Sumber Ayu Berwajah Baru Dengan Formulasi Dipertingkatkan | Siapa yang tak kenal dengan Produk Sumber Ayu ini, Dan rasanya ramai wanita di luar sana menggunakannya. Sebab ianya mudah didapati dan harganya sangat berpatutan. Selangkah dengan perkembangan semasa, Pembersuh Wanita Dauh Sirih Sumber Ayu ini telah mempertingkatkan dengan formulasi terbaru serta di"packing" dengan wajah lebih feminin. Tak perlu nak sembang panjang, cik en nak story mengenai produk laku keras di pasaran ini.
Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.
Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.
- Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
- Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
- Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
- Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
- Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
- Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.
Tgok sumber ayu mesti teringat ayu raudah haha
ReplyDeletetoodia.. thorbaek..
ReplyDeleteProduk Sumber Ayu nie memang dah lama jadi pilihan akak sebab ianya serasi dengan akak... Selalunya akak pakai yang jenis Gambir tue..
ReplyDeleteDulu pernah gunakan produk ni..
ReplyDelete