Wonderfood Museum Penang Awesome! | Wonderfood Museum Penang merupakan muzium yang menempatkan replika gergasi makanan yang ada di Malaysia amnya dan Penang khususnya. Wonderfood Museum Penang terletak di dalam pekan Georgetown yang berhampiran dengan muzium 3D, Upsidedown Meseum dan kawasan menarik yang lain. Wonderfood Museum Penang menerapkan elemen makanan 1 Malaysia yang terdiri daripada makanan Melayu, Makanan Cina, Makanan India. Pintu masuk ke Wonderfood Museum Penang, anda akan disajikan dengan Cendol yang besar
Melangkah sahaja masuk ke ruang kaunter, disajikan dengan telur goreng gergasi yang sangat nyum nyum. Tapi ianya hanyalah replika. Dilarang Sentuh tapi cik en sentuh juga dan ianya awesome sangat kerana nampak sangat real.
Antara blogger perempuan dari team Blogger Utara. Dari kiri Miss Zyaroses, Cik En , Lady Yana dan YunSing. Pada mula berjumpa, masing masing malu. Tapi bila mula bersembang, semuanya menjadi ramah.
Di bahagian pertama kami memasuki galeri kedai mamak. Terdapat replika teh tarik yang membolehkan pengunjung membuat aksi seperti sedang membuat teh tarik. Gambar diatas merupakan cik en dan kawan kawan sepejabat cik en. Dari kiri cik en, Kak su, Anis dan Ila.
Diakui kami mulanya kekok dalam mempamerkan aksi seakan akan real tapi tunjuk ajar dari staf Wonderfood Museum Penang kami berjaya mengambil feel dalam bergambar. Jaga jaga cik en tengah goreng mee ni. Hiah!
Blogger Utara yang lain adalah ArzMoha dan Pha Is.
Makanan dibawah adalah makanan bagi masyarakat India di Malaysia. Untuk menampak ketelitian terhadap setiap jenis makanan, anda boleh fokuskan dan cik en menggunakan kamera berpixel tinggi.
Dibawah ini, makanan tradisi Masyarakat Melayu. Nampak sedap sangat bila tengok
Ini pula makanan tradisi Masyarikat Cina di Malaysia
Pulau Pinang tempatnya Nasi Kandar. Jadi ini menu lauk nasi kandar. Nampak sama dengan makanan original kan?
Siapa yang tidak makan belacan? kuih muih kan? Disini terdapat replika bagi makanan kuih muih, sambal belacan, udang sambal petai dan lain lain
Colorful Theme
Semangat kalau makanan berwarna warni
Big Satey. Sate merupakan makanan kegemaran pelbagai bangsa. Kalau macam ini sate yang dijual di kedai, rasanya satu cucuk pun dah buncit perut.
Perhatikan gambar laksa di atas? Adakah nampak seperti replika? TIDAK kan? Inilah hasil yang sangat mengagumi cik en. Bakat dan seni sejati dapat menghasilkan makanan replika yang sama dengan original. Isi ikan nampak sangat jelas.
Laksa Gergasi dengan Geng Blogger Utara. Jemput makan semua.
Disatu sudut yang meminati aiskrim dan macaron akan terasa seperti ladang manisan.
Ini pula mee kari gergasi
Argh!
Ketiau Goreng dari pandangan dekat
Disini terdapat bahagian yang membolehkan kita membezakan 1 kg muscle dan 1 kg fat. Walaupun nilai kg yang sama. Tapi Fat lagi berat dari muscle. Jadi amalakan pemakanan yang baik untuk menghasilkan muscle.
Mari mari, cik en ada jual ikan masin, beras, mee, sayur sayur, buah buahan dan roti. Semuanya nampak real!
Masyarakat Malaysia sangat mengemari Durian! Lebih besar dari Musang King! Adik comel ini anak kepada blogger ArzMoha
Tolong cik en, makanan nak jatuh!
Mee Tarik. Nyum Nyum
Untuk pengetahuan semua, Wonderfood Meseum Penang mempunyai 1 bilik kebal yang menempatkan makanan yang dicampur dengan emas. Menurut pembacaan cik en sebelum ini, ada yang mencampurkan makanan dengan emas untuk tujuan kecantikan. Dan di dalam bilik ini mempunyai emas bernilai ratusan ribu ringgit.
Tiba di bahagian kemanisan. Semua nampak manis. Life Is Short, Make It SWEET!
Bertarabur pula meja ini. Kenapa ye?
Rupanya gambar MONALISA
Sup Sirip Ikan Yu (Shark Fin Soup) selalunya di makan oleh kaum cina semasa perayaan Tahun Baru Cina, Keramaian, Kenduri atau Majlis Harijadi Orang berada. Rupanya, mereka menangkap ikan yu dan hanya mengambil Sirip Yu dan melepaskan semula ke laut. Dalam masa 1 minggu, ikan tersebut akan mati kerana berbau darah dan tidak boleh berenang laju apabila dikejar ikan yu yang lain. Jadi hentikan pengambilan Sirip Ikan Yu! Keperimanusian itu sangat penting dari rasa sedapnya sup tersebut. Dan juga ada chef menyatakan sirip ikan yu tidak rasa apa apa dan yang buat ia sedap adalah bahan bahan tambahan yang dicampurkan di dalam sup tersebut. Hukum Makan Ikan Yu
Bahagian ini mempaparkan bilangan gula yang boleh diambil bagi
Lelaki dewasa : 9 sudu
Wanita Dewasa : 6 sudu
Remaja : 5 sudu
Kanak Kanak : 3 Sudu
Tapi bila melihat mangga. terdapat 5 sudu gula dalam satu biji!
Ini bahagian akhir perjalanan kami
In Every Minute of Every Day, Four children die of hunger
Food Is Precious,
Dont Waste.....
Akhirnya kami blogger utara selesaikan tugas bagi review Wonderfood Museum Penang kali ini. Sangat-sangat berbaloi. Anda semua akan terpegun dengan hasil seni yang dipaparkan di meseum ini. Bersempena Tahun Baru Cina Ini, Wonderfood Museum Penang mempunyai 2 menu baru iaitu limau mandarin dan makan besar
Jika anda berminat untuk merasai dan menjamu mata dengan makanan makanan ini bolehlah pergi ke butiran di bawah ini
Alamat
Wonderfood Museum Penang
49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang
(next to CIMB bank)
04-2519095/ 012-2251968
GPS Wonderfood Meseum Penang
5°25'02.7"N 100°20'31.9"E
Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma
A fun, creative, informative and interactive Food Museum
Open from 9am-6pm 7 days a week
Terima kasih kepada team Wonderfood Museum Penang dan Geng Blogger Utara yang sama sama menjayakan program review ini 31 Januari yang lepas. Geng Blogger Utara yang terlibat adalah Miss Zyaroses, Cik En , Lady Yana, YunSing, ArzMoha , Pha Is dan Zumal.
WAHH gambar yang menarikk:)..teruja saya nak ke sana..
ReplyDeleteBest kan pi Wonderfood Museum tu yer cik en, tempat yang sesuai untuk bawak pelancong datang kan...
ReplyDeletetu dia jeles tgk...
ReplyDeletebestnya... ;laksa tu real betoi..!! rasa nk mkn je.. hihi
ReplyDeleteSaya orang penang, tapi tak penah jejak lagi sini.
ReplyDeleteJemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
bestnya ..p jalan2 kat muzium ni.. makanan nampak real macam nak makan sungguh.. hii.kena p jalan2 gak kat sana
ReplyDeletetak sabar pula kak ana tengok gambar2 cik EN ni, best lah tempat ni, kena masuk dalam senarai wajib singgah bila ke penang nanti.. comel2 geng blogger utara ni kan.. nak2 cik puteri tu hihi :)
ReplyDeleteterbaiklah...
ReplyDeletenth bila org dpt jumpa dme..hihih
Bestnya tengok gambar2 dan sharing story dari cik en...
ReplyDeletereally real...tempat yang bagus untuk percutian anak-anak.