Travel Melaka 1.1 | Light Sensation Melaka, Menara Taming Sari dan Beca Banda Hilir | Lamanya cik en pending untuk sambung Travel Melaka ini. Jika sebelum ini cik en menceritakan mengenai Syaz Meredien Hotel, Melaka Duck Truck dan Uptown Pahlawan Walk Bandar Hilir. Ini cik en nak sambung aktiviti akvtivi yang lain seperti tengok Light Sensation Melaka, menaiki Menara Taming Sari dan meronda menaiki Beca Banda Hilir pada hari pertama di Melaka.
Selesai cuci mata di Uptown, kami meneruskan misi kami mencari Light Sensation di Dataran Pahlawan. Masa kami datang, hujan dah mula turun renyai renyai. Ini pintu masuk Light Sensation
Disebabkan renyai renyai, kami diberitahu, kalau hujan lebat, lampu lampu akan ditutup dan tiada pembayaran balik. Untuk harga tiket RM20 untuk seorang.
Cantiknya apabila kami melihat Light Sensation ini. Light Sensation ini mempunyai 25,000 lampu yang yang dibuat menjadi bunga mawar. Ada 2 lampu iaitu lampu biasa/putih dan lampu warna warni. Jom kita cuci mata.
Susah juga cik en nak capture gambar yang menarik. Tapi akhirnya cik en berjaya juga. Berlatar belakangkan Menara Taming Sari yang kebetulannya tengah ada di aats. Disebelah padang ini terdapat replika yang bertemakan Love. Banyak gambar menarik yang korang boleh ambil. Seperti dibawah ini.
Disini pula gambar lanskap dataran ini.
Replika love ini tempat yang paling mendapat perhatian. Semestinya yang bercinta, takkan lepaskan peluang untuk bergambar dengan love gergasi ini.
Ini pula gambar dekat lampu mawar ini. Malam baru nampak ianya macam mawar atau ros yang berlampu.
Banyakkan wayar wayar dan kena hati hati sebabnya voltan disini tinggi jadi mereka letakkan pagar untuk elakkan kita sentuh ros tersebut.
Yang bawah ini untuk ros bewarna warni. Tak sebanyak ros putih. tapi ianya tetap cantik yang diletakkan dengan bentuk love.
Cantik cantik bukan. Awalnya cik en sendiri tak pandai nak ambil gambar, sebabnya rasa tak cantik. Bila malam, baru ianya nampak lebih jelas dan cantik.
Settle di Light Sensation, cik en dan ija nak menaiki Menara Taming Sari. Kat sini cik en nak share harga harga untuk naik Taming Sari ini.
Harga Tiket Menara Taming Sari
Dewasa : RM23.00 / RM17.00
Kanak Kanak (2-12 tahun) : RM15.00 / RM11.00
Warga Emas (55 tahun ke atas) : RM18.00 / RM 9.00
Orang Kurang Upaya (OKU) : RM 8.00 / RM 8.00
* Warna merah untuk yang mempunyai kad pengenalan
Sementara tunggu giliran |
Dibawa antara permandangan bandar melaka diwaktu malam. Sangat cantik. Boleh nampak tempat menarik dari atas ini.
Diakui, cik en seorang yang takut dengan ketinggian, so sepanjang beberapa minit di atas Taming Sari itu, cik en lebih banyak diamkan diri. Hahahah. Gayat wei..
Dari atas lagi, cik en dah nampak beca berlampu mengikut tema ini dan dah pasang niat untuk naik bila selamat turun ke bawah nanti. Sampai je bawah, kami terus mendapatkan beca dan beca pilihan kami adalah Minnie Mouse. Harga untuk 1 beca RM25.00 rasanya. Lupa pulak.
Ini aktiviti terakhir kami malam pertama di Melaka. Semestinya kami kepenatan sangat sangat sebabnya kami berjalan kaki saja dari hotel. Lagipun dekat dekat saja tempat menarik di Melaka ini. Jadi tips yang korang kena ingat kalau ke Melaka, carilah hotel berdekatan dengan Banda Hilir. Sebabnya disini selalu kesesakan. Rugi kalau bawa kereta. Nak tahu hotel mana yang berdekatan, sesuai dengan budget korang dan yang penting komen jujur dari pelanggan, korang boleh compare all the travel top sites di HotelsCombined. HotelsCombined ini bukannya booking site tapi ianya untuk korang bandingkan hotel mana yang bersesuaian dengan korang. So tak perlulah korang nak banyak download apps dan buka satu persatu apps untuk compare. Just gunakan HotelsCombined saja. Mudah dan cepat.
Untuk next entri cik en nak story mengenai kuih keria gula melaka, coconut shake, pantai klebang dan tempat terbaik korang nak makan assam pedas legend di Melaka. Bye! XOXO.
lama teringin nak jalan1 melaka tapi entah bila la boleh sampai sana.
ReplyDelete