Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar | Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar sememangnya menjadi acara tumpuan sebelum hari raya. Jika dulu hanya pertunjukan panjut saja tapi sekarang ianya dipertandingkan bagi memeriahkan lagi pesta warisan kuala kangsar ini. Mungkin di tempat lain ada juga tapi disebabkan cik en berasal dari kuala kangsar jadi cik en akan kongsikan kemeriahan di Kuala Kangsar je la yerk. Oh ye, ada tadi di facebook cik en tanya apa itu Panjut? Panjut atau pelita hiasan yang mana boleh dibuat seperti rumah dan lain lain mengikut kreativiti masing masing. Dan Pesta Panjut di Kuala Kangsar ini menjadi tradisi turun temurun selain daripada Meriam Talang. Seperti tahun lepas hadiah Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar tahun ini berupa wang tunai keseluruhan RM15,000 anjuran SRCC dengan kerjasama Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Padang Rengas
Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar
Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar |
Mungkin ada yang terlepas pandang sebelum ini yang cik en pernah keluarkan entri Pesta Panjut Kuala Kangsar 2016 so untuk kali ini cik en mendapat sedikit maklumat daripada pengawai penerangan Kuala Kangsar mengenai Pertandingan Pesta Panjut dan peta lokasi untuk Pertandingan dan Pertunjukan Panjut Di Kuala Kangsar ini. So kome yang ada di kuala boleh la gi melawat tempat tempat yang telah dinyatakan di peta bawah ini
Final pada 23 Jun 2017 dan masa ini penjurian akan dilakukan. Esoknya pula korang dah mula stanby untuk tengok Meriam Talang pula. Meriam Talang ini cik en ada pergi tahun lepas. Nak dengar bunyi nye? kena la baca entri Meriam Talang ini pula.
Insyallah, kalau kesempatan cik en nak tengok gak pesta panjut ini dan meriam talang ini. Sebabnya cik en sibuk sangat lately ini. Tahun lepas pun smepat tengok meriam talang je. Panjut tak sempat tengok. Kalau tak smepat juga cik en layan sepupu cik en buat meriam buluh je la. Lawan kampung kampung. hahhahahha. Ok, jumpe next entri.