Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat


Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat | Sabun Taharah yang mempunyai 90% tanah liat merupakan satu satunya cara moden yang memudahkan menyamak untuk najis berat (mughallazah). Dengan menggunakan kaedah samak yang biasa, 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa. 1 kali menggunakan sabun taharah dan dibilas air biasa sebanyak 6 kali. 

Kenapa cik en keluarkan entri sabun Taharah ini kerana sabun ini wajib dimiliki oleh kesemua veterinar atau pekerja melibatkan bidang veterinar tidak kira dari seorang pekerja bawahan sehingga peringkat doktor veterinar. Veterinar bidang mengenai haiwan termasukklah haiwan yang haram disentuh seperti babi dan anjing. Tiada berkecuali. 

Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar dan setiap hari akan berhadapan dengan anjing di klinik. Ada anjing yang tidak banyak kerenah tetapi jika yang datang anjing yang bermsalah seperti cirit, air kencing, air liur, pembedahan dan lain lain, memakai sarung tangan kadang kadang tidak dapat mengelak di sentuh oleh bulu, air liur, darah atau sebagainya. Selalunya keadaan anjing yang sakit ini bulunya basah, air liur yang sememangnya basah. 


Program Ladang Khinzir 




Video dibawah adalah dari Ustaz Don mengenai hukum penggunaan Sabun Taharah



Selain itu terdapat banyak lagi kelebihan sabun ini

  1. Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
  2. Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
  3. Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
  4. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
  5. Menghilangkan bau badan 
  6. Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
  7. Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 
  8. Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.) 
  9. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga. 
  10. Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 
  11. Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.  
Sabun Taharah ini juga disahkan dan disokong oleh
  1. Majlis Fatwa Kedah
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan 
  4. Pejabat Mufti Terengganu 
  5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
Harga sabun ini antara RM8.00 sehingga RM10.00. Jadi sesiapa yang masih kurang yakin kerana tersentuh anjing yang berlainan keadaan (basah kering) boleh menyamak menggunakan sabun Taharah atau mencari tanah yang bersih dan suci. 

Sumber 

update : 28/7/2017 : Sesiapa yang nak mencari sabun taharah dalam bentuk cecair boleh hubungi talian ini melalui whatsap atau call 016-3549384 .


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

10 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mudah sangat...alhamdulillah solusi sentiasa adakan cik en...

    ReplyDelete
  2. mcm seronok je kan jadi veterinar hihihi. bgs ada sabun mcm ni yg memudahkan kita utk bersamak.

    ReplyDelete
  3. Gud info cik en..selalu nampak sabun ni tapi tak pernah beli sebab bidang kerja, tak melibatkan bersentuhan dengan haiwan macam anjing & yang sewaktu dengannya..tengok anjing pun dah debor, acane nak dekat..lagi le takkk..hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus pwrkongsian ini...ngat nak beli 1 juga..senangkan

    ReplyDelete
  5. Dengan adanya Sabun Taharah ni, lebih memudahkan kita untuk bersamak sekiranya bersentuhan dengan haiwan yang haram disentuh. Good article untuk bagi awareness kepada orang lain =)

    ReplyDelete
  6. masa faa praktikal wktu diploma dlu byk guna sabun ni, sbb slalu buat lab analysis utk produk makanan non halal hehe

    ReplyDelete
  7. bgus sabun ni tapi susah nak cari..ida guna sbb utk demam campak anak2..alhamdulillah parut dh makin kurang

    ReplyDelete
  8. Boleh bagi pencerahan kaedah samak yang betul menggunakan sabun taharah?. Perlu larutkan sebuku setiap kali samak ke?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. innocentnya soalan....tak perlu, selagi ada buih walaupun kita samak lantai parking

      Delete
  9. @Norliza Ibrahim
    taak perlu.. sabun macam biasa.. dan bilas 7 kali air mengalir

    ReplyDelete
Previous Post Next Post