Ramadan Itu Mengubah Aku | Jarang cik en menceritakan kisah sedih di dalam blog ini. Sebabnya cik en sendiri sudah lebih matang dalam menulis. Kisah yang sentiasa sedih pun akan buat pembaca bosan kan? Tapi sempena Ramadan 2016 ini, cik en berkongsi kepada semua kisah cik en Ramadan beberapa tahun yang lepas. Mungkin ada yang sudah tahu kerana masih ada pembaca cik en menjadi follower cik en sudah lama.
Masih ingat di ingatan cik en, 3 Ramadan 1433, masa itu 21 Julai 2012 mengikut kalander Barat, kesedihan dan dugaan yang paling memberi kesan mendalam dan punca perubahan bagi cik en sekarang ini. Seperti yang cik en kongsi dalam facebook, cermin abang barney pecah dan berlaku pada 3 Ramadan tersebut. Kenapa? Mungkin boleh rujuk entri daif cik en di Sudah Jatuh Ditimpa Tangga. Masa ini, banyak kekurangan dalam penulisan cik en. Jadi maafkan segala typo dan kesalahan tatabahasa. Dan gambar tersebut tidak pernah sekali cik en keluarkan di media sosial. Tersimpan kemas dalam memori hard disc cik en.
Disitulah titik bermulanya penghijrahan cik en, dan masih ingat, cik en memang tiada koleksi tudung dan meminjam tudung mak cik en yang labuh. 2 minggu cik en memakai tudung yang sama. Nasiblah berwarna hitam jadi tidak la nampak tudung yang sama. Masa itu, susah sangat sampaikan tidak mampu untuk membeli tudung. Sebenarnya sebelum kejadian itu berlaku, cik en seorang yang free hair, seorang yang degil dan keras kepala. Biasalah darah muda kan. Allah beri dugaan ini untuk menyedarkan cik en. Dan cik en bersyukur dalam ramai ramai, Allah menduga cik en. Bak kata orang berilmu " Allah beri dugaan sebab sayangkan kita dan nak lihat kita berubah dari terus hanyut dengan kehidupan di dunia"
Sepatutnya entri ini dikeluarkan semalam (3 Ramadan), tapi cik en rasa biarlah ianya dikeluarkan sehari lewat. Genap 4 tahun kisah ini. 3 Ramadan 1433 - 3 Ramadan 1437. Apabila kita nak berubah jadi baik, Allah hadirkan kita dengan orang orang baik. Yang mana boleh membantu kita menjadi lebih baik. Tapi dalam proses penghijrahan ini, kadang kadang Allah uji dengan ujian ujian lain tapi kerana ada orang orang yang baik tadi, mereka sentiasa menasihati kita tanpa jemu. Terima Kasih Ya Allah, sebabnya Kau menyedarkan aku lebih awal untuk aku ada masa untuk berubah ke jalan-Mu.

Tags:
Eintan Nurfuzie
mujurlah takde perkara buruk berlaku.
ReplyDeletesyukurlah awak selamat.
Dugaan Ramadhan mengajar Kita utk Semakin matang dan selalunya ada hikmah..tahun Ni ramadhan yg suram buat akak...selasa minggu Depan Mak akak akan operation Jantung...hati Ni Risau sangat2
ReplyDeletetapi kenapa kena pecah .. dimana dan time bila .. apakah time berbuka puasa ? atau kerja ? masih menjadi tanda tanya . ..
ReplyDeletealhamduillah... semoga semakin baik dalam penghijrahan ini. tkpa... slow2 ... yang penting usaha . Lisa dlu pon pree hair juga
salam ramadan hijrah ke jalan kebaikan direstui Allah.
ReplyDeleteMoga cik en terus dimudahkan segala urusan dan moga cik en terus dan makin solehah, mukminah :) sedih pulak baca entry cik en nniih
ReplyDeletealhamdulillah... itu tanda Allah sayang...
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segalanya unuk CIk En. Salam Ramadan! :)
ReplyDelete