Misteri Wan Peah Menghantui Hidup | Setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam, cik en wajib duduk di depan televisyen sebab menunggu drama seramedi terbitan TV3 Misteri Wan Peah. Siapa sini suka tengok cerita tu? Mesti ramai kan? mesti ada yang tertanya tanya siapa Wan Peah? apakah kaitan Wan Peah (Normah Damanhuri) dan Tok Hashim (Ucop Wilca). Apa rahsia yang disimpan oleh mereka dan Mak Timah ( Delimawati)? Bersatu ke Cik Siti (Sasqia Dahuri) dan Cikgu Farhan (Ariff Aziz)? Yeh Kumbang (Acap Tokan) dan Nurin (Sweet Farhana) ? Betul ke Aishah (Indah Emelda DFKL) boleh tengok hantu Wan Peah? Jadikah rancangan Cikgu Zaiton (Sherry Al-Hadad) untuk menambat hati Cikgu Farhan dan memisahkan Cik Siti dan Cikgu Farhan? Apakah yang didendam oleh Ramli (Cat Farish) anak kepada Wan Peah terhadap orang kampung dan Tok Hashim? Kenapa Wan Peah tidak boleh keluar waktu siang dan hanya waktu malam. Banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya pada penonton setia drama bersiri Misteri Wan Peah arahan Sheila Rusly ini kan?
Drama ini mempunyai 20 episod dan tinggal 3 episod yang akan ditayangkan minggu hadapan. Dikatakan 29 Mac 2016 episod terakhir Misteri Wan Peah ini. Semestinya drama ini menjadi kegemaran cik en kerana ianya di buat di kampung cik en sendiri, Kuala Kangsar. Loghat yang digunakan hanya Delimawati saja yang pure loghat Kuala Kangsar. Untuk pengetahuan korang, Perak ini walaupun tinggal di Kuala Kangsar dan Bota, loghat dan percakapan sangat berbeza. Apa yang berbeza? dari segi sebutan. Bota leper leper sebutannya. Kuala Kangsar lebih kepada e e e sikit. So kalau disebut perkataan "kome" tu, di Bota lain sebutannya. kalau Kuala lain pula dengungnya.. Hihi.
Apa apa pun, diharap pengakhiran drama ini akan memuaskan hati penonton. Dan diharap semua persoalan diatas itu akan dijawab untuk minggu terakhir slot Seramedi drama Misteri Wan Peah ini.
tak de masa nak tengok drama wan peah ni.
ReplyDeleteserius cik EN kak ana tak pernah tonton lagi drama ni, kisah orang kampung kita kan hihi :)
ReplyDeletehehehe.. semua dihantui ni..
ReplyDeletekalau di johor dan pahang pun ada loghat masing2 hanya orang tempatan je yang tau biasanya.. itulah uniknya Malaysia!
menarik juga wan peah ni terutama dalam pembawakan bahasa dialek perak ni
ReplyDelete