Tips Buat Suara Best di SMULE | Smule satu aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon canggih. Cik pernah keluarkan entri SMULE ini masa zaman Kucing Happy BSN lagi. Masa itu, aplikasi ini tidaklah sefamous kini. Sekarang ini Smule ini digunakan pakai oleh artis sendiri dan ramai yang mempamerkan kehebatan berkaraoke. Tapi ada yang cik en baca di facebook, suara yang dirakam jadi garau, sengau dan macam macam lagi la. Tak sama masa karaoke di pusat karaoke. Kali ini cik en nak kongsi tips buat suara jadi best dengan kajian selama sebulan (ewah..)
- Walaupun suara korang sedap didengar apabila karaoke di pusat karaoke tapi semestinya apabila guna SMULE segala cacat cela yang ada akan terkeluar. Sebabnya mikrofon earphone yang kita guna tak ada filter yang ada di dalam mikrofon di pusat karaoke. Suara yang akan dirakam adalah 100% original.
- Jadi kalau rasa suara tidak perfect bolehlah adjust guna apa yang dibekalkan. Kalau nak ala ala studio, better ambik VIP. RM3.50 untuk sebulan.
- Sila kenali suara korang jenis lantang atau tidak. Kalau lantang sila jauhkan sikit mikrofon earphone korang semasa menyanyi. Kalau tidak, dekatkan dengan mulut kalau hal yang terlebih halus suara, korang boleh masukkan terus dalam mulut dan dekatkan dengan peti suara. Hahaha..
- Gunakan earphone dan mikrofon yang baik
- Kalau boleh, dengar lagu yang nak dinyanyikan berulang kali bagi korang masuk timing dengan betul. Walaupun ada lirik tapi tetap salah timing juga.
- Cari tempat yang sunyi macam kereta, bilik atau bilik air untuk dapatkan kualiti suara yang baik.
- Elakkan menyanyi depan kipas, sebab akan dapat backup suara yang tidak dikehendaki. hahaha
- Jika rasa suara masih tidak sedap, terimalah hakikat yang suara korang sebenarnya men"yumbang"kan turunnya hujan. Best juga sebab hujan sudi turun.. Hahaha
Bagi cik en, Smule ini bukanlah nak pamerkan kehebatan siapa suara paling sedap atau best, Tapi lebih kepada hiburan semata mata. Biarlah tak sedap mana pun, asal bila melalak hati kita gumbira.
P/s: Ada yang create acc Smule hanya untuk dengar kawan kawan menyanyi je..
kalau dulu popular karaoke jamban,....sekarang dah free kan...
ReplyDeletehahahhaa.. best tips ni .
ReplyDeletenyanyi tapi xpos pon. buruk noo suara kita
ReplyDeletetak cukup penyanyi di tv, kat smule pun dah mula nak melahirkan penyanyi2 baru, producer bolehlah cari bakat baru di smule
ReplyDeletebila pakar kroke berkata..hehehe
ReplyDeletebila nak karok lg kak??
tak minat .... aku tgk ramai yg dok share depa dok karok ngan org lain online kot .. not sure ... hahaha
ReplyDeleteAbe kak ekin masa cuti panjang sebulan layan smula ni dah start keje ni tak ada dah layan
ReplyDelete