Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing

Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing | Ingat cik en membebel tadi pasal penjagaan selepas pembedahan kucing atau anjing? Cik en suka bab bab jahit menjahit ini. Mencabar bila ada potong kaki ke, potong tangan ke atau potong apa apa la. Masa ini kita kena guna otak kita sepenuhnya untuk berfikir. Dimana patut dipotong, dimana patut jahit, yang mana boleh dibuang, yang mana tidak. Sebelum potong, make sure salur darah kena jaga, kalau tak terpancut darah merata rata atau bleeding yang sangat teruk. Sama juga dengan pembedahan manusia. Banyak yang perlu dijaga. Dan bila semuanya dah selesai, dan cik en serahkan pada owner dalam keadaan yang baik, tiba tiba 3 hari selepas itu datang semula dengan luka terbuka sebab benang terputus. Haiyaaaaa... stress gila rasa. Bayangkan lah, korang dah kerah otak 3 hari lepas dan datang semula dengan luka yang baru. Rasa lemah je nak ambil kes itu balik. Tapi kena buat juga la. sebab itu cik en buat juga entri Panduan Selepas Pembedahan Untuk Kucing Atau Anjing ini

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Untuk kes di atas ini, masa potong kaki, bukan cik en yang buat sebabnya cik en kena cover rawatan biasa jadi senior cik en, En Amir yang buat. Anjing dalam keadaan yang baik dengan jahitan kemas dan bersih sebelum diserahkan pada owner. Dan sebab itu, cik en tak story kisah awal. Sebelum owner ambil, cik en dah pesan, beli kolar di petshop. Cari yang sesuai tapi owner cari yang terlalu besar dan anjing ini boleh jilat dan gigit benang jahitan itu. Sebab itu datang balik. Kali ini, cik en yang jahit. 


Tapi ada satu masalahnya, ada tempat luka tak boleh terjahit. Kenapa? sebab kulitnya terbuka luas, tak boleh nak tarik antara kulit ke kulit. Jadi yang itu, terpaksalah cik en dressing (cuci luka) biasa. Cik en try adjust kira kanan untuk jahit, tapi tak boleh. Takkan nak jahit kulit ke daging pulak. Tak boleh ye. Kulit perlu dijahit pada kulit. Daging kepada daging. Kalau jahit juga, akan banyak berlaku masalah nanti. Ada luka di sebelah bawah berhampiran punggung. gambar di bawah ini


Yang ini cik en boleh jahit. Itu pun jenuh adjust kiri kanan. Itu je yang mampu. Yang terbuka luas itu, cik en dressing guna Iodin dan letakkan krim luka, acrifulvine cream. 


1 lagi benda yang mencabar dalam pembedahan haiwan ini adalah bulu. Bulu dia tu kena cukur dulu. Lepas itu, akan melekat lekat. Bulu ini kalau tak dibuang akan berlaku jangkitan di kemudian hari. Bahagian bawah kulit kena betul betul kering, nanah perlu dibuang. 

Ok, kita tengok pulak part kaki yang dipotong sebelum ini. 


Tengoklah, masih ada benang dan ianya terputus. Mesti digigit sampai putus, Yang ini anjing dah mula sedar tau, terpaksa topup pelali tapi anjing masih terasa sakit, cik en guna xylocine (local bius) disekitar tempat nak jahit. Untuk mengurangkan kesakitan. Yang ini pun mencabar, ada luka baru sebab tertarik oleh benang itu tapi cik en berjaya juga jahit walaupun perlu berhati hati. Tarik kuat sangat, terkoyak pulak kulitnya. Ini gambar selepas jahit. Bulu dia memang tak leh nak cukur dah sebab kejar masa sebelum anjing ini sedar. Dah sedar, kena ngap pula tangan cik en. 


Disebabkan ada sejarah, benang digigit, kali ini cik en jahit satu persatu. Tak ada double double. Kalau satu ikat putus, masih ada benang yang lain. Kalau double double ini, satu putus, semua benang akan terputus juga. Benang juga cik en guna saiz 1.0. Dalam bacaan benang ini. Lagi sikit lagi besar dan kuat. Kalau nak jahit lembu atau kambing, kami lebih gunakan tali tangsi (tali pancing) Tapi pemilihannya kena betul, tebal sangat nanti, kulit akan terkoyak. 

Selesai semua itu, cik en letak krim luka sebanyak yang mungkin, time mamai (dibius) ini, masa yang sangat tepat letak krim semua ini. Anjing takkan menjilat. Dah sedar, licin krim tu dia jilat. So kat sini nak kongsi sikit panduan untuk korang. Tak kira la luka pemandulan atau luka sebegini.

  1. Kucing atau anjing akan mamai dalam beberapa jam sebelum betul betul ok. Jadi masa ini, jangan diganggu, biarkan ia rehat sepenuhnya.
  2. Apabila sedar, berikan air dulu, sebabnya sebelum biuskan, haiwan kena puasa 12 jam sekurang kurangnya
  3. Dan siap sedia dengan kolar yang sesuai. Pakaikan. Pemilihan kolar perlu lah betul. Cari corong kolar yang tinggi untuk elakkan dia boleh menjilat atau gigit benang jahit.
  4. Kurung kan dalam sangkar atau ikat dengan tali yang sederhana pendek. Jangan pendek sangat nanti tergantung. Jangan panjang sangat takut dia bergerak kesana sini. 
  5. Kalau dapat kurangkan makanan yang boleh akibatkan gatal seperti ayam. 
  6. Cuci luka ikut nasihat veterinar.
  7. Ubat juga jangan lupa bagi makan. Ini untuk kebaikan haiwan kesayangan korang juga. 
  8. Rujuk ke vet berhampiran untuk dapatkan nasihat lebih lanjut. 

Cik en suka kongsikan semua ini untuk panduan korang. Jaga haiwan sakit ini sebenarnya mudah bila korang ikut nasihat vet. Ianya tidak membebankan jika korang jaga dengan betul-betul. Korang nak ke jaga berbulan bulan disebabkan sikap acuh tak acuh korang jaga pada mulanya atau jaga betul betul dan penat dalam masa seminggu saja? Fikirlah.. cik en dah penat mengomel dah ini. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak kucing selepas pembedahan potong kaki..selain bagi minum air biasa..boleh bagi minum susu tak..?sebab doktor ckp lpas operation tak boleh makan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. susu boleh bagi.. makan itu risau kucing muntah. mulakan dengan air atau susu dlu

      Delete
Previous Post Next Post