Chicken Chop Deep Fry di Thumb's Cafe Ipoh Terbaik!| Thumb Cafe yang terletak di Ipoh ini adalah salah satu cafe hipster yang terletak di Greentown Ipoh. Kehadiran cik en disini untuk bersama hangout bersama rakan rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) iaitu Firzz dan Yui . Firzz mencadangkan cafe ini kerana ianya antara cafe yang dia pernah review di blog dia.
Cik en bersama adik cik en, cik eintan, yui dan syilfia sampai pada pukul 9 malam dan masa ini firzz masih belum sampai. Kawasan cafe ini seperti kawasan rumah dan nampak santai. Bila menu sampai cik en hanya inginkan signature menu di cafe ini. Dan cik en disuggestkan dengan Chicken Chop (Deep Dry) with 3 sauces. Dan dalam nada bergurau " kalau tak sedap, siap!" dan nampaknya pekerjanya sangat yakin yang cik en akan puas hati dengan menu itu. Dan ianya memang sedap, mulanya cik en ingat chicken chop menggunakan serbuk roti untuk digoreng rupanya ianya seperti ayam KFC tapi lagi sedap dan tidak masin. Makan tanpa sos pun dah rasa sedap tau!. Di samping chicken chop dihidangkan sekali dengan 3 jenis sos dan cik en sendiri lupa apa sos itu dan yang cik en ingat blackpaper dan mushroom sahaja. Dan ketiga - tiga sos ini digabung memang meletup! Inilah chicken chop paling simple decoration tapi sedap. Cik en beri 5/5
Adik cik en dan yui memilih Spaghetti Bolagnise Meetball. Dan sempatlah cik en merasa sedikit meatball dan Spaghetti dan ok, sedap. Cik en bukan peminat Bolagnise sebab cik en lebih meminati Carbonara tapi ini kali kedua cik en suka dengan bolagnise. Adik cik en pun kata ianya sedap. Markah 4/5
Oleh kerana cik en terasa hendak makan salad, cik en memilih salah satu menu salad yang ada iaitu Chef Salad with Homemade Sos.
Cik en pun jarang pesan salad dan cuma cik en hendak komen, Salad ini sedap tapi sos nya agak kurang. Kuantiti banyak dan rasa semua salad segar dan kualitinya kira tip top la. Jadi yang ini cik en beri 4/5.
Berbalik kepada tujuan cik en ke cafe ini untuk berjumpa dengan Firzz dan Yui tercapai. Siapa firzz dan yui tu?
Sebelah kanan adalah Yui, abang sado ditengah adalah Firzz. Seorang yang sangat happy di group whatsup dan di luar juga. Seorang reporter Perak Today ini memberi kelebihan kepada dia untuk suggest cafe dan tempat makan menarik di sekitar Ipoh. Kalau datang Ipoh sahaja selepas ini, Firzz la yang cik en akan cari kalau hendak suggest tempat makan best. Yui pula seorang blogger yang sangat cintakan kucing dan banyak entri cik en bercerita mengenai Yui. Dan untuk pengetahuan, yui adalah junior cik en semasa belajar di Politeknik Ungku Omar dulu.
Lupa pula perkenalkan lagi seorang, yang bertudung biru itu junior cik en juga, Syilfia Rahmadona dan keluarga dia mempunyai gerai jualan tudung yang korang boleh terjah di Gerbang Malam di Ipoh. Nampak tak dalam balang sebelah Dona? Itu adalah balang makanan kucing yang memang cik en bawa ke mana mana. Dan sempat juga adik cik en snap gambar kucing tersebut.
Jika sesiapa yang ada di sekitar Ipoh tapi masih belum mencuba cafe ini, bolehlah dapatkan butiran di bawah ini
Thumb's Cafe Ipoh
sedapnyaaa cik en ... tapi kat perak puleks huhuhu
ReplyDeletehihi xsmpt merasa ayam..tkpe kalau rjin t leh p lg..
ReplyDeleteMCM BESH KLU KE SANA NANTI BOLEH LA TRY
ReplyDelete