Ladang Teh Sabah Ranau | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Selesai semua urusan di J Residence dan seawal 7 pagi cik en dah check-out dan terus cik en buat plan ke :
- Ladang Teh Sabah
- Fish Spa
- Hot Spring Poring - Conopy Walk
- Kota Kinabalu
Kami sampai di Ladang Teh Sabah lebih kurang 8.15 pagi. Sebelum itu, cik en ke Fish Spa dulu yang mana bersebelahan je. Nampaknya malam sebelum ini hujan lebat dan air sungai keruh dan ianya masih ditutup dan cik en berharap selepas kami selesai melawat di Ladang Teh Sabah, air sungai akan kembali jernih. Rugi juga kalau datang tapi tak dapat spa kaki ini kan? Hahahha.
Dari jalan, ada signboard masuk ke Ladang Teh Sabah dan sebelum masuk ada pondok guard disebelah kanan dan korang perlu melalui titi sebelum sampai jalan ladang. Jalan agak mencabar, ialah jalan ladang so gedegak geduguk juga lah, Korang teruskan je sampai jumpa signboard ladang. Sampai saja, korang akan tengok permandangan ladang teh dan nampak Gunung Kinabalu.
Selesai bergambar, kami breakfast di Cafe berhampiran. Disini cik en cuba Teh Halia dan adik cik en cuba Teh Pandan. Sambil menikmati permandangan , terasa dingin dan lapang fikiran.
Selesai sarapan, kami ke taman mini dihadapan cafe dan jumpa tugu The Royal Artillery Marching Contingent Sabah Salute 2011.
Disebelahan ada Sabah Tea Love Teapot. Ala ala di Penang Hill. Korang boleh tulis dan manggakan di Teapot ini. Harga untuk mangga RM25 dan boleh beli di kedai cenderahati.
Selesai belek belek mangga, masa untuk shopping dan cik en memborong teh untuk dijadikan cenderamata kawan kawan di semenanjung. Yang best, kat sini bukan saja ada original teh, tetapi ada 8 jenis perasa lagi iaitu
- Agarwood (gaharu)
- Lemongrass (serai)
- Geranium (sejenis bunga)
- Ginger (Halia)
- Pandan
- Cinamon
- Misai Kucing
- Tongkat Ali
Di sini kesemua itu dipanggil Sabah Tea Exotic. Dan setiap itu ada khasiatnya yang tertentu.
Kat sini, korang boleh lawat kilang pembuatan teh. Tapi kena ada guide. Cik en kejar masa, so cik en tak join trip tu.
Perbelanjaan di Ladang Teh Sabah Ranau
Sarapan Pagi : RM 35.00
Cenderahati : RM 134.00
Untuk next entry kita tengok, boleh ke cik en spa kaki cik en ni di Spa Fish. Harap harap buka la..
Aduhh, dapat bau harumnya teh sabahh..hehee..bestnye berselfie di kwsan hijauu ~
ReplyDeleteSo, sis beli semua ke...selain teh tuu? hehee..bolehlah buat GA yee..hadiah ade tuu..hoho...
Alnag2, nona nak mntk sis komen yg ni, hadiah kawen yg sis penah bagi?
http://nonasani.blogspot.my/2016/10/selamat-pengantin-baru-wawawan-perak.html