Kenapa Kucing Kurus | Lama juga cik en tak menaip blog ini berkaitan dengan kucing dan haiwan, mungkin kesibukan di klinik dan kerja hakiki yang lain, terabai juga blog cik en ini. So kali ini, topik cik en nak kongsi adalah Kenapa Kucing Kurus? Dan semestinya pertanyaan Kenapa Kucing Kurus ini cik en dapat dari pelanggan setiap hari. Jika sebelum ini cik en kongsi Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan dan kali ini kucing kurus walaupun makan banyak.
Kenapa Kucing Kurus |
Cik en sendiri akan tanya adakah kucing selera makan atau tidak. Kalau kucing tak mahu makan, sememangnya wajar untuk korang risau. Sebabnya kucing ini tak makan sehari, dorang boleh kurus dan dehydrate. Kalau berlarutan sampai 2 3 hari ada risiko untuk kucing lemah dan akhirnya mati. Tak macam manusia, diet la korang berbulan pun, badan korang tak susut juga kan? macam cik en ni la. Hahahha.
Ok, ok back pada topik kita tadi. Cik en seperti biasa akan listkan secara point untuk memudahkan korang memahami ye.
Kenapa Kucing Kurus
- Jika kucing korang selera makannya memang kuat tapi badan kurus, kemungkinan masalah cacing. Rujuk balik bila last korang bagi ubat cacing? Rujuk sini Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing
- Selain dari itu, kemungkinan kucing korang kekurangan darah atau ion dalam badan. Kira macam kes anemia la. Bila kekurangan ion juga berpotensi kucing korang akan jadi terbantut. So makan la macam mana pun, kalau dah terbantut, kucing korang takkan membesar.
- Jika kucing korang kucing betina yang ibu muda. Maksudnya bunting dalam usia yang muda pun boleh jadi kucing korang jadi kurus. Sebabnya kucing ini masih belum dapat zat yang sepenuhnya sehingga 1 tahun. So bila jadi ibu muda, khasiat dan zat yang dimakan perlu dibahagi antara anak anak dalam kandungan atau menyusu anak anak. So badan ibu muda ini akan jadi terbantut. Kecuali korang bagi makanan kitten sepanjang ibu muda ini bunting dan menyusu. Itu pun kalau cukup. kalau tak, kucing korang akan kurus je sampai besar.
- Makanan tidak berkhasiat. Yang ini macam korang juga la kalau asyik makan cekedi atau junk food, badan korang tidak menerima sebarang khasiat seperti kalsium untuk tulang dan karbohidrat. So nak bagi makanan kucing ini korang kena alert pasal pemilihan makanan yang baik. Yang itu boleh rujuk Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
- Korang tukar makan tetiba. Macam manusia juga. Dah biasa makan nasi, tetiba ke luar negara, kena makan roti. mesti selera korang akan berkurangan. So boleh rujuk sini Cara Memperkenalkan Makanan Baru Pada Kucing
- Stress. Kes ini dah biasa sangat dah, kalau sebelum ini, kucing korang tu seekor saja dalam rumah tu macam putera atau puteri keluarga korang, tetiba korang bawa kucing baru. So kucing korang yang dah terbiasa dimanjai akan rasa stress dan akhirnya akan mogok tak mahu makan akhirnya kurus.
- Sakit. Ini pun salah satu juga kenapa kucing kurus. Sebab sakit seperti demam, jaundice, luka, virus atau apa apa melibatkan kesihatan
- Kucing Tua. Yang ini korang sendiri tau kan, kalau kucing tua ini, dah banyak kekurangan gizi dan khasiat. Jadi ini pun faktor kenapa kucing kurus
- Jika tiada list di atas ini, cik en suggestkan korang bawa la ke vet berhampiran untuk pemeriksaan lebih lanjut. Mungkin ada faktor faktor lain juga.
Dan juga, please jangan bagi alasan klinik vet jauh atau melibatkan kewangan. Sebabnya apabila korang dah ambil tanggungjawab menjaga kucing, korang kena tahu apa risiko yang akan korang dapat. Macam juga beli kereta, risiko kalau tak bayar kereta, kereta akan ditarik atau nama akan disenaraihitamkan. So membela haiwan ini juga perlu ada tanggungjawab. Cuba mencari vet yang berhampiran. Dan juga please rujuk pada yang pakar sebelum beri sebarang ubatan ubatan dijual secara online dan pet shop. Kecuali korang ada pengalaman. Ini nasihat seorang vet. Jangan mengahbiskan duit pada produk produk yang korang sendiri tak yakin. OK? Jumpa next entry!
Terima kasih cik en..alhamdulillah kucing PC kat kampung badannya tak kurus...cuma hiper active pulak..asyik bergurau dia sama dia...tido je senyapnya..
ReplyDeletekucing kurap n acing pun kurus. kesian tgok yg terbiar tu. kurus mcm dah tak ada isi dah
ReplyDeleteOoo..baru tauuu...
ReplyDeleteNice sharing. Bagus gak tambah sikit pengetahuan pasal kucing kat sini..
ReplyDeleteTpi mak saya ckp kucing jantan klau kurus sbb gatal nk mengawan 😂😂😂😂😂
ReplyDeleteTq for the info cik en. Berguna info ni untuk org yang suka membela kucing macam saya.
ReplyDeleteBtw, kite dah follow blog awak tau...