Bergurau Ada Batasnya | Dalam sehari dua ini, viral di media sosial mengenai seorang imam muda yang membahaskan isu vaksin, Malaikat Maut, Dosa, Pahala dan sebagainya. Entri ini cik en taip bukanlah untuk menambahkan apa yang tengah panas tapi pendapat dari seorang "bukan ustazah" yang mungkin ilmu agamanya baru 1%.
Trend rancangan dakwah sememangnya bagus dan sangat digalakkan kerana kekurangan masa untuk ibu bapa, anak anak dan remaja untuk ke Majlis Ilmu. Dan semestinya rancangan dakwah ini akan memilih ustaz atau ustazah yang berlatar belakang agama yang tinggi . Iyelah, nak bagi ilmu pada yang kurang tahu, semestinya ilmu sangat penting. Jika zaman cik en dulu, pembelajaran agak membosankan sebabnya jika di panggil ustaz dan ustazah semestinya garang dan pegang rotan. Tapi, zaman kami tetap pergi ke sekolah agama rakyat sebelah petang dan jarang ponteng kelas.
Zaman moden ini, pendekatan ilmu sebegitu sememangnya tidak memainkan peranan yang baik untuk menarik minat kanak kanak mahupun orang dewasa. Jadi ramai pendakwah di luar sana menggunakan teknik humor atau lawak serta santai. Alhamdulillah ramai juga yang meminati humor dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Bollywood dan ramai lagi dan seterusnya menjadi idola orang ramai. Bagus kan idola kan pendakwah dari retis retis. Satu perkembangan yang sangat positif.
Tapi..... bila humor berlebih lebihan sehingga menyinggung hati dan perasaan orang lain, ianya boleh menjadi kesan yang negatif kepada masyarakat malah agama ISLAM itu sendiri. Selain kes Imam Muda dan Vaksin yang tengah viral, cik en perhatikan seorang lagi Imam Muda yang menjadi pengacara satu rancangan di Astro tidak menjaga adab berkata kata apabila beliau diundang ke satu rancangan hiburan untuk memperkenalkan rancangan beliau. Dengan mudahnya, dia mengeluarkan kata kata yang sentitif terhadap seorang pengacara rancanagn hiburab sehinggakan pengacara tersebut berubah sedikit muka (muka terasa hati). Dan cik en salute juga kepada pengacara hiburan itu, boleh mengawal suasana tanpa disedari oleh orang lain.
Jadi, teguran dari seorang "bukan ustazah" ini kepada pendakwah di luar sana, bergurau ada batasnya, berkata kata itu, fikir- fikirkanlah sentitiviti orang lain dan sebagai public figure atau berpengaruh, sebelum menaip status atau apa jua kenyataan, fikir kesan dari status itu. Walaupun niat kita betul, tapi penggunaan perkataan yang salah pun boleh menjadi maksud yang berbeza. Cik en pernah terdengar seorang ustaz lama, sebab terlalu banyak humor dalam ceramah menjadikan ceramah tersebut penuh dengan gelak ketawa sehinggakan point yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pendengar. Golongan pendakwah adalah golongan yang dilihat banyak membawa identiti Islam itu sendiri. Apa pula pandangan orang bukan islam terhadap agama Islam nanti banyak isu yang tidak baik.
p/s : maaf kalau entri ini menyinggung perasaan ustaz, ustazah atau pendakwah di luar sana. Bukan semua sebegini cuma ada segelintir sahaja.
isu sensitif tak perlu dibuat gurau. sama2 kita beringat.
ReplyDeletep/s~kad raya cik en sy dah dapt. hehehe...nanti sy buat entry ye :)
dipendekkan,
ReplyDeletesblm berkata atau menaip. hati hati.
setuju dengan pedapat cik en tu
ReplyDelete