Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar | Cik en memang sangat suka mandi air terjun berbanding pantai. Mungkin kerana pantai ini lebih open, panas dan jauh dari kampung cik en. Air terjun ini kalau cik en mandi confirm berendam lebih dari 5 jam tanpa naik ke darat. Jangan ditanya "tak sejuk ke" "tak kecut ke kulit tu" sebabnya cik en sendiri tak tahu kenapa cik en boleh tahan kesejukan berendam daripada kesejukan angin. Hari minggu sebelum ini cik en ada bawa kawan cik en, Siti Mariam untuk jalan jalan ke Kuala Kangsar dan tempat pertama cik en bawa adalah Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini la. Niat nak mandi tapi sebab nampak diatas gunung nampak langit gelap je, cik en cancel untuk mandi.
Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar
Mesti yang tertanya kenapa cik en nampak langit di atas gunung gelap cik en cancel mandi kan? Sebabnya kita tahu di atas gunung tu tengah hujan atau bakal hujan. Tak mau nanti "kepala air" datang kita tak sempat nak mengelak atau lari. Itu yang banyak kes lemas dibawa arus. Dan juga tengok kawasan pusar air. Kalau ada tak sesuai la untuk korang mandi manda. And last kalau korang pergi mandi air terjun musim hujan, berhati hati dengan kes Leptospirosis atau kencing tikus. Korang boleh baca artikel Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk
Back to Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini, dulu nak masuk free of charge je, sekrang berbayar la weh... Tapi cik en tak kisah asalll kebersihan dijaga sepenuhnya demi keselesaan pengunjung yang cerewat macam cik en. Hahhaha. Bayaran masuk adalah RM 2.00 untuk satu orang dan RM 2.00 untuk satu kenderaan. Untuk cik en kali ini kena bayar RM 6.00 untuk cik en, Mariam dan Mr Barney. Masuk je cik en terus tuju tempat favourite cik en tapi disebabkan cik en nak kongsi dengan korang semua cik en akan tunjuk dulu tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar dulu ye. Nanti baru cik en bawa ke tempat cik en tu.
Hutan Lipur Ulu Kenas ini dulu tak la secantik sekarang. Dulu tak ada replika dan pelan susur atur ini. Mungkin disebabkan kebersihan tak dijaga oleh pengunjung, pihak Jabatan Perhutanan take over dan renovate tempat ini jadi cantik.
Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini betul betul dekat dengan Kem Bina Badan Negara Ulu Kenas. Cik en kursus melibatkan keselamatan pun dibuat disini tau.
Ditepi nya ada jambatan yang mana menuju ke chalet. Cik en cuba cari info pasal chalet tapi tak jumpa. Yang itu korang kena tanya Jabatan Perhutanan Perak atau terus ke Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini ye
Mesti ada yang bertanya tanya, kalau dah berbayar mesti ada tandas dan tempat jalan baju kan? Yup memang ada, cik en snap untuk korang ye.
Mesti ada yang tak sabar nak tau port cik en kat mana kan? Ha, tempatnya sebelum sampai tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini. Tempat ini best sebab dalam dan ada port cantik untuk mandi manda. Meh nak belanja sikit tempatnya. Tempatnya ada jambatan tapi agak usang masa cik en datang.
Ini permandangan dari atas jambatan itu, Boleh la nak skodeng pasangan pasangan ber"mandi mada" kat hujung tu. Hahhahha
ini permandangan dari bawah pula |
Port ini lebih sesuai untuk budak budak remaja je. Setiap kali la mai port ini, selalunya port ini kosong la. Dan cik en selalu berkelah ramai ramai dengan sepupu sepapan masa remaja dulu. Hahhaha. Sekarang dah dewasa. Hahahha. Kalau korang mai hari ahad sebelum datang Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini korang boleh singgah Pasar Pagi Hari Minggu Kuala Kangsar. Boleh beli jajan nak makan masa mandi manda nanti
Huishh cantik tempatnya. Suka chillax2 kat sungai, tenang je rasa. Kalau terlajak mai sini, boleh la singgah sini
ReplyDeleteBestnya.. tgk gamnar2 Terasa sejuk Dan damai aje
ReplyDeleteNampak cantik tempat ni. Salah satu kriteria saya ialah tempat mesti bersih. Dalam blog ni mention bersih boleh lah masuk dalam wish list jalan jalan sakan. Terima kasih kerana share tempat yang cantik.
ReplyDeleteudah cantik tempatnya
ReplyDeletelom sampai lg walaupun org Kuala
Cantik la tempatnya..Cik En Bawak akak kat sini please..nak posing maut atas batu...
ReplyDeleteJom p ramai2 kat sana...
ReplyDeletelmanya tak pi air terjun..selalu g laut jer..
ReplyDeletesyioknya! ni yg rsa nk cari air terjun pulak nih..
cantik nya lahaiiii tempat ni
ReplyDeletepernah stay kt kem ulu kernas dulu.. time tu ada buat kem.. bestt
ReplyDeleteKem Bina Negara...
ReplyDelete