Post Mortem Haiwan | Post Mortem atau bedah siasat bukan sahaja di buat pada manusia. Tapi terhadap haiwan juga. Sama juga seperti manusia, postmortem atau PM ini di buat untuk mengetahui punca punca kematian. Macam jabatan cik en, kami melakukan PM ini untuk haiwan ternakan dan unggas (ayam,itik,puyuh). Tapi ada juga yang kami hantar terus ke makmal untuk dibuat PM lebih lanjut. Makmal yang berdekatan dengan pejabat cik en adalah Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh
Seperti kami, kami akan memeriksa keadaan fizikal luaran dan dalaman. Dan selalunya kami akan ambil 5 organ untuk dihantar ke makmal. 5 organ itu adalah
- Jantung
- Peparu
- Limpa
- Buah Pinggang
- Hati
Dan jika ada kes kes keracunan, sampel dalam perut akan di ambil. Ada borang yang perlu diisi dan dihantar bersama sampel/organ ke makmal. Selalunya akan ambil masa 1-2 minggu untuk mendapatkan keputusan makmal ini. Jadi kalau ada pembaca cik en ini ada membela ternakan atau akan bela ternakan, apabila berlaku kematian tanpa sebab boleh hubungi pejabat perkhidmatan veterinar daerah masing masing untuk mendapatkan khidmat nasihat.
seriau aida tgk gambo tu cik EN.
ReplyDeleteaduhai... penakut bebeno!
memang la x jadi doktor...