Inilah Rupa Pencebak | Rentetan dari status yang cik en muat turun di facebook terjadilah entri ini. Sebenarnya pertanyaan ini timbul bila cik en tengok rancangan Check In Check Out dan kebetulan episod tersebut di buat di kuala kangsar. Sampai part pembuatan keris, ada disebut perkataan penchebok. Kalau korang nak rasa feel perkataan kena diloghatkan menjadi loghat perak iaitu loghat Kuala Kangsar. Selain itu ada yang panggil pencebak, penchebok, cebak, pencebhok dan de panggil cok. Kalau nak sebutkan C itu kena dari tekak. Gituuu.. Hahah. Seperti mana bahasa perak ye
Hai, tak ada sorang pun boleh jawab dengan betul tapi ada beberapa orang yang faham rupa pencebak itu. Lastnya kena la nanye orhang perhok pior (pure) barulah cik en dapat kata akar nya, iaitu Cebak. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke - 4 ( http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cebak )
Alat yang digunakan mungkin dinamakan pencebak sesuai dengan maksudk cebak : mencebak menggali (tanah, barang galian): ~ tanah; ~ timah; cebakan 1. galian; 2. barang apa yg dicebak, barang galian.
Kata asal : Cebak
Perbuatan : Mencebak
Alatan : Pencebak (kemungkinan orang dulu panggil sebabnya tak ada dalam kamus bahasa melayu)
Penchebok dicakap dengan menggunakan loghat orang kuale. sebabnya dari rhenek (kecil), teman dah dengor bunyinye roper gitu. Mungkin apabila dibaca oleh orang luar (bukan orang kuala kangsar) ianya lebih nampak seperti cebok. Kalau la Facebook ada selitkan suara, boleh le nak cakap penchebok atau pencebak ini dalam teloo kuale.
Gambar di bawah ini bukanlah gambar yang sebetulnya macam yang cik en dan keluarga selalu guna. Lengkok nya lebih ke dalam dan gambar dibawah ini nampak lebih terbuka. Tapi bolehlah nak beri gambaran pada orang lain. Mungkin di negeri lain, ada loghat korang sendiri.
Bab ini cik en selalu fail bila disuruh ambil oleh mak cik en. Selalunya cik en bawa cangkul dan biasalah, bila dah salah, dok membebel la mak cik en. Penchebok! Penchebok! Penchebok! bukan cangkul. Hahahha. Selalunya digunakan untuk nk menanam anak pokok pada tanah. Kalau guna cangkul, tanah takkan nampak bulat dan nanti melambatkan untuk menimbus balik. So tempat korang panggil apa ye pencebak tu?
lah namanya itu , saya pun lupa saya panggil apa eh
ReplyDeleteoghe klate panggil "cok betul" hahahha
ReplyDeletepenchebok macam alat digunakan untuk mengisi air untuk mandi
ReplyDelete