Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing | Di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak mewajibkan pada anjing atau kucing mendapatkan suntikan Rabies. Lain la di negara yang pernah darurat untuk kes rabies seperti di India. Jika korang ke India dan membela kucing atau anjing, korang perlu mendapatkan pelbagai jenis vaksin termasuklah vaksin Rabies. Vaksin Rabies ini berbentuk tunggal. Maksudnya 1 botol vaksin hanya ada vaksin Rabies, Berbanding dengan vaksin yang lain yang boleh combine 4, 6 atau 9 vaksin dalam 1 suntikan. Jujur cik en cakap, cik en tak buat suntikan vaksin rabies di klinik tapi dari pengalaman customer yang pernah vaksin rabies di luar negara atau klinik swasta buat cik en ada research sedikit info pasal vaksin ini.
Pemberian vaksin rabies berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Ada yang vaksin diberi pada anjing berumur seawal 12 minggu hingga 20 minggu . Dan booster (ulangan) setahun setahun atau 3 tahun sekali mengikut undang undang negara masing masing. Tapi di Malaysia, penyakit rabies tidaklah banyak dan terpencil so anjing akan mula vaksin kali pertama pada umur 3 bulan dan 4 bulan dengan vaksin Canine Distmper-Adenovirus Type 2-Paraininfluenza-Parvovirus Vaccine. Bulan ke 5 barulah vaksin Rabies disuntik.
Jika anjing atau kucing korang yang nak bawa masuk ke Malaysia dari negara yang tidak bebas Rabies lain pula, ada prosedur yang ditetapkan oleh DVS termasuklah jadual pemberian vaksin Rabies. Prosedurnya seperti di bawah ini
- Tiada tanda klinikal rabies dalam masa 48 jam sebelum penghantaran; DAN
- Mempunyai tanda pengenalan yang kekal seperti mikrocip dan nombornya mesti lah tecatat dan sama seperti di dalam Sijil Kesihatan Veterinarnya;
- Telah diberikan suntikan vaksin rabies:
- Suntikan pertama vaksin rabies telah diberikan ketika kucing atau anjing itu berusia sekurang-kurangnya 3 bulan,
- (Suntikan pertama) Vaksinasi dilakukan tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran;
- (Suntikan Booster) Vaksinasi telah dilakukan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran;
- Telah dilakukan ujian antibodi dengan keputusan positif (paras Equivalent tidak kurang 0.5IU/ml), keputusan ini diterima pakai tidak kurang 3 bulan dan tidak lebih 1 tahun dari tarikh penghantaran; ATAU
- Sekiranya syarat-syarat b, c dan d tidak dipatuhi maka kucing dan anjing yang ingin dibawa masuk perlu dikuarantinkan selama 6 bulan.
Sama juga Vaksin Rabies Pada Kucing. Pemberian yang sama seperti anjing juga cuma tidak semua klinik veterinar mempunyai stok vaksin rabies untuk kucing. Kalau di Perak, klinik yang pernah di cik en tanya adalah Klinik Veterinar di Ipoh, berhampiran dengan Hospital Fatimah. Cik en lupa nama klinik itu. Untuk kes di Kuala Sepetang, kesemua kucing dan anjing bertuan sahaja di sekitar 10km radius dari kawasan wabak akan diberi vaksin oleh DVS.
So kalau korang nak tahu tanda tanda fizikal bagi anjing yang positif rabies bolehlah baca entri cik en sebelum ini atau klik Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu. Sekali lagi cik en kongsi apa itu rabies dengan gambarajah dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah
Sumber info dan gambar dari
APTVM Penyakit Rabies DVS Malaysia
Kementerian Kesihatan
Google
bagus info nie
ReplyDeleteGood info cik en 👍
ReplyDeleteBerapa lah harga vaksin rabies tu ya
ReplyDelete