Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa...


Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa... | Dup dap jantung ini juga masa mula mula berjumpa dia dulu. Tarikh 14 Februari 2012 kali pertama cik en jumpa dia. Walaupun awalnya bukan cik en nak sangatkan dia. Tapi kerana terpaksa cik en bersama dia. Tapi semakin lama, hati semakin sayang dan akhirnya jatuh cinta bersamanya. Benar la kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Terus teranglah rupanya tidaklah sekacak yang lain - lain, tidaklah sekaya yang lain - lain tapi dia banyak bersama dengan cik en sepanjang 5 tahun ini. Dia la tempat cik en mengadu, menangis, marah dan bentak membentak. Dia la juga bersama cik en dari utara Malaysia ke Selatan Malaysia untuk travel. Tak kisahlah bersama keluarga atau sahabat. Tak pernah sesekali buat hal lagi sehingga saat ini. 

Pernah la sesekali meninggalkannya tapi hati akan teringat dan memberontak untuk bersama dia walaupun belum sampai 24 jam lagi berpisah. Nak ceritakan perasaan itu tak tahu la macamana tapi cik en dah terasa macam dia sangat penting dalam kehidupan cik en. Dulu pernah berjanji untuk berkongsi dulu hanya tinggal janji. Sebabnya cik en tak sanggup berjauhan dengannya. Nampak macam nak membolot tapi cik en tak mampu untuk berjauhan. Nampak tak adil, tapi peduli apa cik en kan? Macam kisah dia bersama ibu bapa cik en ke Terengganu dan Kelantan pada tahun 2013 dulu, sampai tak tidur malam menahan rindu. Gila sungguh kan perasaan cinta ini? 

Setiap tahun, cik en wajib sambut ulangtahun kami. Kebetulan jatuh pada Valentine Day. Tapi kami tak adalah nak sambut Valetine Day tu sebabnya bukan budaya kita kan? Setiap tahun, wajib kena ada hadiah untuk dia dan daripada nilainya demand sangat masa awal awal dulu tapi cik en turutkan juga dan sekarang dah boleh la bernafas dengan hadiah yang semakin tahun semakin rendah nilainya. Apabila cik en ada budget lebih, semestinya cik en akan selitkan hadiah tambahan pada dia. Apa apa pun cik en akui, cik en sangat sayang dan tak kan benarkan sesiapa yang cik en tak yakin untuk bawa dia. 

Sekali lagi saya nak ucapkan Happy Anniversary Yang Ke 5 kat awaa.. Mr Barney!


p/s : Suspen tak story cik en ini? Hahhahaha. Anyway sebenarnya mr barney adalah kereta cik en.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hahaha.. cik En nie memang tau.. pagi2 dah buat orang suspens..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah 5 tahun dah ya bersama...saling memerlukan satu sama lain..saling menjaga juga..moga terus bersama dengan gembira..hihi..

    ReplyDelete
  3. amboiiii ! ju ttnya2 sepa gerangan insan btuah tu rupa nya kreta wahaha

    ReplyDelete
  4. yui dh agak msti kereta..hihi

    banyak jasa tu

    ReplyDelete
  5. fuhh..igt pakwe mana la td..:)

    ReplyDelete
  6. hmmm tak pernah lagi baca cik en buat luahan hati ni ....
    tu yg buat ai konpuis .... sama ada buah hati pengarang jantung ke ape ni


    tp klu ni utk buah hati pengarang jantung ...ai doakan cik En bahagia dan kekal hingga jinjang pelamin .... ni mesti dah dekat sgt dah tarikh kot tu yg entry cik ni berunsur romantika sikit ni kan .. hihihi im happy for you dear

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary cik en dan mr barney. hehe ^-^

    ReplyDelete
  8. hihi dah agak bila baca sampai part travel tu.. insyaAllah bila kita hargai dia akan sentiasa baik dgn kita..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post