Pengalaman Pertama Cabut Gigi Geraham | Sesiapa yang ada pengalaman cabut gigi geraham semestinya boleh feel perasaan cik en pada masa ini. Sakitnya tak boleh cik en nak gambarkan macamana. Nama pun gigi geraham, gigi yang paling kuat dalam barisan gigi yang ada dalam mulut kita ini. Rasa menyesal cik en tak tampal gigi hari itu. Sebab sayangkan duit dan nak buat di klinik gigi kerajaan cik en tunda hampir setahun.
Sebelum ini, kira kira setahun yang lepas, cik en ke klinik pergigian swasta D'Smile di Sitiawan Perak untuk cuci gigi. Sebabnya setiap kali memberus gigi, mesti ada darah. Jadi dengan nasihat kawan kawan cik en pun pergi la cuci. Memang tip top doktor gigi di klinik itu. Lembut dan menenangkan. Selesai, cik en perlu datang semula untuk menampal gigi sebabnya apabila kita buat cuci gigi, segala tampalan perlu dikeluarkan dahulu. Dalam beberapa hari perlu tampal semula. Tapi sebabkan sayangkan duit dan budget kurang, cik en tunda. Sampailah setahun. Cik en mula rasa sakit dibahagian geraham tu tapi abaikan dan rasa boleh baik. Lama lama, dibahagian leher cik en mula membengkak
Cik en rasa dah mula ada jangkitan berpunca dari gigi yang crack itu. So nak la ke klinik kerajaan untuk tampal. Apabila diperiksa oleh doktor gigi, rupanya inilah cik en dapat.
Ada nanah di bahagian kaki gigi. Teruk juga, Gigi dah crack sampai ke bawah. Nanah dah penuh dan WAJIB di cabut walaupun gigi masih elok lagi. Alahai.. demi kebaikan cik en memberanikan diri walaupun ini lah kali pertama ke klinik gigi untuk cabut gigi.
Cik en diberi ubat bius dan dibiarkan sekejap. Dalam 15 minit, cik en dipanggil masuk dan cik en diberitahu, gigi akan di crack kan lebih untuk dicabut berasingan. Rasa la dia pecahkan gigi tu. Dan sampai proses untuk cabut. Arghhhh.. terasa kot! dan cik en diberi sedos lagi ubat bius dan barulah boleh dicabut. Itu pun masa tarik (goyang kanan kiri) tiba tiba dengar "krak". Aduh, gigi yang nak cabut tu terpatah dua. Nasiblah yang tertinggal agak panjang, boleh la tarik. Kalau tak kena surgery la wei!.
Settle satu bahagian, satu bahagian lagi. Dan Alhamdulillah, berjaya. Tapi doktor beritahu, banyak tisu dah rosak. So cik en terbayang tisu hitam yang selalu cik en buang kalau kucing atau anjing luka teruk. Fuh teruknya! dan doktor pun guntinglah mana tisu yang rosak. Tisu rosak kalau dipotong pun tak sakit sebabnya dah jadi macam daging mati. Selesai semuanya Cik en masih tersenyum, iyelah sebab masih ada rasa ubat bius. Doktor bekalkan paracetamol dan gauze. Cik en balik dengan senyuman lagi
Tak sampai 2 jam, cik en dah mula rasa sakit yang teramat sangat. Kesan ubat bius dah habis. Ya Allah, rasa sakit tu sampaikan cik en menangis tak berhenti henti. Makan Paracetamol pun tak jalan. Hilang dah senyuman manis cik en ni. Lastnya cik en cari ketul ais dan tekap. Dan masa yang sama cik en makan la ubat Prednisolone yang ada di klinik cik en tu. Hihihi. Dan sampailah hari ini hari ketiga cik en masih rasa sakit dan pipi masih bengkak. Nak belanja sikit keadaan dalam mulut cik en ini. Ini cik en rakam sendiri sebab cik en tak puas hati selagi tak tengok.
Yang hitam itu tisu rosak. Dan ianya akan hilang sendiri nanti. Cik en tak mau buang sendiri lagi sebab nak bagi bahagian itu cukup sihat supaya tidak berdarah lagi. Apa yang cik en rasa sakit tu sebab kesan cabutan gigi dan kesan injectian ubat bius. Seksa weh! Ini baru sakit gigi, macamana la kalau cik en mengandung dan melahirkan anak nanti. Adakah sakitnya camni. Tapi kalau bersalin at least ada anak kan? Yang ini kena buang gigi.. Hahaha
So sesiapa yang rajin terjah blog cik en, dah tahu kenapa lama sangat cik en tak ada story baru. Sebabnya sepanjang cik en sakit ini, cik en tak ada mood langsung. Even upload gambar di Instagram dan Facebook. Tapi sebabkan job, cik en gagahkan juga! Kerja tetap kerja kan? Makan pun dah kurang ini. Ada can nak kuruskan badan. Hahaha..Ok. Jumpa next entry.
akak dah cabut 3 batang gigi geraham, satu batang masa mengandung baby 1st, 2 batang masa mengandung baby 2nd... time mengandung la dia buat hal... masa mengandung baby 2nd semua gigi akak simen yg mana boleh simen n tratment.... mmg sakit, tp Allhamdulillah... nasib baik sehari sahaja akak tahan sakit.... nasib baik semua no charge... yg pertama tolak gaji RM55. Kali kedua tu RM8 sebatang dicaj n claim elaun gigi tiap tahun.... gigi akak yg masa pertama cabut tu doktor kata kena operate, 5 hari dia bg akak makan ubat dulu spy tahan bengkak... bila tiba masa syukur sangat tak kena operate doktor tu mmg terror dgn bantuan Allah.... korek punya korek tercabut juga... kali kedua, dua batang, wife dia yg cabutkan... Allhamdulillah boleh cabut dgn mudah... Jgn makan makanan panas2 sis.... minum air sejuk saja....
ReplyDeletewarghhhh!! gigi geraham saya ni pun tengah problem ni. doktor dah nasihatkan untuk cabut tapi saya masih bertahan. ni, baca post ni pulak! arghhh!! hmm. hmm. sakit kan.. huhuhu
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
aduhai..teringat pengalaman masa sekolah rendah dulu.cabut gigi geraham yang rosak teruk.sampai ke hari ni masih tak boleh lupa rasa sakitnya tu sebab ubat bius macam tak berkesan langsung.
ReplyDeletewaaa..takutnye..saya pon doc dh advise supaya cabut gigi geraham sbb tumbuh senget..perlu kekuatan mental nk buat nih..
ReplyDeletehaa..akak pernah kena operate gigi geraham pada 01.01.2001
ReplyDeletewaktu bius tu, belum sempat ubat bius buat kerja, doktor terus gergaji gusi.
Boleh pulak doktor tu membebel kata mata gergaji tu tumpul!
Waktu jahit tu, memang terasa macam kena jahit hidup-hidup.
Ngilu woi...
huhu
adoi sakitnya i feel u ciken
ReplyDeleteaduhhhh...tgh alami skrg ni 😭😭 pp bengkak sama ngan gusi.gusi ada la sakit tu,tp bila di tekan je.xde la bedenyut ke ape spnjg masa.dlm keadaan mcm ni bole ke di cabut? tmbh lg sis ada hipertensi..adooiii menakutkann 😣😣
ReplyDelete