Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah | Alhamdulillah, sampai juga ke entri terakhir travel ke sabah ini. So cik en nak buat rumusan balik la dari awal hingga akhir trip ini. Cik en pertama kali ke Sabah dan mencabar diri untuk pergi ke Sabah tanpa ada guide sepanjang percutian kali ini.
Jadi cik en ambil masa beberapa bulan selepas membeli tiket untuk survey dan buat research mengenai Sabah terutama Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu Sabah dan Tempat Menarik Di Sekitar Tamparulli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau . So selepas itu, cik en pun buatlah Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency .
So pada tarikh 20 September 2016, bermulalah perjalanan kami Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu . Fuh, first time naik flight buat kenangan manis buat cik en. Cik en dah boleh travel sendiri dah. Sampai di Airport Kota Kinabalu dalam tengah hari dan terus cik en dan adik Cuci Mata di Sekitar Kota Kinabalu sehingga malam.
Untuk hari kedua, cik en terus ke Kundasang dan sepanjang perjalanan cik en melawat Rumah Terbalik Tamparulli , Kinabalu Park (Botanical Garden) dan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang . Dan kami bermalam di J Residence Kundasang.
Hari ketiga, kami ke Ladang Teh Sabah Ranau, Fish Spa Sungai Moroli Ranau, Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu sebelum balik semula di Kota Kinabalu. Badan dah mula keletihan tapi cik en perlu gagahkan diri juga untuk habis satu hari lagi.
Masuk hari keempat dan terakhir bagi cik en dan adik cik di Sabah. Sempat juga kami melawat Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi walaupun ada setengah hari sahaja sebelum flight dipercepatkan dari 3.30 petang ke 3.00 petang.
Jumlah Perbelanjaan
Mesti tertanya perbelanjaan dan tips tips yang cik en rasa perlu. So kita kira bajet dulu yek..
Transport (Bas, Flight, Kereta Sewa - termasuk minyak ) : RM 1179.80
Hotel : RM 256.30
Tiket - Tiket masuk ke setiap tempat : RM 84.90
Makan : RM 217.00
Cenderahati : RM 846.50
Jumlah Keseluruhan : RM 2,584.50
Jumlah diatas adalah trip travel untuk 2 orang. So kalau di bahagi kedua pun RM 1,292.25 . Dan sebenarnya ianya lebih jimat kalau korang travel 3 atau 4 orang. Kalau di ikutkan kos transport dan shopping paling banyak. So untuk 1st travel ini, memang cik en spend lebih sedikit untuk shopping. Makan pun agak mewah sebab jenis melantak aje. Hahaaha. Memang pulun dan all out habis.
Kedai Makanan di Kota Kinabalu
Untuk tips pula cik en nak kongsi tempat makanan yang dipercayai Halal. sebab menurut Kak Azizi, di Sabah, Hanya 40% beragama Islam so kena lebih berhati hati. Jadi kak azizi ada listkan kedai makanan yang ok di Kota Kinabalu
- Welcome Seafood Restaurant
- Todak Waterfront (cari gerai yang bersih)
- D'Lengkuas Restoren Selera Kampung (restoran semenanjung, recommended Sedap!
- Restoran Sri Melaka Sdn Bhd. Jalan Laiman Diki KK
- Pasar Filipin, KK
- Port View Seafood Village
Harga minimum. Jika mahal jangan beli ye.
- Ikan bilis 1st class, jalur halus dan badan kuning cerah : RM22 perkg
- Udang kering sandakan: RM33 perkg
- Ikan kering keropok: RM per 38kg
Selain itu, kalau nak beli ikan kering yang dah berbalut tapi harga murah gila, kena check betul betul. takut bukan ikan yang di katakan oleh penjual.
Hotel
Kalau nak survey Hotel pula, korang boleh gunakan Traveloka, Booking.com atau Trivago. Survey kawasan yang berhampiran dengan bandar dan tempat makan. Lagi lagi di Kota Kinabalu. Parking susah kot. Banyak gila kereta ye. So jangan stress kan diri untuk cari parking. Cari hotel berdekatan dengan pusat. So keluar jalan kaki je nanti ye.
Kenderaan
Untuk kenderaan sewa, cik en suggestkan Kak Azizi 012-7857221. Sebabnya kereta dia tip top dan baru. Kak Azizi ramah dan banyak kongsi tips kat cik en dan adik. Orang semenanjung tapi dah lama di KK.
Shopping Mutiara
Ada 2 tempat yang cik en boleh suggest, Jamilah Jewellery dan Kampung Air. Pandai tawar menawar okey.
Benda Wajib kena ada dalam aplikasi Telefon
- Waze
- Google Map
- Aplikasi seperti Trivago, Traveloka atau booking.com
- Line Internet
- Kredit mencukupi
Apa lagi ye cik en terlupa. Setakat itu saja kot sharing cik en mengenai Sabah. Lepas ini cik en akan buat trip ke Sabah dengan lebih terurus sebabnya dah ada pengalaman pertama di sana. So, terima kasih sebab sudi baca semua cerita cik en di Sabah. Jika ada pertanyaan boleh email cik en atau pm cik en di facebook personal atau pages.
Tags:
j residence kundasang
Kota Kinabalu
Kundasang
Ranau
Sabah
Sabah 20 - 23 Sept 2016
tempat menarik
Tempat menarik di Sabah
travel
Travel ke Sabah
Wow! Boleh tahan juga pembelanjaan kat sana... thanks share.. nak kumpul duit ni
ReplyDeletenice entry sis.bestnye sis dapat p sabah..betul tu, yg pling penting perbelanjaan..xde duit, xleh nk p jalan juga...hehehehe
ReplyDeletebestkan sabah .. 2kali dah kite pi ...
ReplyDeletenak tau tips sabah dan tempat menarik boleh cari blog kita juga ...
cool tip! pernah dah pegi kk tapi nak pergi lagi. tak puas. hihi.. salam kenal..
ReplyDeleteUisss banyak jgk ye perbelanjaan pergi sabah ye.. Baru ingat nak p sarawak.. aduii..
ReplyDeleteMohon Maaf kami ingin menumpang iklan...
ReplyDeleteTIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017
Tel : 0129600702 / 0163751978
Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...
Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70
* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.
Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :
1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...
2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!
3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...
4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)
5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...
*Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*
Hubungi kami
0129600702
0163751978
Boleh Call atau Whatsapp
wahhhh...tq for info..mmg ada dlm list nak ke kundasang hujung tahun ni...kena banyak buat homework lagi pasal sabah ni...tq sis...
ReplyDeletewahhhh...tq for info..mmg ada dlm list nak ke kundasang hujung tahun ni...kena banyak buat homework lagi pasal sabah ni...tq sis...
ReplyDeletePerghhhh! Banyak jugaa.. tapi boleh je nak pergi sana dengan bajet yng tu... lepas habis belajar boleh la.. hiks.. Thanks share kak
ReplyDeleteWahh tips yg berguna..tq tq
ReplyDeleteWahh tips yg berguna..tq tq
ReplyDeleteMak oi RM2k++ tu lepas pi lombok seminggu..siapa ada balance lagi tuh
ReplyDelete