Mentaliti Orang Kita Atau Penyampaian Kami Yang Tak Berkesan? | Apabila kita kemana mana pejabat lagi lagi jabatan atau pejabat yang memberikan perkhidmatan, semestinya akan ada ditampal arahan atau info bagi memudahkan pelanggan dan pihak yang memberikan perkhidmatan. Begitu juga lah dengan tempat cik en. Kami memahami kekangan kekangan dari pihak kami dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik tapi kami cuba membantu memudahkan semua .
Semestinya bekerja yang melibatkan perkhidmatan atau berhadapan dengan pelanggan merupakan pekerjaan yang enjoy tapi kalau tak kena dengan gayanya kami pula yang stress sampai ke malam. Hahaha. Sememangnya tempat kerja cik en ini banyak kekurangannya dan kami akuinya. Nak minta peruntukan pun faham faham la, bukannya senang sebabnya banyak lagi tempat lain yang lebih memerlukan. Jadi sebagai kakitangan yang berwibawa (ewah ewah), cik en dan kawan cik en, anis menggunakan apa yang ada di pejabat ini untuk menambahbaikkan dalam perkhidmatan kami.
Di sini, klinik kami hanya ada seorang staf yang menguruskan pendaftaran, rawatan, pembayaran dan khidmat nasihat. Kerap kali berlaku, apabila rawatan sedang dibuat, meja pendaftaran akan kosong dan akan berlaku masalah kepada pelanggan. Perlukah menunggu atau mencari cari staf yang ada. Jadi kami mengambil inisiatif untuk meletakkan info info yang mana pelanggan tahu kemana hilangnya staf terbabit. Bila nampak info diatas, kira pelanggan tahu, staf tengah buat rawatan, jadi bolehlah pelanggan duduk dan tunggu sebentar. Seperti dibawah ini.
Rasanya korang yang baca ini, faham ke tak apa yang kami nak sampaikan. Sila tekan loceng, tapi sekarang ada rawatan yang sedang dijalankan dan sila letakkan kad pendaftaran atau kad klinik di sini. Adakah sebab arahan "SILA TEKAN LOCENG" buat korang tekan loceng tanpa henti???
Kenapa tidak dibaca dan dihadapan arahan yang lain seperti
Rasanya kami menggunakan BAHASA MELAYU yang mana bahasa kebangsaan kita. Kalau warga emas atau kanak kanak, cik en dan kawan cik en tak la stress sangat, tapi majoritinya menggunakan smartphone yang boleh berwhatsapp dan berfacebook. Takkan tak boleh memahaminya? Dan ada 1 lagi
Kami dah beritahu, haiwan kesayangan diletak diluar tapi masih ada yang bawa masuk juga. Begitu juga dengan larangan mengambil gambar. Masih ada pelanggan yang ambil gambar semasa rawatan sedang dijalankan.
Masih tak cukup ke arahan yang kami lekatkan? Atau korang ada cadangan penambahbaikan yang lebih berkesan. Jangan dicadang pula letakkan nombor giliran ting tong ting tong pakai speaker pulak. Semua itu, memerlukan peruntukan yang tinggi. Cadangkan yang jimat dan mudah didapati di sebuah pejabat ye. Ok, cik en nak sambung stress balik.
Biasa Cik En sebab mentaliti orang kita pada kakitangan kerajaan macam kita ni, kita tak de kerja..kita duk saja je..walaupun hakikatnya kalau dorang kerja kat sini baru dorang tahu..Ingat kakitangan gomen goyang kaki je..Ada masa kita rileks..Ada masa kita sibuk..tapi orang tak boleh nak terima cakap kita sibuk sbb pada depa kita tak de keja (konon)...Meh duk sini,tengok...
ReplyDeletekemasnya
ReplyDelete