Review Marina Island Pangkor Resort And Hotel | Kebetulan Kelab Sukan dan Kebajikan Veterinar Jabatan cik en memilih Marina Island Pangkor Resort And Hotel sebagai tempat berlangsungnya Family Day DVS Perak dan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun ini dan alang alang cik en nak review sedikit mengenai Marina Island Pangkor Resort And Hotel ini. Marina Island Pangkor Resort And Hotel terletak di Marina Island berhampiran dengan TLDM Lumut. Marina Island Pangkor Resort And Hotel sangat sesuai dijadikan tempat Ghatering, Family Day, percutian bersama kawan kawan atau keluarga. Marina Island juga merupakan terminal kedua feri untuk pelancong dan pengunjung ke Pulau Pangkor. Jarak Marina Island Pangkor Resort And Hotel dari Teluk Batik 4.3km, Lumut 6km, Seri Manjung lebih kurang 7.8km, Sitiawan lebih kurang 12km dan Ipoh 84 km.
Marina Island Pangkor Resort And Hotel ini berbeza dengan hotel yang lain dan ianya sangat selesa macam korang duduk di rumah.Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini mempunyai lebih kurang 360 bilik. Korang boleh memilih 1 bilik tidur, 2 bilik tidur atau 3 bilik tidur dalam satu suites. Jadi sangat sesuai untuk percutian keluarga kecil atau besar. Facilities yang ada pada setiap bilik adalah
- LED TV
- Keycard Lock System
- Minibar atau peti ais mini
- Long Bath
- Hairdryer
- Free WIFI
- Tea & Coffee Making
- Selected Hypp TV
Ini bahagian ruang tamu
Ini pula bahagian bilik. Cik en dan kawan cik en duduk di suites 1 room.
Ini pula ruang bilik air
Berapa harga untuk bilik cik en ini? Yang itu korang kena baca sehingga habis entri ini ye. Next, kita tengok sedikit kawasan persekitaran Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini mempunyai 2 bangunan yang mana ianya bersebelahan saja. Dan harganya pun berbeza juga la ye. Selain itu ada beberapa lagi yang menarik disekitar Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini.
Restaurant & Dining
- Terumbu Cafe
- Bistro
- Jetty Complex
Convention, Meeting And Exhibition
- Marina Convention And Exhibition hall (up to 1800 persons)
- 7 Hotel meeting And Seminar Room (20 to 200 person)
- Organize Theme Dinner di Pantai
Water Park (Frenzy Water Park)
Hotel And Around The Island
- Gym
- Pool Table
- Beach Foot Ball
- Table Tennis
- Swimming Pool
- Island Hopping
- Diving
- Fishing
- Team Building
- Diving Course
- Bicycle
- Beach Volley Ball
- Board Games
- Dart/Carrom
- Kayak
- Pangkor Tour
- Land Tour
- Garoupa Feeding
- Telematch
- Mahjong
Jom kita tengok kawasan sekitar dan apa yang menarik di sekitar Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini.
Mesti korang tertanya kan berapa harga setiap bilik kan? Meh tengok sini.
Harga Marina Island Pangkor Resort & Hotel 2017
Promosi Sempena Tahun Melawat Perak 2017
Tambahan Luxury Sailing Cruises Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Cik en perhatikan Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini sangat sesuai dibuat Family Day atau perjumpaan keluarga. Disini terdapat pantai sendiri, kolam renang, bilik yang sangat selesa, harga yang berpatutan dan mendamaikan. Kalau berminat, korang boleh contact detail di bawah ini
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200 Lumut
Perak
016 - 5598100 / 5597400 /
Telefon : 05 -6832881/3881/4881
Faks : 05 -5597400
Email : reservations@bwpangkor.com
Tags:
hotel
Hotel di Lumut
Hotel di Marina Island
Hotel sesuai untuk Family Day
lumut
perak
Review
Review Hotel & Resort
Boleh la try menginap kalau bercuti kat sini bila2...Cantik dekorasi dalam hotel dia..moden...
ReplyDeleteBanyak juga kemudahan yang disediakan untuk pengunjung hotel ni...bolehlah cuba ni nanti kalau pergi Pulau Pangkor...lama juga dah tak pergi sana ni...hehe
ReplyDeletealahai.
ReplyDeletelambat baca!
ari tu aida stay damai laut 2 mlm.
if baca ni awal, memang la untung.
Bestnya. Lama x ke pangkor, boleh try check in sini pulak 😉
ReplyDeleteApartment 1 bedroom tu kat ruang tamu tu mmg ada extra 1 single bed ke???ke tu request add on???sbb ada nmpk katil single tu tersandar kat ruang tamu... ��
ReplyDelete@~~ YaNa ~~ by request..
ReplyDelete