Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) | Cik en ditugaskan di klinik veterinar lebih kurang 3 atau 4 tahun. Dan sepanjang itu, satu keadaan atau musim yang cik en panggil musim hawar kucing. Ingat lagi tahun pertama cik en kendalikan musim hawar ini bermula bulan 8 sehingga 12 tahun tersebut. Tahun selepas itu musim hawar bermula awal bulan 7 hingga 11 dan tahun ini, musim ini bermula dari bulan 6 lagi. Ini dari pengalaman cik en tau. Tak ada tertulis di mana mana buku atau blog. Sesiapa yang pernah mengalami situasi kucing mati dalam kuantiti yang banyak dalam masa satu hingga tiga hari, itu tandanya kawasan korang memang dalam kawasan wabak tersebut. Dan ianya merebak dalam masa yang cepat. Sampaikan korang sendiri tak sempat nak bawa ke klinik veterinar.
Tapi cik en nak kongsi serba sedikit daripada pengalaman dan pengetahuan mengenai virus ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pemilik kucing berhadapan dengan masalah ini.
Tanda Tanda Kucing Yang Berkemungkinan Terkena Hawar Kucing
- Muntah kekuningan atau putih (berbiuh)
- Cirit birit
- Mulut berbau busuk (selalunya sebab tak makan)
- Demam (Boleh pegang kulit dibahagian dalam telinga yang tidak berbulu. Jika panas kemungkinan demam, atau boleh gunakan termometer di letakkan di dalam rektum (dinding dalam punggung kucing) dan semak suhu normal di SINI
- Dehydarate (kekurangan air dalam badan) . Boleh cuba cubit atau pulas kulit di bahagian tengkuk atau badan. Kalau kulit tidak kembali ke keadaan asal selepas dilepaskan atau lambat kembali ke keadaan asal itu tanda kekurangan air)
- Lemah, murung, tidak aktif dan kurang selera makan
- Mati tiba tiba ( jika satu kandang, selalunya satu kandang akan mati)
Punca- Punca
- Kucing yang bercampur dengan stray cat
- Manusia sebagai pembawa ( kasut, pakaian, sentuhan dll)
- Melalui parasite (kutu)
Rawatan awal yang boleh dibuat
- Apabila nampak tanda tanda di atas, perkara pertama adalah ASING kan. Kuarantinkan yang sakit. Jangan pula yang sakit dilepaskan dan yang sihat di kurung. Sebab ada kes camtu tau.
- Boleh dapatkan sebarang supplemen seperti multivitamin, "immume booster", pemberian glukose, pemberian air kelapa, madu, garam bukit, transfer factor (TF), telur mentah, susu kambing dan apa apa yang berkaitan dengan tenaga.
- Cuba beri makanan basah (wet food). Kalau boleh beli kitten wet food.
- Cuba dapatkan akar catnip atau akar pokok galak kucing. Basuh dan beri pada kucing.
- Rujuk entri ini Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit
- Segala carrier, sangkar yang terkena muntah, najis dan air kencing kucing yang sakit, dicuci dengan bersih menggunakan dettol atau clorox (pastikan kering baru dimasukkan kucing)
- Sila bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera
Rawatan selanjutnya
- Pemberian antibiotik
- Drip air
Dan perlu diingatkan TIADA UBAT sebenarnya untuk haiwan yang terkena virus. Rawatan yang diterangkan diatas adalah antara ikhtiar yang terbaik untuk mengelakkan ianya lebih serius dan merebak. Jadi dinasihatkan untuk memberi vaksin mengikut nasihat yang disarankn oleh vet.
Boleh ke beri kucing kita vaksin sedangkan ada dalam gerompok yang sama disahkan terkena virus ini.?
Disarankan untuk menjalani ujian darah. Selalunya seekor kucing sakit, yang lain lain berpontensi untuk dijangkiti. Jika vaksin diberi, kemungkinan kucing korang boleh mati. Boleh rujuk entri Betul Ke Vaksin Boleh Menyebabkan Kucing Mati
Jadi satu benda yang wajib ada di rumah bagi pemilik kucing adalah First Kit Untuk Kucing. Dan sentiasa update ubatan dan supplemen. Diharap entri ini dapat membantu korang semua.
Tags:
Eintan Nurfuzie
klinik haiwan
klinik veterinar
klinik veterinar kerajaan
kucing
Rawatan
Rawatan Tradisonal
veterinar
baru tau hawar kucing tu parvo...hahaha... saya mmg fail part tukar penyakit ke bahasa pasar..
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeleteNice sharing sis :)
ReplyDeleteDulu penah jadi waktu bela kucing kpg, sekrg dah ok dah..sbb sntiasa kurung kucing..
ReplyDeleteinfo yang berguna .... tp nk tanya boleh jangkit manusia tak ... mcm kes hawar tikus tu ..hehehe
ReplyDeleteGood Info Intan.. mummy dah banyak kali kehilangan disebabkan oleh Virus ni.. Insya Allah lepas ni akan lebih berhati-hati. Thanks for the tips..
ReplyDeleteshiannyaaaa kucing-kucing.. huurm.. kalo bela elokla hntr vaksin berkala kan..
ReplyDeleteThank you for the info. Kucing kita baru-baru ni mati 5 ekor dalam masa 4 hari. Hurmm -.-
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam kalau doktor bg ubat but still cirit
ReplyDeleteitu mmg normal ke?
Maybe dah nak berjankit tu..saya ada 2 ekor bulis.saya baru kehilangan sekor..sekor lagi akan menyusul jgak...dah start jadi murung...teliga atau hidung berdarah
DeleteKucing sy tengah sakit begini lah, yg sekor baru lepas mati, dia yg bebas jankit kat yg kena kurung, sebelum tu sy ada bagi air kelapa berapa jam kemudian mati, bagai mana tu nak antar vat mahal sbb bukan sekor, adui binggung..
ReplyDeletePergi vet kerajaan
DeletePergi vet kerajaan
DeleteKucing sy tengah sakit begini lah, yg sekor baru lepas mati, dia yg bebas jankit kat yg kena kurung, sebelum tu sy ada bagi air kelapa berapa jam kemudian mati, bagai mana tu nak antar vat mahal sbb bukan sekor, adui binggung..
ReplyDeleteHye dear. Nak tanya. Ada tak cara lain nk bagi paksa masukkan air dlm badan kucing yg dah terkena parvo virus ni ? Mcm cucuk utk masuk air dlm bdn ke kan. Sbb bila 12 kali sehari paksa dia minum air dari mulut guna alat tu em sampai ada kesan darah idk luka gusi mungkin. Hope dpt bantu pls.
ReplyDelete@Anonymous boleh gunakan cara dripping. Boleh cuba rujuk klinik veterinar. ada sesetengah klinik boleh ajar cara dripping.
ReplyDeleteSalam nk tnye. Kalau kucing kne jangkitan tu agk2 brape kos nk hntr ke vet? Sbb sskali 3 ekor kne
ReplyDeleteAsslkm..cume nk tye..kucing sy kene parvo dr hari sabtu 9/9/17 aritu..dh anta vet..n pd hri ke5, sy dh bw die blik utk home treatment..harini hari ke 10..sy dh bg DMG n ubt klnk..nmpk perubhn sket tp die masih xdpt mkn sendiri..perlu ke sy dptkn TF tu utk die btl2 sihat..sy btl2 risau..sblm ni sy bercuti n jg die..sbb arini sy bru strt kerja n tpaksa tgglkn die..sy cume hrp die cube mkn n minum ms sy xde ni..dekat mane sy bole dptkn TF tu ye..
ReplyDeleteSaya kena dlm RM120++
ReplyDeleteSharing yg sgt bagus...kucing tgh warded sekarang....harap boleh baik...nak cari air kelapa hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKucing saya pernah kena lepas balik dari kasi. Termenung je dalam bilik air. Dr masukkan air dan bg ubat. Selain ubat doktor, kena paksa juga kucing tu makan. Wet food campur air. Bg menggunakan syringe. Picit dalam mulut dia sikit2. Sampai dia boleh makan sendiri. virus tu buat kucing x lalu makan dan minum dan kucing tu akan mati sebab dehydrated dan starving. Alhamdullilah kucing saya da sihat dan gemuk sekarang
ReplyDeleteAnak kucing saya pernah kena 3ekor sekaligus.Masa hantar vet tengok macam tak da harapan untuk hidup.Tp tetap hantar ke vet swasta.Jarak rumah dengan vet 200++km pergi dan balik.Kena bawak ke vet 3 hari beturut2 sebab vet tak benarkan kucing yang sakit di warded.Alhamdullilah usaha berhasil.Walaupun rasa budget macam x cukup tapi Allah permudahkan.
ReplyDeleteya, isnyallah parvo boleh survive. tp kena usaha kita sebagai owner tu kena ada
DeleteKalau kucing yg pernah duduk satu cage dgn kucing yg kene hawar virus ni,kite blh ke bawak pegi vet n bagi vaksin or mcm mane yg saya perlu lakukan
ReplyDeleteKalau kucing yg pernah duduk satu cage dgn kucing yg terkena virus hawar ni,ape yg saya patut lakukan utk avoid terkena virus tu
ReplyDeleteKucing sy bru sja msti 3 ekor disebab virus hawar kucing ni,blh sy thu angaran kos rwatan di vet?
ReplyDeleteAnak kucing saya baru ja mati. Setakat nie dah 3ekor mati berturut-turut. Baru nak membesar😢
ReplyDeletesalam saye nak tanya hari tu dah bawa kucing pergi klinik doktor cek cakap positif parvo walaupon hasil test agak kelabu dkt klimik doktor cucuk ubt dan drip air lepas balik dari sana saya continue ubt klinik saMBIL SELANG DGN AIR POKOK PENDUL DAN SAYA TGK DIA SEMAKIN ALHAMDULILLAH DAH MAU MAKAN BANYAK DGN MAIN ADAKAH TU TANDA2 DIA SEMAKIN PULIH ATAU TIDAK mulut dia dah tak berbau dan najis dia dah x keluar darah
ReplyDelete