi kalau ada kucing betina di dalam kawasan mereka. Selalunya mereka akan memancut di sekeliling atau penjuru dalam rumah. Ini adalah cara normal untuk mereka memberitahu kucing yang lain, "ini kawasan aku, tolong jangan masuk" . Kalau kita nampak dan kita bersihkan sampai wangi kawasan itu, jangan terkejut esok lusa kucing korang akan memancut semula di tempat yang sama. Selain itu, mereka akan memancut apabila ada bau bau asing iaitu bau kucing yang lain mungkin stray cat ,kucing jiran atau kucing yang baru korang bawa balik. Mereka bukannya boleh tulis perkataan "no entry" kan? so amaran mereka melalui bau air kencing mereka sendiri je la.. selain daripada tinggalkan jejak untuk kucing betina (kita isyarat cinta gitew)
Apabila dimandulkan, perasaan dominan atau menguasai kawasan dan kawanan kucing betina dah tak ada. So mereka tak kisah kalau ada kucing lain yang masuk untuk meng"tackle" kucing betina yang ada di dalam rumah mereka atau kucing lain nak masuk keluar rumah mereka. Dah tak ada nafsu kan? so ko nak ambik betina itu, dipersilakanlah... ahahhaha. Kucing yang dimandulkan lebih suka mempedulikan diri sendiri, makan dan tidur. Tiada Lagi Cinta gitewww..
So terjawablah, yang memandulkan bukanlah cara yang dijaminkan akan stopkan kucing jantan korang memancut. Ianya lebih kepada reaksi natural selepas dimandulkan. Tiada nafsu so tiada acara memikat kucing betina. Dan untuk pengetahuan semua, memandulkan, euter atau sunat kucing ini bukanlah yang korang bayangkan sunat kepada kaum lelaki ye. Neuter ini adalah remove atau buang kedua dua testis mereka je ye. Tak kerat pun anu dia tu. hahahha
Mungkin ada yang termiss entry ini Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang atau On Heat . Kalau kucing korang ada tanda tanda, acara memancut akan aktif dalam rumah korang. ok la.. jumpa next entry ye! Xoxo!
Betul juga kan.. Kalau kucing pandai tulis no entry, mungkin dia tak memancut di kawasan2 tu :D
ReplyDeleteApa yang PC perasan bila kucing jantan dimandulkan ia menjadi agak pasif...memang begitu ya cik en...atau hanya sesetengah kucing sahaja...kerana ada kucing cousin PC begitu.
ReplyDeletehusna pon terpengaruh jgk pasal kucing jantan kalau xmaw bg pancut, mandulkan aje.. tp lepas Bobo (sudah dimandulkan) pancut depan kitaorg terus tak percaya..
ReplyDeleteTunggu sat utk 2 ekoq jntan kat umah ni..haha!
ReplyDeletelepas ni kalau nak bela kucing semula nak mandulkan dululah..
ReplyDeleteyelaakan.,,bese org ckp cm tuu...huhuhu..lama dh jaga kucing..rindu pulak..
ReplyDeleteDah agak dah.. Mesti cenggini sebab & kesimpulannya.. Hehe..
ReplyDeleteKucing saya disunat tapi tatap mengawan . Macam mana tu ahahahahahagagag
ReplyDeletesy ada baca kucing jantan walaupun dimandulkan tetap ada nafsu mengawan
ReplyDelete