Apakah Perbezaan Intan dan Berlian?


Apakah Perbezaan Intan dan Berlian? | Diamond bermaksud berlian. Dan ada yang kata ianya intan. Apakah perbezaan Intan dan Berlian. Ada perbezaan atau tidak? Tadi cik en ada bertanya di facebook peribadi milik cik en, kebanyakkan menjawab persoalan cik en dengan gurauan berkasih sayang. hahaha. Dan ada seorang rakan facebook yang mempunyai jawapan yang relevan. 

Ini adalah Berlian

Digunakan dalam dunia permata sebagai permata cincin, rantai dan sebagainya. Berlian merupakan permata paling mampat dan tidak mampu dicalarkan kecuali berlian juga. Dan banyak jenis potongan berlian dan ianya perlu dibuat berhati hati untuk mendapatkan kilauan yang cantik. Dan dari dulu, teknik permotongan akan dinaik tarafkan bagi meningkatkan mutu kualiti dan kilauan berlian. 

Tapi apa bezanya dengan intan? Ini gambar Intan atau dipanggil Intan Mentah


Rupanya tidak semenarik berlian dan buruk. Tapi benda buruk diatas ini adalah bahan asal Berlian. Dan berlian adalah bahan yang telah diolah atau dipotong menjadi kilauan. Seperti Padi dan Beras. Perbezaannya adalah sebelum ditampi dan selepas ditampi. Jadi ada perbezaan ye, Intan dan Berlian. 
Bila di amati semula. walaupun intan ini buruk, nilainya akan menjadi tinggi apabila menjadi berlian. Seperti manusia, bermula dengan daif dan kosong mengenai dunia, apabila di olah (pengalaman) akan menjadikan diri manusia itu sangat berharga. Lagi cantik potongannya (dugaan yang banyak) lagi mahal harganya. 

p/s : Nama penuh cik en Intan Nor *******  yang membawa maksud Permata bercahaya yang tunggal dan istimewa. Bangga dengan nama Intan. Terima kasih mak abah bagi nama indah ini walaupun rupa asalnya buruk. hihihi.. sebabnya cik en sendiri perlu olah diri cik en menjadi satu permata yang bersinar. sumber wikepedia
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Oooo.... Baru tau..!! Thanks info

    ReplyDelete
  2. baru tahu perbezaan intan dan berlian..

    rupanya intan tak cantik dan belian pula sangat cantik..

    selepas ini admin blog tukar nama pulak..cik berlian

    ReplyDelete
  3. ooo itu ke perbezaannya.. baru la tahu skrg ni.. terima kasih..
    means intan belum proses, berlia lepas proses..

    Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye

    Bina Blog Berkualiti site...

    ReplyDelete
  4. Setahu aku lah.

    Berlian adalah terma bagi batu berharga agak jernih, atau telus cahaya dan berkilau. Itu namanya. Tapi aku dah mula konpius ada pula kata terma itu Intan. Asik bertukar. Contoh Zamrud hijau, Delima merah, Nilam biru, maka Intan putih.

    Setelah dipotong, dicanai digilap, maka namanya Permata. Maka salah satu perkataan Intan atau Berlian, adalah nama bagi permata putih jernih.

    Bagi batu berharga untuk hiasan bersinar, tapi kelam cahaya, berkabut, namanya Baiduri. Kat sini pun aku dah konpius, bila ada dinamakan Akik, kerana kelam cahaya, dan baiduri adalah nama akik putih. Aku kekal dengan terma pertama.

    Batu akik pula adalah yang kedap, atau legap isinya. Macam batu Firus.

    Ketiga-tiga jenis berlian di atas, secara mentah bergabung dengan batu.

    Batu hablur, adalah batu jernih atau tak jernih, tapi 'tumbuh' pada satu permukaan, biasanya batu, permukaan yang banyak mineral. Permukaan boleh jadi atas/luar, atau dalam rongga bongkah batu. Gua besar bawah tanah, adalah rongga besar batu. Nama popular, korang sebut batu Kristal, yang jual belambak, dalam cermin tepi jalan tuuuu. Kalu berlian dah lama kena pecah kedai tu.

    Hahahaha. Best tak baca komen panjang dari the unknown.

    Kuiz:
    Jawab tanpa Gugel 15 minit. Tak dapat juga, Gugel dalam 1 minit sahaja. Dapat? Jawab "LULUS" sahaja. Biar orang lain cari sendiri. (Kau boleh buat peraduan apa, untuk kelab kau. Jawapan kena PM. Hahaha).

    Soalan: Apa pula nama bagi berlian warna Kuning? Hahaha.

    ReplyDelete
  5. tahniah la dapat nma intan..hhahahah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post