Kemeriahan MAHA 2016 Menarik Jutaan Pengunjung | Ada ke pembaca cik en tak tahu MAHA 2016 itu apa? Kalau tak tahu, sememangnya korang terlepas satu pameran yang mengutip ratusan jutaan nilai jualan dalam tempoh 11 hari berlangsung tau!. MAHA atau Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia bagi tahun 2016 ini dibuat di MAEPS Serdang Selangor bermula 1 hingga 11 Disember 2016 dihadiri sebanyak 3.7 juta pengunjung yang terdiri daripada ahli akademik dan penyelidik, pemilik perniagaan dan pelabur, pembeli dan pegawai-pegawai perolehan, perunding dan profesional, pengedar dan pemborong, francaisor dan francaisi, pegawai kerajaan dan penanda dasar, importers / exporters dan ejen, pengilang dan pengeluar, pegawai perdagangan dan persatuan, pelajar dan belia, Petani dan pengeluar pertanian, dan pelancong serta rakyat malaysia tidak kira tua dan muda. Agensi yang terlibat adalah pertanian, peternakan, perikanan yang memperkenalkan produk produk, perkhidmatan dan teknologi.
Rugi sungguh la kalau korang tak pergi MAHA 2016 ini. Terasa sungguh kemeriahannya tidak kira siang dan malam.
Pameran ini dibuat 2 tahun sekali. Jadi sememangnya ramai orang tidak melepaskan peluang ke MAHA 2016 kali ini. Selain daripada agensi agensi terbabit, MAHA 2016 ini dimeriahkan dengan kehadiran Upin Ipin, Mak Cun dan artis artis yang terkenal. Kalau korang search sahaja di Instagram #maha2016 atau di Facebook #maha2016 , lagi banyak gambar gambar kemeriahan dan aktiviti MAHA 2016 ini.
Kali ini, pihak penganjur siap membuat satu lagu khas untuk MAHA 2016. Itu yang buat ramai bersemangat datang walaupun hujan, panas, dan sesak . Lagu Hang Pi Maha dinyanyian oleh kumpulan Khalifah itu juga menjadi siulan orang ramai lagi lagi rakan sekerja cik en yang bertugas di MAHA 2016 kali ini
Kalau nak ceritakan dalam blog ini, takkan sama kalau korang yang pergi. Kalau terlepas kali ini tak apa, jangan lupa temujanji MAHA yang akan datang. Insyallah...
Eh ternyanyi pulak cik en. Hahahha.. Jumpa di next entry.. XOXO

Hang pi MAHA jangan lupa, Hang pi MAHA jangan lupa, Hang pi MAHA jangan lupa, Hang pi MAHA jangan lupa, Hang pi MAHA jangan lupa
Eh ternyanyi pulak cik en. Hahahha.. Jumpa di next entry.. XOXO
Tags:
maha 2016
Ramai giler yang datang maha 2016 nie.. untung besar siapa yang berniaga kat sana
ReplyDeletekalau aina xbalik kelantan, memang aina join jgk maha. nampak best je blogger2 pergi sana
ReplyDelete