Wajib Tak Beri Hadiah Sempena Hari Guru? | 16 Mei setiap tahun, di Malaysia akan menyambut Hari Guru. Hari tersebut, selalunya akan ada sambutan yang disambut disekolah. Seminggu sebelum Hari Guru, ramai pelajar memikirkan hadiah apa yang hendak diberi pada guru. Kebanyakkan hadiah ini dibeli menggunakan duit ibu bapa. Kadang kadang sampai berbelas belas hadiah yang pelajar beli. Jika dulu, Guru yang paling diminati atau disayangi akan mendapat hadiah paling banyak berbanding guru yang lain. Tapi kat sini, pernahkah kita terfikir, pelajar yang kurang kemampuan untuk membeli hadiah. Mungkin ada guru yang tidak mengharapkan hadiah daripada pelajar mereka tapi dikalangan rakan pelajar itu sendiri memberi sedikit sebanyak perasaan merendah diri.
Sebenarnya banyak cara untuk kita berikan penghargaan pada guru kita ye.. Bukan dengan berhabis duit membeli hadiah di kedai DIY atau cenderahati. Antara hadiah yang mungkin tidak mengeluarkan kos yang tinggi dan tidak akan membebankan ibu bapa juga
- Makanan (Coklat, gula gula, kuih muih, kerepek dll)
- Barangan DIY. Contoh, hasilkan bunga dari kertas tisu
- DIY barangan lama
- Kitar semula gift yang dapat masa kenduri kendara (Paling bajet)
- Bunga atau buah buahan (Lagi untung kalau ada kebun/dusun sendiri)
- Kad Ucapan Kreatif
- Pen murah tapi letakkan ribbon comel
- Lukisan (potret atau pemandangan beserta tulisan)
- Penanda buku daripada batang ais krim.
- Ucapan sahaja pon ok
Mungkin ada idea masing masing, asalkan ianya jimat. Hahaha.
Dikesempatan ini cik en ingin ucapkan Selamat Hari Guru/Sifu buat semua guru guru di
- 1994 - s.k. bintong perlis
- 1995, 1998 - Sk Menora kuala kangsar perak
- 1996 - 1997 - sk tambun ipoh perak
- 1999 - s.k krubong melaka
- 2000 - sek. tinggi perempuan melaka (STPM) dan sek tun haji abdul malek melaka (STHAM)
- 2001 - sek.men. malim melaka
- 2002- sek men kota tinggi johor
- 2003 - sek. men. keb alor janggus kedah
- 2004 - sek.men. keb Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar (RPK)
- 2006- Kolej Unikop Batu Caves
- 2007 - 2011 - Politeknik Ungku Omar Ipoh (PUO)
Seterusnya di alam pekerjaan di Syarikat Kuari Batu Emas di Ipoh, 7Eleven di Taman Shatin Ipoh dan seterusnya senior, kakitangan dan doktor di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Persekutuan. Dan yang paling otai, kepada "cikgu" Mak dan Abah yang mengajar seluruh kehidupan selama 29 tahun ni. Begitu juga buat semua kawan kawan yg ajar erti persahabatan terutama kawan karib Cik En, Puan Nurul dan Puan Poyok dan juga yang lain. Walaupun tiada title cikgu tu tapi mereka banyak mengajar ilmu ilmu persahabatan. Tidak lupa kepada "awak" yang ada masa Cik En jatuh satu masa dulu, yang banyak bagi Cik en kekuatan untuk cik en bangun tanpa jemu jemu. Terima kasih juga kepada Blogger blogger hebat yang memberi tunjuk ajar seperti Abg Ben Ashaari, Hasrul Hassan, rakan blogger di Kelab Blogger Ben Ashaaris seeprti kak long, Afiq, Firzz, Yaya Cendana, Dr Ita, Abang Lan, Ujang Sue Aina, Achik Sohoque dan ramai lagi, Blogger Utara seperti Arz, Yana, Yui, Pha Is, Zumal, SYM, Timm, Farah, Tasha, Kak Ina, Akma, dan ramai lagi serta semua blogger yang cik en kenali. Jenuh juga kalau di senaraikan. Ini antara yang terlintas di kepala masa entri ini di taip.
Selamat Hari Guru 2016 daripada Eintan Nurfuzie dan Nurfuzie.com
selamat hari guru......tq cikguku...
ReplyDeleteselamat Hari Guru
ReplyDeleteBiarpun ringkas kalau ikhlas pasti cikgu hargai...hehe...
ReplyDeletepemberian tak semestinya perlu mahal untuk menjadi begitu berharga...cukuplah ucapan yang penuh dengna keikhlasan
ReplyDelete