Cara Mudah Buat Kerabu Daun Selom dan Kerisik | Cik en kalau sebut sahaja kerabu, sememangnya ianya menjadi pilihan pertama yang cik en akan pilih. Kerabu jantung pisang, kerabu perut, kerabu ikan bilis, nasi kerabu, nasi goreng kerabu sememangnya kegemaran cik en. Tapi kali ini cik en nak kongsi satu kerabu dari ulam ulaman. Kerabu Daun Selom menggunakan kerisik. Jom kita tengok bahan bahan nya
Bahan Bahan Kerabu Daun Selom dan Kerisik
Daun Selom
Kerisik
Bawang kecil (bawang merah)
Cili Padi
Udang Kering
Halia
Limau Kasturi
Serai
Sedikit Garam
Cara Cara Buat Kerabu Daun Selom dan Kerisik
Mula mula, tumbuk cili padi, halia, bawang merah, serai dan garam. Jangan terlalu halus, kasar je ye.
Potong daun selom kecil kecil
Campurkan bahan ditumbuk, kerisik dan daun selom
Gaul sehingga rata dan letakkan perahan limau kasturi
Selesai, bolehlah dihidangkan sebagai menu makan tengah hari korang. Selamat mencuba
wow bestnya
ReplyDeleteGulppp. Telan ailio. Sedapnyaa kerabu!
ReplyDeletesedapnya akak.. busyra suka smua jenis kerabu. hehe
ReplyDeletemenarik ni =D tgk gmbr da terasa kat tekak pla haha
ReplyDeleteni buat nasi kerabu dgn budu... alahai sedapnya
ReplyDeletesenang je rupanya buat hahaha. ok nanti lisa buleh cuba la.. fav lisa juga ni
ReplyDelete