Jualan Online Revolution Sale Lazada Untuk Orang Gila | Lazada buat gila balik bermula hari ini. 11 November 2016 ini bermulakan Jualan Online Revolution Sale Lazada atau korang boleh search di media media sosial seperti instagram, twitter, facebook dan yang lain lain menggunakan hastag #LZDMYRevolution . Kemeriahannya dirasai dan korang akan teruja dengan harga menjunam jatuh dan tak masuk akal. So memang sesuai untuk orang yang gila shopping online kan?
Apa itu Jualan Online Revolution Sale Lazada atau LZDMYRevolution ini?
Ianya merupakan jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.
Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.
“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih subbandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaku kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”, ujarEn. Ressel di hujung kata.
Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG ; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016.
Mengenai “Online Revolution” Lazada
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.
MengenaiLazada Group
Lazada Group mengendalikan Lazada,destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th),dan Vietnam (www.lazada.vn).
Dilancarkanpada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.
Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.
Kalau korang dah masuk di laman shopping online lazada itu, jangan lupa spin the wheel untuk bagi korang can dapatkan voucher. Boleh cuba banyak kali ye..
So apa tunggu lagi tekan laju laju turbo banner dibawah ini untuk shopping bermula
11 November sehingga 14 December 2016
11 November sehingga 14 December 2016
Just nak kongsi, cik en dapat "Parcel Of Joy" di video bawah ini
Shopping..shopping
ReplyDelete. Hihi. Hebat penangan 11.11 ni
sempat gaji ni... nk shopping online
ReplyDeletesales gilo2...hihi
ReplyDelete