Rupa Garam Jantan | Misi mencari garam jantan di dalam 1 kg garam kasar petang tadi sebenarnya wujud tau. Dan bukanlah cik en buat lawak petang ke atau apa ke. Mesti korang nak tanye kenapa pula cik en kena mencari garam jantan tu? Kalau sesiapa yang ada terbaca status facebook cik en kaki panas tapi badan sejuk/normal beberapa hari lepas mungkin boleh dapat gambaran mengenai kaitan cik en dengan garam jantan ini. Dan juga cik en akan story rupa garam jantan ini.
Garam Jantan |
Rupa Garam Jantan
Yang mana tak tahu tu, cik en story balik okey, sebenarnya kaki cik en dari tumit ke hujung kaki rasa sangat panas. Tapi badan cik en rasa sejuk atau normal. Setiap malam cik en akan rendam kaki cik en dalam baldi sampai tertidur. Bila rasa tak tahan sangat ( sebab 3 minggu ) cik en mengadu di facebook. (jarang cik en nak mengadu hal hal sebegini) dan ada beberapa rakan cik en suh berubat kampung sebab ada kata angin panas dalam badan. Disebabkan dah cuba makan panadol, air rhino, air cap badak tapi still panas lagi, cik en buat keputusan untuk bertanya pada yang lebih arif. So orang itu yang di panggil Pak Daman minta cik en carikan garam jantan,limau dan jarum peniti. Limau cik en leh cari kat pasar, jarum boleh cari di kedai tapi mana nak dapatkan garam jantan eh? Pak Daman beritahu beli garam kasar dalam 1 kg. Dan carilah garam jantan dalam itu. Sebabnya dalam 1kg garam kasar akan ada garam jantan ini. Mesti korang nak tahu macamna rupa garam jantan tu kan? Ini ha dia..
Rupa Garam Jantan |
Garam jantan ini rupanya panjang panjang. Dan dalam 1 kg ini cik en dapat dalam 10 ketul garam yang rupanya panjang panjang sebegini. So terjawab la macamna nak cari garam jantan ini. Petang tadi settle dah semua berubat untuk cik en. Dan cik en rupanya dah ter"accident" dengan makhluk tak nampak. Bak kata Pak Daman, mereka pun merempit juga. Mungkin terbabas dan terlanggar kita. "mereka" pun seboleh bolehnya tak mahu pun ber"langgar" dengan kita. Tiba tiba cik en ingat kata kata ustazah cik en dulu, makhluk halus ini sebenarnya lagi ramai dari manusia yang ada, cuma kita ini ditutup hijab mata untuk tengok mereka. Kalau nampak, kiri kanan korang mesti ada mereka jalankan rutin harian yang sama dengan kita. Cik en tak mahu story sangat kisah ini sebabnya cik en sendiri tak diberitahu detail sebabnya keadaan cik en agak kurang sihat ini. So cik en cuma nak story rupa garam jantan ini je. Jumpe next entry cik en di www.nurfuzie.com ye! XOXO
Tags:
info
first time dgr garam jantan..slalu dgr peluh jantan ja...
ReplyDeletemoga cik en sentiasa sihat ya
Garam jantan . Tak pernah dengar lagi . Kalau garam kasar selalu ler dengar
ReplyDeletethanks for sharing..:)
ReplyDeletefirst time dengar istilah garam jantan.. hopefully cepat ookay Cik En..
ReplyDeleteGaram jantan tu garam kasar yg besar2... Mmg org buat berubat dgn garam ni...
ReplyDeleteBukan seperti itu bentuknya, garam jantan adalah haram yang tidak hancur kalau di masak,garam jantan adalah fosil garam yang membatu ribuan tahun, bentuk nya kecil tak harus panjang macan itu, dan rasanya sangat asin, bentuk nya batu kristal putih bersih kecil..
ReplyDeletesaya sedang mengalami sakit kaki area tumit masuk mingggu ke 3. baru tghari td saya maklumkan keadaan saya dalam whatsapp keluarga. mak bagitahu cari garam jantan. first time dengar ni.. yg saya tahu ada garam bukit, garam halus dan garam kasar. setibanya saya di pejabat terus saya search apa itu garam jantan.. google dan nampak post cik en ini. Good info !!!!.
ReplyDeleteterima kasih cik en
Garam jantan mana nak beli eh ?
ReplyDelete