Jadi Anak Perempuan Sulung Sebenarnya Hebat

Jadi Anak Perempuan Sulung Sebenarnya Hebat | Bukan senang tau nak jadi anak perempuan sulung dalam keluarga lagi lagi kalau adik beradik korang tu semuanya perempuan. Macam cik en, cik en anak sulung dari 2 orang adik beradik. Adik cik en muda 5 tahun dari cik en dan perempuan juga. Tahu kenapa cik en kata Jadi Anak Perempuan Sulung Sebenarnya Hebat? Sebabnya cik en sendiri rasa pengalaman anak perempuan sulung ini lagi banyak dan mencabar. 


Macam cik en sendiri, dari kecil cik en belajr berdikari sendiri, buat keputusan sendiri dan menanggung masalah sendiri. Tiada abang atau kakak untuk bantu kita dan jadi tunjuk ajar pada kita. Ibu dan ayah pula tak ada pengalaman (iyalah, anak pertama kan) dalam memdidik anak anak. Jadi mesti ada try and error masa mendidik anak sulung ini. Lagi lagi kalau keluarga korang itu susah macam keluarga cik en. Cik en mula cari duit masa sekolah lagi dan bayar yuram SPM (masa itu masih kena bayar) dengan hasil kerja sendiri. Semua kena berdikari sendiri, angkat barang, betulkan wayar televisyen, sambung paip dan juga tiada nak bagi pendapat nak ambil kos apa apabila sambung belajar. 

Beza anak sulung lelaki dan anak sulung perempuan ini banyak. Antaranya lelaki dikurniakan tenaga yang lebih dari perempuan, so dalam tolong mak ayah, anak lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Dari segi akal, anak lelaki lebih kental dan bijak berbanding perempuan yang selalu ikut emosi. Dari segi berkawan pula, anak perempuan ini, salah pilih kawan, macam macam boleh berlaku. Sebab itu anak sulung perempuan ini hebat dari segi fiikal dan mental. Mereka mampu membawa adik adik dan keluarga untuk jadi lebih sempurna. Anak sulung perempuan ini lebih sensitif dengan kesusahan dan masalah adik adiknya kerana sifat perempuan yang penuh kasih sayang. 

Berbalik pada kisah cik en anak perempuan sulung, cik en habiskan masa cuti dan permulaan puasa kali ini memasang khemah yang berat yang dibawah ini. 


Kami berempat. 3 perempuan dan abah cik en lelaki. Berpeluh jantan kami masing masing. Esoknya pula cik en, mak dan abah cik en buat untuk kehmah kanvas. Berat tu memang keje orang lelaki sebenarnya tapi dah tiada adik beradik lelaki, cik en buat la dengan adik. Adik cik en kejap je ada, lepas itu dia hilang. So dah anak sulung, takkan nak tinggalkan mak abah je buat, cik en pun stay la walaupun rasa tak larat sangat. Akhirnya berjaya juga naikkan kedua dua khemah tu. 

So kalau korang anak perempuan sulung dalam keluarga, memang korang adalah orang orang yang hebat. Lagi hebat kalau adik beradik korang pun perempuan. Nak tak nak korang sebagai anak sulung, kena menghadap apa jua masalah dan cabaran. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setuju, anak perempuan sulung memang hebat..

    ReplyDelete
  2. Bile anak sulung dah kawin, die kena ikut suami, jadi mcm mana tanggungjawab dgn adik2...mak pula dah tak ada...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post