Bukit 300 Teluk Batik Perak


Bukit 300 Teluk Batik Perak | Teluk Batik terkenal dengan kunjungan pelancongan dalam dan luar negara untuk aktiviti pantai. Sebenarnya di berhampiran kawasan laut ini ada 3 bukit yang selalu dinaiki oleh orang tempatan dan pelancong untuk aktiviti hiking. Setelah menaiki 2 bukit iaitu Bukit Engku Busu dan Bukit Vale, kali ini cik en menaiki Bukit 300. Bukit ini dipanggil 300 mungkin kerana kami perlu mendaki sambil memusing bukit ini. Perjalanan dalam 1.5km - 2 km. Tempat ini sebenarnya lagi awesome dari 2 bukit yang lain. Sebabnya kena baca penuh entri ini ok?


Sepatutnya kami menaiki jam 8 pagi tapi terlewat kerana tidur lambat sebelum nya. Selesai sarapan kami menuju ke teluk batik dan bukit ini sebelah kiri dan berhadapan dengan pantai teluk batik. Kawasan parking kerata adalah tapak perkemahan Pengakap Peringkat Dunia yang pernah di rasmikan oleh Permaisuri Perak, Tuanku Zara dahulu


Perjalanan kami mendaki dan seakan akan melalui kawasan pembalakan sedikit. Ini kerana permulaan jalannya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda.


Disini ada checkpoint dan chekcpoint diatas ini kalau tidak silap checkpoint 3/9. Ada 9 Checkpoint yang kita boleh perhatikan sepanjang perjalanan.


Sebenarnya pendakian ini bukanlah seperti Engku Busu yang mendaki permulaan sehingga akhir. Bukit 300 ini lebih kepada mendaki - jalan mendatar - mendaki - menurun - jalan mendatar - mendaki dan seterusnya, 



Tadi nampak mendatar kan, kali ini mendaki semula dan ada tali kapal yang akan membantu kita memaut jika perlu.


Berpeluh juga lah sebabnya sudah 2 minggu cik en berehat kerana tidak sihat. Tapi stamina masih ada dan masih boleh bertahan walaupun lambat



Suasana sepanjang perjalanan dibawah pokok ini memang menenangkan. Bersahabat dengan pokok dan haiwan seperti semut dan nyamuk . hihi


Sepanjang perjalanan ini, cik en sentiasa snap gambar sendiri yang tidak bermake up . Hendak lihat kesan penggunanan Ephyra Skin Nano Repair Serum yang cik en amalkan sebulan lepas. Lihat sahaja masih kekal berseri dan ada yang memuji tau! siapa? kena paksa baca entri ini sampai habis. 


Inilah checkpoint yang cik en katakan.. sempat mengambil dari 3/9 kerana telepas yang no 1 dan 2. dan yang akhir sampai sudah 9/9. Diakui perjalanan naik 2 jam tersebut agak perlahan kerana ada Uncle Indian yang sama medaki pada awalnya dan apabila kami sampai 6/9, uncle tersebut sudah turun.. hahaha. nampak kan kami lambat


Ini laluan terakhir sebelum sampai Gerai ABC diatas. ABC? ada ke di atas bukit ada gerai ABC? Kita tengok sekejap lagi


Sementara sejukkan badan selfie sekali lagi dan perhatikan kulit muka cik en. No filter ! Memang produk serum Ephyra sangat sangat berkesan. Boleh rujuk entri ini --- Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah


Sebenarnya tiada gerai ABC cuma ada beberapa pondok untuk perkemahan. Ada bangku dan kerusi macam perkemahan pengakap itu. Ungkapan Gerai ABC dan Cendol adalah semangat bagi yang baru pertama kali naik bukit. Jadi saja dikatakan ada ABC supaya mereka tidak berhenti separuh jalan. Ini antara teknik psikologi yang baik kan?



Terjumpa kawan badminton yang menaiki melalui laluan berbeza. Rasanya dekat bertahun tidak berjumpa di tanah besar. Jumpa di tanah bukit. hahaha.. Sebenarnya budak berbaju kucing itu memuji muka cik en makin berseri. Mungkin sebelum ini tidak berseri. Tapi nampakan kesan Ephyra Serum itu.


Ini antara memo dan info untuk bacaan semua yang mendaki. Jika perhatikan ada 3 laluan sebenarnya Peak 300 itu. 


Ini lah keadaan sebenar diatas Bukit 300 Teluk Batik Perak. Boleh berkelah selepas penat mendaki. 

Bukit ini bukan sahaja melayu, cina dan indian yang daki tetapi ramai pelancong yang membawa anak mereka mendaki. Dan rasa sedih sedikit, bangsa lain beramah mesra dengan kami. Tapi bangsa Melayu terutama gadis muda tidak langsung menegur atau senyum. Mungkin kerana sifat lazim gadis melayu yang pemalu kot. Hahaha. 

Setelah menawan 3 bukit iaitu 

  1. Engku Busu boleh klik link -- Bukit Engku Busu Lumut Perak
  2. Bukit Vale klik sini -- Pusat EKOLOGI VALE Teluk Batik Perak
  3. Bukit 300 Teluk Batik
Cik en boleh katakan Bukit 300 the best !!. Kenapa? Ianya kerana jika Engku Busu, lutut kena dalam keadaan yang sihat dan kuat kerana pendakian yang 80 darjah . Kalau Vale tempatnya masih baru dan boleh dinaiki bermula jam 9 pagi. Bukit 300 tidak la sunyi, santai dan tidak rasa push diri sehingga memberi kesan pada lutut dan badan.

Jika ada yang hendak mencuba boleh terus ke Teluk Batik Perak. Berhadapan dengan tempat rekeasi Teluk Batik. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

12 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bestnya bila hiking macam ni. Hari tu hiking Bukit Broga pun dah semput tak larat, huwaaaaa :(

    ReplyDelete
  2. uu, best! timm pun lma dah xgi hiking..hehe..

    ReplyDelete
  3. dah lama tak join aktiviti mendaki.. risau semangat jer lebih tp bila dah naik setgh jalan flat pulak.. hahahaa..

    ReplyDelete
  4. kena betol2 fit nak naik bukit ni hihihhi. tapi kalau mendaki time malam orang kata ada gerai ABC seram la jugak. ABC inti cacing pita ke gamaknya nanti ekekeke

    ReplyDelete
  5. Kite yg dok 10 minit je drpd sini pon xtau kewujudan bukit 300 ni, haha~~

    ReplyDelete
  6. Saya dah naikkk. Best kannn. Hehe

    ReplyDelete
  7. as salam...pagi ni saja curi masa cari info pasal 300 peak ni. actually saya naik bukit ni dgn my husband semalam (29/5/16) Ingatkan bukit ni kecil je tp 1.40 minit jugak mendaki smpai puncak.Masa berenti dekat pit stop 4/9 baru realize huh.. baru separuh jalan huhu
    My point of view Bukit 300 peak ni lebih santai berbanding bukit Engku Busu. Tp kalu nk gerak solo tu mungkin Bukit Engku Busu lebih sesuai sbb ramai je org lain yg turun naik bukit tu.Sampaikan kawan saya yg selalu hiking solo kata dah malas nk p Engku Busu sbb dah ramai orang sangat. (kira dah popular la kan) Yg lg best peak 300 ni tempat rehat kat puncak tu awesome. kemas dan bersih. Sembang dgn a chinese brother kt atas tu kata ada orang pencen naik peak 300 waktu pg then lepak2 situ siap masak air bagai then kul 3 baru turun.

    ReplyDelete
  8. Dalam berapa jam agaknya kita boleh turun dan naik bukit ini kalau lita newbie

    ReplyDelete
  9. Baru baca entry ni.

    Bab Melayu tu mmg betul. Tak ada na tegur say hi hi.hi..agaknya bkn pemalu tapi..takut terjumpa bukan orang.

    Lain bangsa mmg very friendly..

    ReplyDelete
  10. Bestnya rasa lepas baca. Esok nak hiking. First time. Tapi x tahu environment and rupa bentuk bukit tu. Thank sis. Help a lot. 😊💕

    ReplyDelete
  11. Lama juga ya hikingnya.. hampir 2 jam. Tapi memang teringin nak pergi 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 jam untuk yang jarang hiking.. ahahha. menyingah je banyak.. selfie.. ahahhaha

      Delete
Previous Post Next Post