Hari Lahir Yang Tidak Seindah Mimpi | Sebelum cik en nak menaip panjang lebar, cik en nak ucapkan terima kasih yang milion milion lemon pada blogger Faizal Fredley sebab abadikan birthday cik en tahun 2017 ini di Paris baru baru ini. Faizal Fredley atau FF sebenarnya buat Kembara Eropah 38 hari yang mana korang boleh like page Faizal Fredley Network untuk ketahui cerita kembara beliau. Terharu sungguh rasanya. Insyallah cik en akan ke sana juga satu hari nanti. Yakin Boleh!
Tapi kenapa tajuk cik en untuk entri ini "Hari Lahir Yang Tidak Seindah Mimpi" ? Macam sedih je. Macam tak happy je? Kalau yang sentiasa mengikuti perkembangan cik en, cik en mendiamkan dan menghilangkan diri lebih seminggu. Ada ke sesiapa yang perasan? Ke tiada yang perasan? Ada juga yang whatsapp cik en, Sebabnya cik en deactivedkan dan left beberapa group whatsapp.
Sebenarnya cik en tak sihat fizikal dan rohani. Eh kenapa pulak rohani? Cik en pernah cerita kan mengenai Anxiety Disorder . Cik en rasa masa dalam demam teruk, penyakit ini datang semula. Kira 2 in 1 dan buat cik en jadi kemurungan melampau. Apa yang berlaku, biarlah rakan rakan yang rapat sahaja yang tau. Tapi cik en mengalami ketidaksihatan fizikal dan rohani. 16 Januari sepatutnya cik en menyambut hari lahir yang ke 30 tapi ianya tidak semeriah dan seceria seperti tahun tahun sebelum ini. Pendek kata bila hati susah, walaupun apa yang perkara best berlaku tak memberi kesan apa apa. Semangat hilang walaupun hari yang sangat bermakna bagi cik en.
Walaupun begitu, cik en dapat juga menerima hadiah hari lahir yang cik en angankan sebelum ini dari scandal yang tercinta. Ahaks.. Hahaha. Nak tau tak? cik en nak kongsikan dengan pembaca cik en.
Semestinya G-Shock idaman cik en. Memang request warna hitam dan gold. Cik en tak berapa gemar dengan warna pinkish ni. So disaat cik en menaip entri ini, hati cik en berbunga bunga seperti bunga ros sekuntum tu. Masa terima cik en tengah ada masalah camtu, memang tak ada rasa apa apa pun tau! Hahaha. Lepas itu, adik angkat cik en, Aliya ada bagi hadiah untuk cik en.
Dan yang terakhir sehingga entri ini ditaip, cik en terima dari best friends forever Nuoi Tomey dan anak angkat cik en mr cimie
Selain daripada hadiah ini, Cik en terima banyak wish di facebook dan whatsaap. Dan juga ada yang buat special buat cik en. Smule lagu birthday untuk cik en. Huhu.. Sangat terharu. Terima kasih blogger cute Lyana Ishak. Nak dengar tak? Dengar sini
Best kan suara dia. Special buat cik en. Terima kasih banyak banyak yana. I love you so much dearrrrr...
Anyway cik en nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua walaupun tahun ini cik en tak sempat nak balas semua post, PM, whatsapp. Maafkan cik en. Cik en tak terdaya melawan perasaan dan ketidaksihatan cik en masa itu. Selamat Hari lahir Eintan Nurfuzie yang ke 30 tahun. Udah tua weiiiii...
Anyway cik en nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua walaupun tahun ini cik en tak sempat nak balas semua post, PM, whatsapp. Maafkan cik en. Cik en tak terdaya melawan perasaan dan ketidaksihatan cik en masa itu. Selamat Hari lahir Eintan Nurfuzie yang ke 30 tahun. Udah tua weiiiii...
Tags:
Eintan Nurfuzie
Welcome back cik en....semoga lebih kuat mghadapi hari2 mendatang
ReplyDeleteWelcome back cik en....semoga lebih kuat mghadapi hari2 mendatang
ReplyDeleteSemoga ditahun yang baru ini cik en diberi kesihatan yang lebih baik dari sebelum ini..amin..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeleteHappy birthday to you..semoga Allah permudahkan urusanmu
ReplyDeletehappy belated birthday cik En ..wish lagi seklai wlupun dah wish kat fb kih kih
ReplyDeleteharap cik kembali sihat .... risau pula bila cik en kembali murung ni ....
mmg perasan sbb tak de entry dan post kat fb
Happy belated brthday kak.
ReplyDeletetkpe, tc tau...