Perkara Best Di Johor Bahru Yang Cik En Suka


Perkara Best Di Johor Bahru | Johor Bahru atau senang di panggil JB merupakan sebuah bandar yang sangat pesat membangun di selatan tanah air. Mungkin sebab kedudukannya yang strategik dengan Singapore membuatkan pembangunan dan industri pelancongan kat bandar ni tumbuh pesat macam cendawan lepas hujan. Mungkin sebab tu jugak la banyak hotel johor bahru yang naik lately ni. Kalau korang datang sini sebab tak nak jumpa traffic jam, memang korang salah la.. Okay, lets not talk about the road congestion. Sebenarnya banyak lagi benda best yang korang boleh discover kat sini. Nak tahu? Jom baca apa cik en nak mengomel ni.

Makanan !


Siapa tak suka makan, kan? my personal favourite setiap kali datang sini of course la hainanese chicken chop kat restoran Hua Mui, Jalan Trus. Kombinasi ayam dan sos special diaorang, mmm…. Menjilat jari tau! Selain tu, seafood kat Stulang Laut pun is a must when I go there, especially kat gerai yang serve nasik goreng daun pisang tu. Part tengok tukang masak tu goreng pun dah makes me drool. Tu belum lagi cakap pasal ikan bakar, sotong goreng tepung, ketam masak cili, perghh! Lagi satu, tak sahkan kalau tak makan kacang pool kat JB. Tempat paling best semestinya Kacang Pool Haji kat Larkin tu. Last but not least, it’s the food at the Kilang Bateri. 


Semuanyaa sedap. The ambient there sangatla best, sesuai untuk santai or lepak dengan kawan-kawan atau keluarga. Kalau nak try, korang cari je tempat-tempat yang I sebut ni kat Johor Bahru map. Eh lupa pulak. Sekarang zaman GPS, just Waze je kan ? Hahahha

Places to Shop

If I were asked what to do in Johor Bahru, I would definitely say shopping! I love love lovee the bazar karat. 


The ambient, the goods being sold there (boleh bargain k) and also the street food (seriously, food again?). To be more specific, I suka bazar ni sebab banyak benda-benda unik (jarang jumpa kat tempat lain okey) yang cik en boleh jumpa kat sini. Sandals, handmade tote bags dan printed tshirt yang murah adalah antara contohnya. Apart from that, mesti la the famous Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulai. 


Tak sah kalau datang JB tak singgah sini. Even though makanan kat sini agak mahal sikit (korang isi tank korsng sampai penuh, lepas tu baru datang sini okey) tapi korang boleh compensate dengan barang-barang high end yang agak murah kat sini. Ada outlet yang korang kena beratur panjang kalau nak masuk. Sebab orang ramai sangat. Kalau cik en nak list down outlet international brands yang ada kat sini, sampai esok pun tak habis. Korang datang je sini, tengok sendiri. Biar rambang mata korang tu.. haha! 

Pantai

Mana-mana tempat cik en bercuti, of course akan check out dulu, ada pantai ke tak. Ni la salah satu reason kenapa cik en suka datang JB. Kalau nk compare tempat lain, kena masuk kawasan dalam sikit baru boleh jumpa pantai kan? Tapi kat sini, dalam bandar pun ada pantai yang bersih dan cantik. Dahulunya dikenali dengan nama Pantai Lido, tempat ni sekarang lebih dikenali dengan nama Tanjung Puteri. 


Waktu petang, selalunya ramai keluarga yang akan datang beriadah di sini. Berdekatan dengan pantai ni juga terdapat taman hiburan mini yang dibuka pada lewat petang hingga ke malam. Waktu cik en kecik dulu, kalau kami bercuti ke JB, kitorang satu family memang suka sangat. Biasanya cari hotel johor bahru kat area Desaru sebab boleh bercuti sekali. Excited sangat kalau abah cik en cakap nak ke JB. Sampai la dah besar sekarang pun, masih excited hihi. Tapi sekarang sebab dah tak minat main air, Thistle Hotel Johor Bahru pulak jadi pilihan. Dalam bandar, senang nak gerak ke mana-mana.

In conclusion, JB never fail to bring joy to me. Dari dulu, sampai sekarang. Anyway, korang pun boleh discover your own favourite place. Cumanya, rajin-rajin la berjalan. Betul la pepatah Melayu cakap, jauh perjalanan luas pemandangan. 

Oh ya before Cik en end this post, ade promotion dekat Traveloka tau!. It’s called Traveloka Great Sale - Skip the crowd, get the deals! Banyak pilihan dan harga yang menarik untuk bercuti dalam dan luar negara. Cepat-cepat checkout sebab promotion ni sehingga 12 September 2016 sahaja. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

10 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akak lom habis explore JB..setakat ni baru sampai area pontian ngan Muar je..lain2 lom sempat..ok masuk wishlist la..

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi JB, kg di Muar pun last balik tahun 1999.

    ReplyDelete
  3. JB skrg ni out of list ...wlupun byk juga tmpt best utk bw anak2 .... tp kami decided tak pergi ke JB .... berisiko dgn virus zika tu tinggi

    ReplyDelete
  4. Saya selalu lalu sekali imbas jea JB nie, and thanks sebab sharing tempat2 menarik untuk dikunjungi...

    ReplyDelete
  5. cari makan kat sana memang takkan penah puas..best gile

    ReplyDelete
  6. hebat... orang johor pun tak abis pusing ni...

    ReplyDelete
  7. Kacang pool haji dlm pic tu dah tutup... Pindah tempat lain... 1 KM dari situ... :-)

    ReplyDelete
  8. wah menarik ni...pernah sampai dah johor tapi ikut rombongan bas universiti dulu...

    mungkin masa tu belum ada lagi bateri tu

    dan tak pernah dengar pasal kacang phool tu...

    mungkin sebab ikut naik bas

    ReplyDelete
  9. Thanks in support of sharing such a good thinking, piece of writing is
    pleasant, thats why i have read it fully

    ReplyDelete
Previous Post Next Post