Tombiruo - Ramlee Awang Murshid | Novel Tombiruo ini mempunyai 2 iaitu Tombiruo Penunggu Rimba dan Tombiruo Terakhir yang ditulis oleh Novelis Thriller No 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid. Pada 2015, novel ini dipilih untuk difilemkan dan akan dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Nabila Huda. Sedikit sinopsis mengenai kedua dua novel ini.
Tombiruo Penunggu Rimba
Satu kecelakaan di hutan Keningau, Sabah rupa-rupanya ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit, Kuala Lumpur Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.
Tombiruo Terakhir
KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.
Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.
Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.
Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?
Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.
Ramlee Awang Murshid adalah satu satunya novelis yang cik en akan baca novel. Semenjak membaca novel Tombiruo dan Bagaikan Puteri, cik en tak pernah baca novel lain selain novel beliau. Cik en bagi 5 bintang untuk semua hasil karya dia.
Waahhh... Ini macam impian jadi kenyataan... Selama ni memang saya tertanya-tanya kenapa novel thriller tidak pernah kena buat wayang, mcm novel thriller dari barat Stephen King sudah ada movie dia.. hmmm tidak sabar mau tengok ooo.... *excited*
ReplyDeleteaah kan cik en , lepas baca cerita karya Ramlee Awang Mursyid dah tak nak dah baca novel lain .... haha
ReplyDelete