Cara Rawatan Kucing Muntah


Cara Rawatan Kucing Muntah | Sudah seminggu cik en tidak keluarkan entri mengenai rawatan kucing ini. Kebetulan ada yang bertanya, memberikan idea untuk cik en keluarkan entri ini. Cara rawatan kucing yang muntah. Seperti biasa, rawatan ini yang boleh didapati di sekeliling dan sedikit panduan dalam handling kucing yang muntah. 

Sebelum itu, kenali dulu muntah yang biasa dan muntah yang perlu dapatkan rawatan. 

  • Muntah yang biasa
    • Muntah sekali sahaja dan tidak berterusan
    • Kemungkinan untuk keluarkan hairball (gumpulan bulu)
    • Kemungkinan juga sistem pencernaan yang sentitif akibat pemakanan dan tidaklah muntah berterusan.
    • Jadi tidak perlu risau kerana ianya tidak memudaratkan 
  • Muntah yang perlu dapatkan rawatan
    • Muntah tanpa henti
    • Lemah
    • Darah berserta muntah dan cirit
    • Dan tanda yang abnormal

Punca muntah yang biasa berlaku

  1. Strok haba
  2. Masalah hati
  3. Gastroenteritis (gastrik)
  4. Pertukaran makanan (diet)
  5. Salah makan (makan makanan yang bukan untuk kucing)
  6. Makan atau minum gelojoh 
  7. Alahan makanan
  8. Kecacingan
  9. Kegagalan buah pinggang
  10. Jangkitan Virus
  11. Tumor
  12. Dan beberapa kes kritikal (rujuk klinik veterinar)

Cara yang boleh dilakukan di rumah

  1. Selalunya kucing pandai mencari rumput yang berseuaian untuk mengatasi masalah muntah. Dan dalam sehari dua, kucing akan sihat semula. 
  2. Jika masih tidak berkesan boleh cuba cara ini
    • Puasakan kucing dari makan dan minum untuk jangka masa 2 jam.
    • Selepas 2 jam, jika tidak muntah boleh berikan air sedikit-sedikit untuk jangka masa 1 jam
    • Boleh juga berikan air glukose, air kelapa, madu untuk menambah balik air di dalam badan yang terheydrate
    • Jika dalam masa 1 jam berikan air dan tiada muntah boleh berikan makanan yang lembut atau ayam rebus yang dicarik kecil secara perlahan lahan.
    • Jika tiada muntah, kemungkinan besar, kucing korang dah sembuh tapi boleh rujuk ke klinik veterinar untuk pengesahan lebih lanjut.
  3. Jika tidak berjaya, korang perlu dapatkan rawatan secepat mungkin di klinik veterinar berdekatan
Jadi nasihat cik en, jika bawa kucing yang sakit ke klinik veterinar, pastikan ceritakan history kepada vet bagi memudahkan rawatan selanjutnya. Dan janganlah jika ditanya, semuanya tak pasti dan tak tahu kerana kucing tersebut jenis bebas.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

11 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Baru2 ni kucen teman pun muntah jugak.. Tapi x tahu kenapa.. Cuma perasan bila tukar makanan murah tu yang depa muntah. so gi beli balik makanan yang biasa depa makan.

    ReplyDelete
  2. Kucing kita mati 5ekor berturut-turut minggu lepas disebabkan asyik muntah-muntah. Muntahnya warna kuning pekat semuanya. Lepas tu, air liur diorang meleleh je. Tak tahu puncanya apa sebab sepanjang bela kucing, tak pernah lagi kena macam tu.

    ReplyDelete
  3. setakat yg husna taw, kucing kat umah tak pernah lg muntah.. tapi asyik cirit.. selalu sebab salah makan je..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. assalamua'alaikum akak! ^^ wahh bestnye! saya pun dah lama bercita-cita nak jadi jadi vets! tapi belajar main-main mase spm sobsobss. hihii. tapi tetap nak jadi vets, jadi macam akak pun da cukup besyukur! ^^

    ReplyDelete
  5. http://walkietalkiesaya.blogspot.com

    jemput singgah blog saye ye akak ^^

    ReplyDelete
  6. dulu kan cik ein.. kalau kucing kite muntah.. kite bg makan akar pokok 'pokok akar kucing'. tak tau nama saintifik dia. tapi semua kucing mmg akn mkn akar tu dgn lahapnye..siap tanam kt umah kena korek dgn kucing..huhu

    ReplyDelete
  7. macam sy ni kan takut kucing..ada tips x..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak . kucing saya mula muntah cecair kuning malam semalam . dan harini masih berterusan muntah tapi muntah air dan berbuih . mcm mna cara merawat kucing saya ni kak . dia nampak lemah , tak aktif, banyak menung dan tidur . dia tak makan wet food , salmon fresh pun dia takmau . saya risau . dia minum pun sikit2 ja . ada tips tak kak ? saya risau kena penyakit hati atau apa2 virus 😢😢😢

    ReplyDelete
  9. @Anonymous
    Sebijik kena kt kucing saya, actually Bubble ni stray cat tp jenis manja dtg umh tknak keluar.
    So kami decide nak bela terus. Sblm ni tgk dia selsema je,
    tp since masuk umh tu dia mcm tak sihat, senyap, termenung & tido je..
    ada muntah sikit kuar air mcm buih. Kenapa ye agaknya,?
    Kena tggu gaji baru blh bwk gi vet.. hopefully Bubble sihat cergas n aktif

    ReplyDelete
Previous Post Next Post