Pemeriksaan Fizikal Percuma Untuk Kucing Dari Royal Canin | Mycat2VET


Pemeriksaan Fizikal Percuma Untuk Kucing Dari Royal Canin | Mycat2VET | Hari ini merupakan hari dalam sejarah, apabila peah (kucing cik en) merebut peluang untuk pemeriksaan fizikal percuma untuk peah di klinik veterinar di Ipoh. Anyway, program yang dipanggil Mycat2VET Campaign ini adalah anjuran Royal Canin Malaysia bagi memastikan setiap kucing mendapat pemeriksaan fizikal di klinik veterinar dan consultion oleh ahli veterinar yang bertauliah. Mengikut kajian lebih kurang 40% owner tak pernah sekalipun bawa kucing mereka ke klinik veterinar untuk pemeriksaan fizikal. Sebabnya owner ni berfikir kos ke klinik veterinar sangat mahal, beranggapan kucing mereka boleh jaga diri sendiri dan owner fikir tiada masalah kesihatan yang serius bagi kucing. Sedangkan korang kena faham, kucing adalah makhluk Allah yang bernyawa dan mempunyai perasaan dan hati, so jika manusia boleh jatuh sakit, semestinya kucing dan haiwan lain pun akan sakit juga. Apabila dah kronik, barulah korang nak bawa ke klinik veterinar, so masa ini kos rawatan akan jadi mahal. So lebih baik mencegah dari merawat. So dari kajian ini, pihak Royal Canin mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran dan mengadakan Mycat2VET Campaign ini.


Royal Canin Malaysia telah berkobolorasi dengan 200 klinik veterinar di seluruh Malaysia untuk join Mycat2VET Campaign ini secara PERCUMA tau!. Selain daripada mencegah penyakit yang serius ada beberapa sebab lagi kenapa korang perlu buat pemeriksaan fizikal ini.

  1. Mencegah lebih baik dari mengubati
  2. Older cat sangat sentitif dan jika dibiarkan sakit, terlewat untuk dirawat
  3. Dapat memastikan kucing sihat, umur yang panjang dan happy!
  4. Usia kucing dan manusia berbeza so mereka lebih cepat tua berbanding manusia
  5. Dapat info tepat daripada vet bila ada kelakuan kucing korang berbeza dari biasa



Oleh kerana itulah, cik en bawa peah ke klinik veterinar untuk pemeriksaan fizikal yang lebih lanjut. Anyway cik en nak story sikit kisah cik en bawa peah pada 3 Disember 2016 yang lepas, cik en memilih ke klinik veterinar di Ipoh dan perjalanan dari Manjung ke Ipoh mengambil masa 2 jam. Peah pula dah lama tak naik kereta dan berjalan jauh. So banyak sangat perkara lucu dan stress. 

Pagi tersebut, cik en ke pejabat cik en untuk ambil sangkar kucing dan masa cik en ambil sangkar kucing, cik en biarkan kereta dalam keadaan enjin hidup sebabnya peah ada dalam kereta. Pintu kereta tertutup rapat dan bila sampai balik ke kereta, kereta cik en berkunci. OMG!!! kunci kereta dan handphone tertinggal dalam kereta. Cik en rasa, peah tertekan brek kereta dan terus automatik kereta berkunci. So cik en cemas gila dan peah dah berbunyi dalam kereta. Nasiblah ada kunci kereta spare di rumah, terpaksa la cik en balik ke rumah dengan motosikal staf lain yang bertugas sebagai guard masa itu. Nasiblah kunci pejabat dan kunci rumah sekali. Boleh la balik untuk ambil kunci spare. Alahai peah.. belum mula perjalanan, peah dah kalut. 

Selesai saja, cik en terus bergerak ke Ipoh, sepanjang perjalanan, peah jadi nerveous semacam, diduduknya di padal minyak dan brek. Dalam separuh perjalanan, peah dah mula calm down tapi dapat rasakan suhu badan dia tinggi. Ini antara reaksi peah di dalam kereta. 

mama, lambat lagi ke?

please la mama, jangan ambik gambar boley, peah tak selesa ini

mama, ada tak boyfriend kat klinik veterinar nanti. Peah nak try.
Cik en sampai ke klinik veterinar dalam pukul 2 petang. Terus buat pendaftaran dan serahkan nombor code yang diberi oleh Mycat2VET. Selesai pendaftaran, peah diperiksa di dalam bilik khas. Kecil tapi privacy. Doktor yang merawat sangat baik dan peah sangat selesa dengan beliau. Dr sangat lembut dan jarang peah boleh manja dengan orang luar lagi lagi yang baru pertama kali jumpa. 

So far, Dr kata peah sangat sihat dan happy. Cuma ada sedikit gigivitis di bahagian gigi, maybe dalam seminggu ini, peah suka makan wet food. So, Dr kata ianya masih normal. Pastikan makanan wet food dan dry food juga dibagi. Kalau kerap diberi wet food saja, kena la rajin gosok gigi kucing korang. Hahahah. Ini antara gelagat peah di klinik 

peah malu

mama, peah tak sedia lagi la...

ye, terima kasih Dr dan Royal Canin bagi peah goodies bag

goodies bag dari Royal Canin 

Ha, happy gila peah walaupun masa awal perjalanan, dia nerveous gila gila. Hahaha.. Korang nak ke Pemeriksaan Fizikal Percuma ini? Serius.. ini PERCUMA. nak? Korang boleh baca lebih detail dengan klik di bawah ini

 http://www.mycat2vet.my/get-a-free-checkup

Ada 3 step mudah untuk korang daftar. Register, Find a vet nearby ( MyCat2VET | Klinik Veterinar Yang Terlibat Dalam Pemeriksaan Fizikal Percuma ) dan dapatkan code dan serahkan nanti bila buat pemeriksaan fizikal . Untuk register, klik gambar di bawah ini :


Dan bila korang dah pergi pemeriksaan fizikal nanti, korang boleh join contest yang mana hadiah dia makanan kucing selama 31 hari


Caranya senang saja, upload gambar korang, kucing dan goodies dari Royal Canin dan letakkan hastag #mycat2vet bermula 12 Disember 2016. Pastikan akaun instagram keadaan public.


Anyway untuk sebarang pertanyaan boleh contact  hotline at 016-206 9610 or info@mycat2vet.com .

Jom join cik en. Nanti jangan lupa upload gambar di instagram dan letak hastag #mycat2vet. Nanti cik en nak terjah dan sumbangkan like. Like la juga pic cik en dan peah serta goodies Royal Canin di instagram di SINI.. Da semua.... Xoxo 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahh Eintan dah bwk ye.. Lea tak bawak agik.. hehe.. Tataw bila nak bawak..

    ReplyDelete
  2. Comel la Peah tue, hehehe... geram tengok.. =)

    ReplyDelete
  3. Tenkiuuu ufor the iformation! cumilnyeee kucinggg :D

    ReplyDelete
  4. Bestnya..boleh la bawa ahcing g vet ni. :D rasa nk join

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Peah baik-baik sahaja ya..

    ReplyDelete
  6. untungnya peah...tuan hang bawa p klinik..dah mcm p spa.

    ReplyDelete
  7. Hehehe .. Sabor je la ngan peah nie ..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post