Cara Mudah Sukat Air Untuk Masak Nasi | Masak nasi sememangya menu paling mudah dan kalau korang tak pandai masak nasi, sememangnya korang tak boleh kahwin lagi tau terutama untuk anak anak gadis. Setiap orang masak nasi mengikut apa yang mereka suka makan. Macam cik en, cik en suka tekstur nasi yang tidak terlalu lembik. Kira seketul ketul nasi itu selepas masak. Jadi cik en nak kongsi sikit cara cik en dalam menyukat air untuk masak nasi. Terlalu banyak air akan menyebabkan nasi korang lembik, kalau terlalu sedikit, nasi korang akan kurang masak.
Untuk dapatkan nasi yang sebutir sebutir, korang boleh sukat melalui ruas jari. Contoh seperti diatas.
- Sukat ketinggian beras dari periuk
- Lepas itu, guna ketinggian yang sama sukat air. Bermula dari atas beras tau!
Kalau korang suka nasi lembik, boleh lebihkan air. Memudah kan? Senang saja masak nasi ini. Cuma kalau buat nasi ayam atau nasi lemak, cik en selalu failed sikit. sebab warna air tak lutsinar. Hahahha. Selamay mencuba!
sama la
ReplyDeleteSeawal umur 12 tahun mak mmg ajar masak nasi sukat air guna ruas jari...
ReplyDeletememula belajar masak nasi camnie lah sha buat..
ReplyDeleteLelame just goncang-goncang sikit dah boleh agak.. hehehe
petua tradisi yg baik...tapi kalo beras basmati, lain sikit..kan
ReplyDeleteBetul tu betul hehe
ReplyDeletebiasanya nad guna cup je..haha kire cup je
ReplyDelete